Pintu bilik makmal komputer ditolak dari luar. Qaisarah dan Kartini muncul di muka pintu. Dua sahabat baik itu langsung tidak pernah aku lihat berjauhan. Tersipu-sipu kedua gadis manis itu sambil jalan berlenggang menuju ke mejaku.
“Cikgu…” sapa mereka dengan manja.
“Iya saya, kamu berdua ni tak balik lagi ke?” soalku perihatin sambil menjeling ke arah jam didinding yang sudah hampir 3 petang.
“Kami nak baliklah ni…tapi nak tumpang cikgu…boleh tak?” tanya Kartini, anak sarjan polis jiran sebelah rumahku.
“Boleh tak cikgu? Kami dah terlewat keluar dari library, Pak Mat dah tinggalkan kami…” tambah Qaisarah pula.
“Boleh…tapi kena tunggu cikgu kejap.
“Terima kasih cikgu…” ucap mereka serentak. Aku kembali menyemak tugasan para pelajarku yang tinggal sedikit. Qaisarah yang ringan tulang membantu aku mengemas alat bantuan mengajar sementara Kartini pula membersihkan papan putih.
“Cantik loket rantai cikgu…sama dengan rantai tangan…Baru beli ke cikgu?” puji Kartini. Aku membelek rantai tangan dan rantai leher Tiffany yang aku pakai.
“Lama dah…” jawabku ringkas. Hadiah pemberian seseorang yang begitu aku hargai. Aku simpan dengan cermat biarpun usianya sudah hampir
“Kak Ngah Sarah pun ada rantai tangan macam cikgu punya ni…tapi dia punya bulat…Cikgu punya bentuk LOVE” sampuk Qaisarah.
“Kakak kau beli kat mana Sarah?”
“Entah…tapi kalau tak silap aku abang long beli masa dia study kat Ireland
“Hmm…kalau dulu tu memang betullah tu sebab bracelet ni keluar pun dah lama. Kawan cikgu pun beli kat oversea…tapi kat
“Dah cikgu dah siap, mari kita balik. Sarah nanti tunjuk rumah ya, cikgu tak tahu rumah kamu kat mana” pesanku pada Qaisarah. Dia baru sahaja bertukar ke sekolah itu. Kehadiran kami di sekolah itu seusia, enam bulan!
Kami beriringan keluar dari makmal komputer. Di sepanjang perjalanan menuju ke tempat letak kereta, kami berbual mesra. Kartini yang suka mengusik ada sahaja bahan jenakanya untuk dikongsi bersama.
“Cikgu nak tahu tak…cikgulah cikgu paling sporting kat sekolah ni” ucap Kartini.
“Nak bodek cikgulah tu…” usik ku pula.
“Betul…bukan bodeklah…” tegas Kartini pula.
“Nama cikgu sedap… siapa yang letak nama cikgu?” soal Qaisarah. Masih aku kategorikan sebagai bodek.
“Sarah kau pun dah pandai bodek ekk?” gurau Kartini.
“Belajar dari awaklah Tini…”balas Qaisarah
“Sudah…masuk dalam kereta dulu, nanti kita sambung lagi. Tini tolong cikgu simpan beg ni kat belakang” pintaku pada Kartini sambil menyerahkan beg plastik berisi buku latihan pelajarku.
Qaisarah yang panjang kakinya disuruh Kartini duduk di hadapan. Manakala gadis genit itu duduk di belakangku.
“Cantiklah rantai ni, sayang digantung dalam kereta aje…Hmm…macam pernah tengok…” ucap Qaisarah sambil membelek rantai leher yang aku gantung di cermin pandang belakang.
“
“Ya banyak…pergi aje kat kedai jual aksesori…” tambahku pula.
“A-N…nama cikgu Nardine Zahiyyah
“Kalau kau nak tahu Sarah…Cikgu Nardine ni family dia panggil dia Ayu”
“Jauhnya…”
“Ayu tu cuma keluarga terdekat aje yang guna. Nama cikgu arwah ayah yang beri, kombinasi pangkal huruf nama emak dan ayah. Nardine Zahiyyah Nadzmi…puas hati?”
“Awak ni Tini…semuanya tahu”
“Tini tinggal berjiran dengan cikgu…” jawabku bagi pihak Kartini.
Selepas menurunkan Qaisarah dan Kartini di kedai Kak Tom, aku parkir Kancil biru ku di bawah pohon rambutan yang sedang rancak berbunga. Lantas aku keluar dari kereta dan menyertai emak dan Mak Long Kiah di anjung rumah, jiran sebelah rumahku yang rajin datang bertandang dan berbual dengan emak. Sekurang-kurangnya kehadiran Mak Long Kiah sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sunyi emak sejak abah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
“Baru balik cikgu?” tegur Mak Long Kiah.
“Ya saya… dah lama sampai Mak Long?” sapaku pula.
“Lambat hari ni Ayu?” tanya emak. Aku cium tangan emak sebelum duduk di sebelahnya. Aroma karipap kentang yang masih panas menarik aku untuk terus duduk di kerusi rotan itu.
“Makanlah…Mak Long baru aje goreng tu.
“Saja buat lebih untuk dibawa ke masjid nanti, hari ni
“Nanti kita sama-sama ke masjid ya Ayu, penat pulak mak nak jalan kaki. Lepas tu nanti mak nak singgah ke rumah Hajah Normah… dia nak mintak tolong mak buat gubahan hantaran” tambah emak lagi. Mendengar nama Hajah Normah disebut, lututku tiba-tiba jadi longgar.
“Anak dia yang mana pulak nak tunang? Affan ke?” tanya Mak Long Kiah.
“Bukan Affan… tapi adik dia si Azura tu”
“Ohh.. Zura yang jadi peguam tu ya? Alhamdulillah…cepat sampai jodoh dia. Bertuah Hajah Normah tu, anaknya semua menjadi. Si Affan jadi doktor, Azura jadi peguam…Aishah dengan Ashraff tu dua-dua masih kat universiti” hujah Mak Long panjang lebar.
“Yelah Long… beruntung Pak Imam dengan Hajah Normah tu. Rezeki masing-masinglah” balas emak pula. Aku hanya memasang telinga.
“Dengarnya si Affan tu dah ada pilihan hati…tapi Hajah pulak yang tak berkenan. Maklumlah anak bujangnya tu doktor…tentulah dia mahukan yang sepadan untuk jadi menantu dia” terang Mak Long Kiah lagi. Aku
“Cikgu bila lagi?” tanya Mak Long Kiah padaku. Spontannya orang tua ni! Dengusku dalam hati.
“Mak Long ada calon untuk saya ke?” usikku pula. Sejak aku kembali ke tanahair tiga tahun yang lalu, aku terus bekerja di kampung halamanku. Nasib aku begitu baik kerana ditempatkan di sekolah berdekatan dengan rumah.
“Kat sekolah tak ada yang cikgu berkenan ke?” gurau Mak Long Kiah pula. Emak hanya tersengih memandang aku dan Mak Long Kiah. Aku tak sempat nak bercinta ketika aku menuntut di
“Carikanlah Long…takut pulak saya kalau Ayu ni tak kahwin sampai ke tua. Kempunanlah saya nak bercucu” cadang emak seolah memberikan restunya kepada Mak Long Kiah untuk mencarikan jodoh untukku.
“Makkk… Ayu belum nak kahwin lagilah. Siapa nak jaga emak kat sini kalau Ayu kahwin?
“Ayulah satu-satunya anak yang mak ada, kalau Ayu tak kahwin nanti makin kecillah keluarga kita ni. Mak teringin jugak nak bercucu”
Aku jadi hiba mendengar permintaan emak nan satu ini. Malas untuk memanjangkan topik yang bisa membuat aku pening lalat ini, aku meminta diri untuk membersihkan tubuh dan bersiap untuk ke masjid.
Sesampainya kami di perkarangan masjid, sebuah kereta BMW warna hitam turut sama masuk dan berhenti di sebelah kereta comelku. Aku lihat Hajah Normah keluar dari pintu sebelah kiri. Emak dan Mak Long Kiah bersalaman dengannya. Aku masih lagi di dalam kereta membetulkan tudung yang aku pakai. Tiada lagi penumpang yang turun dari BMW di sebelah Kancil ku ini, namun pemandunya tidak juga keluar.
Ketika aku membuka pintu kereta, pemandu BMW itu juga turut membuka pintunya. Sudah aku jangkakan siapakah gerangannya. Di kampung ini hanya ada seorang sahaja yang memandu kereta mahal ini. Aku melangkah menuju ke masjid seperti tiada sesiapa yang sedang memerhatikan aku.
“Ayu…” panggilnya. Aku
“Ayu…” panggilnya lagi. Aku tidak mempedulikan panggilan itu dan terus melangkah menuju ke anak tangga. Aku tercari-cari di mana emak dan Mak Long Kiah duduk. Dari dalam masjid, aku mendengar deruman enjin kereta. Pastinya dia telah pulang ke rumah, tekaku dalam hati.
Jam 7 pagi aku telah sampai di perkarangan sekolah dan ketika itu juga kereta BMW semalam turut berhenti di luar pagar sekolah. Dari tempat aku memarkir keretaku, aku nampak Qaisarah keluar dari kereta itu.
“Selamat pagi cikgu…” sapa Qaisarah dengan ramah.
“Pagi Sarah…” balasku.
“Cikgu…nahh, abang Sarah kasi…dia suruh cikgu makan buat breakfast” ucap Qaisarah sambil tangannya memberi sebungkus pau yang masih panas kepadaku.
“Ya Allah… susah-susah aje Sarah ni…”
“Bukan Sarah cikgu, tapi abang yang beli…abang kata cikgu ada gastrik, tak boleh lapar…”
“Ada-ada aje abang Sarah ni…”
Aku ambil juga bungkusan plastik itu. Tentu dia ikhlas membelinya untukku maka aku ikhlas jua menerimanya.
“Cikgu kenal ke dengan abang Sarah?” tanya Qaisarah sambil membantuku membawa beg yang berisi nota pelajarku.
“Sarah ada abang?”
“Maksud Sarah abang sepupu Sarah tadi…abang Affan…”
“Ohh…Affan, kenal… dulu kami sama-sama belajar di sekolah ini” beritahuku pada Qaisarah.
“Tapi abang Affan kata, cikgu makwe dia…” petah bibir Qaisarah. Tersenyum gadis itu memandangku. Anak zaman sekarang, langsung tidak takut dengan guru. Selamba betul Qaisarah ni.
“Abang Sarah kata macam tu ke?” tanyaku lagi.
“Yelah cikgu… kalau cikgu nak tahu abang pun ada rantai yang sama macam cikgu punya, yang cikgu gantung kat kereta tu…huruf A-N. Hmmm…cikguuu…” adu Qaisarah sambil memandang ku menuntut jawapan.
“Dah jangan macam-macam, kalau dengar Tini nanti dia gossip satu sekolah, malu cikgu nanti. Kalau cikgu dah malu…cikgu tak mengajar lagi kat sekolah ni”
“Alahh.. tak bestlah kalau cikgu tak ada…”
“Kalau macam tu, kamu jangan cakap dengan sesiapa…rahsia okay?”
“Okay!!”



6 comments:
saje jek...test market...hehehe
naz, napa sangkut sangat kat nama "Affan" tu?
hehhehehe.....
takpe, takpe....
storyline so far best......
tapi fea still tunggu ARDJ yang belum abis lagi......
naz,
i really hope tis cerpen dia punya ending tu happy
i tak ble arhh baca kisah sedih yg ble buat i nagis golek2.. ketat dada wohhh
anyway i really cerpen nieh.. baru 1st episod kann...
fea...
affan tu gimme lotsa ideas la...kekeke
amy, thanks for yr comments... insya allah happy endinglah nnt...
naz cayang.....
lgi citer bru ek...
sowi ah aku bru masuk cini...
best citer ni...
still affan ek...
akak..cter ni pon nmpk cam best jerp!=)
Post a Comment