Jalan Permaisuri 5 sesak dengan kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Nadya Kharinie masih tercegat di hadapan blok kondominium Bayu Tasik. Teksi yang dinaiki sudah berlalu meninggalkannya. Hati kecilnya berbelah bahagi, mahu terus melangkah atau berdiri sahaja disitu.
“Adik…akak nak tumpang tanya” tegur seorang wanita awal 40an sekaligus mematikan lamunannya.“Orang sini ke? Akak nak tanya Jalan Permaisuri 5 kat mana ya?” tanya wanita itu. Berkerut dahi Nadya Khairine. Selama dia ke tempat itu, tidak pernah dia hafal nama-nama jalan di bandar itu. Yang dia tahu, bagaimana untuk ke stesen LRT Salak Selatan, bagaimana utk ke Kondo Bayu Tasik, yang mana satu Bayu 1 dan Bayu 2, blok-blok kondo A,B dan C.
“Entahlah kak…saya tak pasti saya bukan dari sini” jawabnya ringkas.
“Ohh…tak apalah kalau macam tu dik. Akak ni nak ke rumah sepupu…majlis kawin dia. Namanya pulak akak tak tahu…Cuma ingat nama ayahnya sahaja” terang wanita itu lagi. Hati Nadya Khairine terdetik. Mungkin wanita ini juga mempunyai tujuan yang sama sepertinya.
“Siapa nama ayah pengantin tu kak?” giliran Nadya Khairine bertanya.
“Haji Annuar…”
“Ohh…jadi akak nak ke rumah Affan Afzam ya?”
“Ya…betul… Panjang sangat nama dia sampaikan tak ingat nama sepupu sendiri malu betul. Adik ni kawan Affan ke?”
“Ya saya…kawan Affan dari JB”
“Jauhnya… jadi dari JB lah ni?”
“Ya… baru aje sampai”“Marilah masuk sama-sama” pelawa wanita itu.
Nadya Khairine menolaknya dengan sopan. Hatinya masih belum bersedia untuk melangkah walaupun untuk menghampiri pos pengawal.Dilihatnya ada sepasang bunga manggar terpacak di pintu masuk dewan serbaguna. Ramai tetamu turun naik dari tangga menuju ke dewan yang terletak ditingkat satu. Masing-masing memakai pakaian indah berwarna-warni. Nadya Khairine menarik nafas sedalam mungkin, harus dia gagahi hatinya untuk menemui Affan. Anak-anak tangga dipanjat dengan perlahan. Bagaikan dihitung satu persatu mata tangga. Walaupun bibirnya terkunci, namun dia pantas membaca ayat Kursi di dalam hati. Berkali-kali dan berulang-ulang dibaca. Hatinya mungkin tidak sekuat besi waja namun jiwanya meronta ingin menatap wajah Affan buat kali yang terakhir.
“Jangan nangis ya Nadya…ingat pesan aku ni…jangan nangis bila kau jumpa Affan nanti” terngiang-ngiang pesanan Farisha ditelinganya. Dalam hati jua dia berdoa agar tidak ada satu pun airmatanya gugur nanti pabila berdepan dengan Affan. Berita perkahwinan Affan diterimanya tiga hari yang lalu dari teman baik Affan, Joe. Hampir sahaja handphone miliknya terlucut dari genggaman sewaktu Joe menyampaikan berita itu kepadanya. Nadya langsung tidak menyangka, begitu drastik sekali Affan bertindak tanpa memikirkan hatinya yang terluka.
“Jemput masuk…” pelawa seorang wanita. Wajahnya begitu asing, Nadya pasti wanita itu bukan ahli keluarga Affan.
“Saya nak jumpa pengantin…” ucap Nadya lembut.
“Makan dululah dik…nanti akak carikan pengantin…” ujar wanita itu. Baik sungguh dia mempelawa Nadya masuk dan makan. Namun hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kemana terbangnya selera Nadya ketika itu.
“Thanks kak…tapi saya nak jumpa pengantin dulu…nak cepat ni, takut terlepas flight” terang Nadya.
“Ohh…kalau macam tu sekejap ya… Mana Sharon ni… Ibu panggilkan Sharon, ni ada kawan dia nak jumpa” wanita itu berteriak kecil memanggil ibunya. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang cantik berpakaian pengantin.
“Hai…” sapa Nadya. Hampir dia terlupa bagaimana berbahasa dengan orang lain. Kamus dan perbendaharaan katanya tiba-tiba kosong. Yang tinggal hanyalah perkataan ‘hai’ sahaja.
“Kawan Affan ke? Dah makan belum ni?” tanya pengantin perempuan.
“Dah…tadi. Affan ada? Boleh jumpa dia kejap?” balas Nadya. Dirasakan seluruh tubuhnya menggigil ketika itu. Entah dari mana datangnya kekuatan sehingga dia mampu untuk berdiri dan berbual.
“Affan mana entah…tadi ada nampak kat belakang. Nak jumpa Affan ya..sekejap ya” ucap pengantin perempuan itu lagi.“Ayah nampak Affan? Kawan dia nak jumpa ni… lupa nak tanya nama…siapa tadi namanya?” tanya pengantin perempuan itu kepada ayahnya yang kebetulan lalu dihadapan mereka. Si ayah turut menggelengkan kepala.
“Nadya..Nadya Khairine. You?”
“Sharon.. Hah tu dia Affan…” tunjuk Sharon kepada Nadya. Affan sedang berbual dengan beberapa teman lelakinya. Ada wajah-wajah yang masih melekat diingatan Nadya.“Thanks…I jumpa Affan dulu ya…” ucap Nadya sebelum berlalu pergi. Dia melintas masuk ke dalam dewan untuk menemui Affan yang berada di balkoni berhadapan dengan kolam renang.
“Irin…” ucap Affan yang nyata terkejut dengan kehadiran Nadya Khairinie di situ. Seingatnya dia tidak melayangkan sebarang undangan untuk gadis itu. Bagaimana gadis itu bisa berdiri di hadapannya kini?
“Congrats Affan… sorrylah I datang tak diundang. I Cuma nak sampaikan hadiah ni aje” pilu hatinya sewaktu mengungkapkan sebaris ayat itu. Nadya memberi sebuah kotak kecil yang bersampul kemas kepada Affan.
“Selamat pengantin baru Affan..”
“Thanks Irin…” balas Affan perlahan. Dia menarik Nadya ke suatu sudut yang agak jauh dari orang lain.
“Bila sampai? Dah makan belum ni? Irin…I am so so…”
“It’s okay Affan, sepatutnya I yang mintak maaf sebab datang ke mari. I just nak tengok you untuk kali yang terakhir…”
“Irin…makan dulu…”
“Takpelah…I dah lambat, I nak catch flight pukul 3.45 petang…”
“Makanlah dulu Irin…dah sampai ni kena jamah…nanti perut tu sakit” pinta Affan. Dia masih lagi mengambil berat tentang Nadya yang mengidap gastrik.
“Thanks… I need to make a move…” ucap Nadya sambil mengatur langkah untuk pergi. Affan menghulurkan tangannya kepada Nadya. Serba salah gadis itu. Lelaki dihadapannya kini bukan lagi kekasihnya, dia telah menjadi suami orang.
“Irin…” panggil Affan lagi. Mahu tak mahu Nadya sambut jua tangan Affan dan mereka bersalaman. Affan mengenggam erat jemari Nadya. Direnung anak mata gadis itu. Nadya pantas menarik tangannya dan melangkah pergi sebelum ada orang lain perasan tentang kehadirannya disitu.
“Irin…” panggil Affan lagi namun tidak bersambut. Nadya Khairine telah menghilang dibalik dinding batu. Hujan lebat turun tidak lama kemudian. Nadya masih lagi disitu, bersandar di tembok sambil menangis. Airmatanya yang gugur selebat hujan yang turun. Kali ini dia tidak mampu menyembunyikan lagi kesedihannya. Nadya menangis semahunya. Hatinya pilu dan terlalu kecewa. Affan yang dicintai berkahwin dengan perempuan lain. Affan yang dirindui menikahi gadis lain. Sampai hati Affan!
Sebuah BMW warna hitam berhenti di hadapan pos pengawal. Seorang lelaki keluar dengan membawa sekaki payung menuju ke arahnya. Nadya segera menyeka airmatanya.
“Sorry I lambat…hujan lebat jalan sesak” ucap Khairul. Bajunya turut basah terkena tempias hujan.
“Takpe…just about time” balas Nadya.
“You nak ke mana lepas ni?” tanya Khairul
“Airport…”
“Nak ke sana terus ke? Lunch dululah…I lapar ni…”
“I tak lapar…lagipun flight I pukul 3.45, sekarang dah pukul 2 petang…”
“Takpelah…kalau terlepas flight I hantar you balik sampai depan pintu”
“Its okay Khai…ini pun I dah susahkan you. Jomlah dah lewat ni..”
Mereka berdua membelah hujan lebat menuju ke kereta. Nadya sempat berpaling dan mendongak ke arah dewan serbaguna itu sebelum dia masuk ke dalam kereta. Terlihat Affan sedang berdiri dan memerhatikannya, Nadya pantas menutup pintu.
“What a silence…still thinking of him?” soal Khairul membuka bicara antara mereka. Kereta yang dipandunya meluncur laju meninggalkan Cheras menuju ke lebuhraya.
“Tak…”
“Then dari mana datangnya airmata tu kalau bukan teringatkan orang tadi?. Look here Nadya…dia dah kahwin pun, dia tak sesetia you menunggu dia. Buat apa you nak menangis lagi?”
“Orang lain tak faham…” ujar Nadya.
Dia masih teringatkan genggaman erat Affan sebentar tadi. Dia masih lagi dibayangi wajah Affan, tubuh Affan dan kata-kata rindu Affan. Sepupunya itu tidak pernah mengerti apa yang tersirat di dalam hatinya. Bagaimana teguhnya perasaan cintanya terhadap Affan Afzam!
“Macamana I nak faham Nadya…simple thing! He’s married…dia dah menduakan cinta you. Apa you nak tunggu lagi!”
“Perasaan tak boleh dipaksa Khai…tak boleh disuruh-suruh!”
“Dahlah…I tak mahu serabutkan lagi kepala you. Kita lunch dulu…I lapar ni. Don’t worry…kita makan kat KLIA jek…” balas Khairul. Dia tersenyum memandang Nadya yang sedang berkerut di dahi. Keras hati betul anak Mak Su ni!



3 comments:
Tak pernah terjangkau akalku akan menghadiri majlis perkahwinan dia. Aku datang tanpa diundang...sejauh 375km aku datang, biarpun jauh...aku gagahi diri... demi dia...
best citerni kak..feeling habis..semoga terus sukses..
huhuhu....OMG..kalo rreality life...x sanggup datang..even when his mother call me..invited me..
x sanggup datang....
:(
Post a Comment