Mengalir air mata
Hangatnya pelukan cintamu
Membisu dalam tangisanku
Terbakar cinta yang berlabuh
Di dalam bahteramu
Ku pendam suatu perasaan
Tersirat agar kau kembali
Pernahkah kau melafazkan
Darah yang mengalir cinta setia
Langkah yang telah kita tempuh
Suka dan duka
Masihku nanti
Dan telah aku menyesali diri
Hingga kau melepaskan biduk
Cinta yang masih beralun
Meniti di ombak resah
Ku tak rela melepaskan lagi
Dirimu yang selalu ku rindu
Maafkan diri ini
Usahlah kau menyendiri
Tak sanggup berpisah
Biarkan aku menangisi
Menanggung rindu lukaku
Ku genggam suatu kesalan
Tersirat agar kau kembali
Padaku...
Kali pertama sejak hampir setahun setengah dia tinggal di kondo itu, Lia nekad untuk berenang di kolam yang sentiasa membiru. Itupun setelah dicabar oleh abang angkatnya, Fadzlee. Siap berpakaian renang warna hitam belang biru muda didada, Lia menyarung sehelai T-shirt warna putih untuk menutup bentuk badannya. Sports towel warna biru yang dibelinya di Alamanda semalam dikeluarkan dari kotak plastik dan dimasukkan ke dalam sling bag warna hitam bersama goggle dan penutup kepala jenama Speedo. Lia menyarung sandal Nike warna oren yang tersimpan di rak kasut. Setelah mengunci pintu Lia berjalan menuju ke lif. Lia tampak ringkas tapi mengghairahkan.
“Mana Adiba ni…” ucap Lia sambil tercari-cari kelibat teman serumahnya. Akhirnya Lia ternampak kelibat Adiba yang sedang menyapu sunblok pada kedua belah tangannya.
“Aku mimpi ke Sarah?… Sarah ke siapa ni?” soal Adiba. Dia nyata terperanjat dengan kehadiran Lia disitu. Berkali-kali dia menampar pipinya.
“Akulah ni Adiba,…siapa lagi. Kau jangan nak perli aku ya..” balas Lia sambil menanggalkan t-shirt yang dipakainya. Kini hanya pakaian mandi yang menyaluti tubuhnya.
“Kalau tak kerana boss yang cabar kau berenang kat sini tentu sampai tahun depan pun kau takkan jejakkan kaki kat kolam renang nikan?”
“Abang tu memang. Dia ingat aku tak pandai berenang. Hari ni kau tengok dan kau jadi saksi ya Adiba. Kau bagi tahu Datuk Fadzlee yang Lia Sarah Imran ni sememangnya pandai berenang” balas Lia sambil membetulkan goggle sebelum terjun ke dalam kolam. Dia menghabiskan renangannya beberapa pusingan dalam pelbagai
“Mana kau beli swimsuit ni Sarah? Aku tak pernah nampak pun?” tanya Adiba. Mereka bersidai ditebing kolam seketika melepaskan lelah. Kedua belah tangan dipaut pada tebing dan membiarkan kaki mereka menari didalam air.
“Lama dah Adiba…. Lama sangat…” balas Lia. Sememangnya baju renang itu dibelinya bertahun lalu. Disimpan dan dibawanya kemana jua namun tidak pernah sekali digunakan.
“
“Sepasang dengan bekas tunang kau ke?” tanya Adiba pula.
“Nope…someone else…but he didn’t turn up. I’ll just keep it with me. Forget it la Adiba…cerita lama”
“Jawa Jerman tu ke?” tanya Adiba lagi. Kata-kata Adiba itu menyebabkan Lia teringat dimana dia kini. Dia memakai semula goggle yang diletakkan diatas kepalanya sebentar tadi.
“Aku nak naiklah Adiba. Aku tak boleh lama-lama kat sini” balas Lia. Dia berenang menuju ke tangga. Adiba pelik dengan perangai Lia Sarah. Dahulu dia menangis memujuk abang angkatnya, Datuk Fadzlee supaya mencarikan tempat tinggal yang lain untuknya. Berkeras dia tidak mahu tinggal dikondo itu. Jenuh Datuk Fadzlee memujuknya sebelum dia bersetuju untuk tinggal dikondo itu. Unit kondo yang terletak ditingkat 4 merupakan salah sebuah rumah milik Datuk Fadzlee yang dibeli untuk kegunaan para pekerja.
Seorang kanak-kanak perempuan berlari riang dihadapan Lia yang sedang sibuk mengeringkan badannya. Akibat terlalu excited untuk berenang dia tidak perasankan sandal Lia lalu tersandung dan jatuh. Lia tersentak apabila terdengar sikecil itu menangis.
“Adik…macamana boleh jatuh ni? Tengok tu lutut dah luka…”
“Fiqa terlanggar selipar tu…” jawab kanak-kanak itu sambil menunjukkan sandal Lia yang menyebabkannya tersandung.
“Ohhh…itu selipar auntie… sorry ya adik…” ucap Lia sambil menekap lutut kanak-kanak itu dengan tualanya.
“Kenapa Shafiqa?” tanya seorang wanita tua, mungkin nenek kanak-kanak itu.
“Fiqa jatuhla nenek…tengok ni lutut Fiqa dah luka” jawab sikecil itu dengan menunjukkan lututnya yang merah dan bergaris.
“Maafkan saya makcik… Fiqa jatuh sebab dia tersandung sandal saya ni” ucap Lia. Berkerut dahi tua wanita itu, naik kecut perut Lia.
“Kamu Shafiqa
“Kenapa mak?” tanya satu suara lelaki. Bagai tersirap darah Lia memecut laju melalui injap dan salur darah menerpa ke mukanya sebaik sahaja dia melihat lelaki itu. Empat mata saling berpandangan.
“She slipped on my sandals and fall down…I am sorry, it’s my fault” jawab Lia. Suaranya terketar. Adiba pula datang mendekati mereka.
“Apahal ni Sarah?” tanya Adiba. Dia risau melihat mereka berempat berkerumun disitu.
“It’s ok…just a small cut. My niece will be okay” jawab lelaki itu sambil membelek luka dilutut anak saudaranya.
“Sorry ya dik…” ucap Lia sambil mengusap kepala sikecil.
“Takpe nak, bukan salah kamu. Shafiqa ni yang tak nampak selipar ni. Kecil-kecil lagi dah rabun warna. Warna oren ni Shafiqa, nenek yang dah tua ni pun sepuluh batu dah nampak selipar ni tahu? Kamu berdua tinggal sini ke?” tanya wanita itu pula.
“Ha’ah… blok C” jawab Adiba ramah. Spontan sahaja dia menjawab.
“Sama blok dengan Ijam la macam tu” balas makcik itu pula. Anak lelakinya hanya diam, begitu juga Lia Sarah. Bibirnya terkunci seribu bahasa, lidahnya kelu untuk berkata.
“Saya naik dulu la makcik, ada janji dengan kawan. I am really sorry bout your niece…Shafiqa, auntie mintak maaf ya…”
“Kau nak keluar dengan Datuk ke Sarah?” tanya Adiba. Lelaki yang berdiri disebelah ibunya itu memandang Lia apabila perkataan ‘Datuk’ disebut oleh Adiba.
“Tak…dengan Isya aje. Papa dia busy…” bisik Lia ke telinga Adiba. Dia tidak mahu ada yang salah sangka. Lia mengeluarkan not sepuluh ringgit dari beg kecil yang dibawanya. Dihulurkan duit merah itu kepada Shafiqa.
“Buat beli plaster ya Fiqa…pergi dulu makcik..” ucap Lia sebelum bergegas pergi. Adiba yang menjadi ganti berbual dengan tiga beranak itu.
“Kelam-kabut sangat nak pergi Sarah ni. Towel pun tinggal aje” ucap Adiba yang menambil sports towel Lia yang terbiar dilantai.
“Kotor towel ni, biar makcik aje basuhkan. Nanti Ijam boleh pulangkan.
“Dah lama duduk sini?” soal anak makcik itu pula.
“Setahun setengah ada kot…or maybe lebih…” balas Adiba.
“You I selalu nampak jugak kat kolam ni, tapi kawan you tadi first time…” ucap lelaki itu lagi.
“Dia mimpi hari ni. Sebenarnya sejak duduk sini dia tak pernah keluar rumah. Pergi kerja balik kerja aje. Berenang ni pun sebab dia kena cabar dengan boss kami. Rumah yang kami tinggal ni pun rumah boss, abang angkat Sarah”
“I see…..”
Adiba juga meminta diri untuk pulang. Dia memberikan alamat unit kondo yang mereka duduki setelah diminta oleh nenek Shafiqa.
“Ikut tangga belah kiri…selang sebuah rumah belah kanan..” Adiba turut memberikan direction untuk kerumah mereka.
“Atas rumah I aje…exactly above my unit…”
*****
“Sarah…Kau nak tahu tak, makcik petang tadi tu Datin rupanya. Datin Naemah. Anak dia duduk bawah rumah kita aje ni…” terang Adiba kepada Lia yang sedang mengeluarkan pakaian yang dibelinya dari beg. Disusun dan dilipat kemas beg-beg kertas itu.
“Ohh… Datin… so mamat tadi mestilah anak Datuk
“Mula-mula tu aku nak ayat dia jugak… tapi dia macam tak minat aje, malaslah aku. Lagipun dia tak handsome…aku tak naklah Sarah. Zaiful tunang aku tu aku nak campak kat mana? ” ucap Adiba. Lia tersenyum gembira. Selamat buah hati aku!
“Tapikan Sarah…aku perasan tau…dia asyik tengok kau aje tadi. Aku pun perasan, bila kau cakap dengan mak dia kau cakap melayu tapi bila kau cakap dengan dia…kau speaking
“Memandai aje kau Diba. Sejak bila kau jadi tukang telek ni? Zaiful tahu tak kau pandai menelek orang?”
“Sejak kenal kaulah Sarah…aku dah pandai telek orang. Instinct kau dan aku dah bersatu kot?
“Heeee….seramnya aku dengar Diba… Apapun aku tak kenal mamat tadi. Puas hati?”
“Tak puas hati…aku tetap nak korek. Selagi kau tak mengaku…selagi tu aku tak puas hati. Sarah… Sarah.. nama dia Nizam tau, sama macam nama boyfriend kau”
“Boyfriend aku Haiman Nizam…hahahaha” jawab Lia sambil ketawa.
“Tapi dia asyik tengok kau aje Sarah…”
“Kau macam tak biasa aje dengan aku ni Diba…orang kalau tengok aku
“Yelah kau
Dua
Gara-gara leka membeli-belah bersama Nurul Batrisya, Lia kepenatan sepanjang malam. Hujungnya dia lewat pagi ini. Dia bergegas menutup pintu dan grill. Langkahnya panjang menuju ke tempat letak kereta. Adiba awal pagi lagi sudah menghilang, dia dikehendaki menghadiri seminar di Bangi. Lia memanaskan enjin kereta sementara dia menyemak jadualnya dari PDA yang dihadiahkan Datuk Fadzlee. Lia berhati-hati menuruni tempat letak kereta. Kancil comel yang dibelikan oleh mamanya itu masih lagi digunakannya. Rindu sungguh dia pada mamanya.
Kedengaran keretanya di hon dari belakang, Lia melihat dari cermin pemandu. Sebuah BMW 3 Series warna silver dibelakangnya dengan nombor pendaftaran negeri Johor. Lia kenal siapa pemandunya. Lia memecut laju Kancilnya yang kecil itu. Dia tahu keretanya itu tidak mampu pergi lebih laju dan pastinya kereta buatan Jerman itu dapat memintasnya sebentar lagi.
“Bodoh sungguh kalau dia ajak aku race, tentunya dia menang. Nak tayang kereta baru dialah tu” bebel Lia sendirian. Dia memecut laju dan melanggar lampu trafik yang baru sahaja bertukar ke warna merah. Lebuhraya KL-Seremban diredahnya. Telefon bimbitnya menyanyi, pasti Datuk Fadzlee yang telefon.
“Waalaikumsalam…abang….sorry…..” ucap Lia sebaik sahaja Datuk Fadzlee selesai memberi salam belum pun sempat dia menyambung ayat Lia pantas memintas.
“Lia kat mana ni?”
“Lia kat highway lagi ni. Bangun lewat tadi bang…letih melayan Isya malam tadi. Sorry ya bang…”
“Ke mana aje Lia malam tadi dengan Isya? Abang dah tidur baru you all balik...”
“Mula-mula pergi shopping kat KLCC, every inch of Isetan tu Isya survey. Lepas tu kitorang pegi makan. Lepas makan tengok movie then we end-up with teh tarik at Concorde sambil tengok quartet Indon main akustik” terang Lia panjang berjela
“Lenguh bang kaki Lia ni…macam nak tercabut rasa, nak tekan clutch pun cam tak larat”
“Itulah…abang bagi Harrier tak mahu. Drive jugak kancil dia tu…sayang sangat dengan kancil tu sampaikan abang nak tukarkan dengan yang lain pun tak mahu”
“
“Kenapa ? Sebab Jawa Jerman tu penah duduk sebelah dulu ya?”
“Ishh abang ni…mana ada. Jawa tu tinggalkan Lia sebelum sempat Lia beli kereta bang.
“Harrier abang pun selalu Lia pinjam kan kalau Lia nak angkut basikal pergi kerja…Abang pun selalu pinjam Kancil Lia ni bila nak pergi jumpa makwe baru kan?” tambah Lia lagi. Dia ketawa kecil mengingati gelagat mereka berdua. Datuk Fadzlee selalu menyamar jika ada chatters yang ingin berjumpa dengannya, dia memandu kereta Lia.
“Lia seorang aje yang naik basikal kat Cyberjaya ni tau. Mana ada orang lain naik basikal kat sini. Mat Indon yang kerja kat site tu pun paling cikai pun dia ada motor kapcai…” balas Datuk Fadzlee sambil ketawa.
“Tapi abang jangan lupa…basikal Lia bukan dapat seratus dua tau, hahh…boleh beli cash motor kapcai Mat Indon tu. Apapun
“Hahahaha Lia perasan. Adik abang sorang ni kuat perasan betul. Lia lunch nanti abang pinjam kereta boleh? Iced-Woman ajak abang keluarlah”
“No problem bro. Abang drive kereta apa hari ni? Kalau bawak Storm Lia tak nak tukar…Abang mesti belum basuh lagi kereta tu lepas masuk hutan semalamkan?. Lia tengok abang park depan porch dengan tanah merah. Teruk nanti bibik nak sental lantai tu”
“Sebab abang tahu Lia tak nak bawak Storm tulah abang drive X3 hari ni…hehehe Lia lah orang yang pertama dapat bawak kereta baru abang ni tau…”
“Yahooo! Bestnya…bila X3 abang keluar? Lia tak tahu pun…Ohh patutpun parking Storm kat luar, ada buah hati baru rupanya…”
“Malam tadi abang ambik kat Auto
“Okay… Syoknya! Lia nak pinjam seminggu boleh? Nak rasa balik JB drive X3 pulaklah” gurau Lia
“Takde hal sayang…bawaklah…”ucap Datuk Fadzlee dengan bersungguh. Lia tahu abang angkatnya itu tidak pernah mengecewakan permintaannya.
“Abang…sepuluh minit lagi Lia sampai. Sorry boss Lia lambat. Jumpa kat office ya” Lia mematikan talian sebaik sahaja dia menjawab salam yang diberikan Datuk Fadzlee sebelum mengakhiri perbualan telefon. Lia begitu senang sekali dengan Datuk Fadzlee dan keluarganya. Jutawan hartanah dan perbankan itu mewarisi kekayaan dari bapanya, memiliki deretan syarikat yang disenaraikan di
Tiga
Penuh BMW Nizam dengan empat orang jejaka tampan. Mereka menuju ke Taman Warisan Pertanian untuk menikmati Sate Kajang Haji Samuri yang sangat terkenal itu.
“Perghh…ganas siot X3 yang potong kereta kau tadi Zam” ucap Affandi yang duduk disebelah Nizam.
“Melampau beb… nasib baik aku perasan, kalau tidak naik atas divider kereta aku ni. Tak guna punya orang…”bebel Nizam pula.
“Apalagi bro, kasi asaplah sama dia. Kau punya keretakan ada turbo” kata Jui Meng yang
“Hey, korang betul nak suruh aku kejar X3 tadi?” tanya Nizam.
“Yes dude, apalagi kejarlah” jawab Farid. Nizam pantas menukar gear dan menekan pedal minyak dia sedang mengekori dengan rapat BMW X3 yang berada dihadapannya kini. Dia menekan minyak dan memotong BMW X3 itu seperti mana kereta itu memintasnya tadi.
“Yessss…. Dapat asap X3 tu, puas hati aku” kata Affandi. Namun kegembiraan mereka hanya seketika kerana tidak lama kemudian BMW X3 itu memotong mereka dan meninggalkan mereka dengan lebih laju lagi.
“Mak aiii….siapa driver dia tu? Anak murid Micheal Schumacher ke?” tanya Farid yang masih terkejut apabila Nizam membrek secara mengejut sebentar tadi.
“Bukan Schumacher tu…tapi aku rasa dia belajar dengan Ayrton Senna, sebab tu berani mati” balas Jui Meng. Mendengar nama Ayrton Senna disebut, Nizam teringat pada pesan Lia sewaktu dia masih bekerja di Johor dulu. “Jangan bawak kereta laju-laju Zam, aku tak mahu kau jadi Ayrton Senna…” Dia amat merindui Lia, Lia penuh dengan pesan-pesan yang membuatnya sentiasa berhati-hati. Lia juga penuh dengan cerita-cerita yang mengisi waktu sepinya dulu. Sehingga sekarang Lia masih menghiburkan dirinya dengan kiriman SMS setiap hari, walaupun tidak sekerap dulu.
Empat sahabat itu sampai ke Taman Warisan Pertanian tidak lama kemudian. Mereka terpandang kereta yang memotong mereka di tempat letak kereta berhadapan dengan
“Wahhh…perempuan beb. Berani dia ya…”
“Cun siott…kalau awek aku tuh…perghhh syok betul”
“Dah jangan berangan, jom makan sate…”
Nizam terpandang tiga orang gadis disuatu sudut, salah seorang darinya merupakan wanita yang membuka pintu BMW X3 tadi. Semuanya tidak dikenali. Mereka berempat turut mengambil tempat duduk dimeja berdekatan. Affandi pergi membuat pesanan dikaunter untuk mereka.
“Dari jauh nampak cun…dekat tak cun pulaklah…banyak jerawat” ucap Affandi sewaktu melabuhkan punggungnya dikerusi.
“Sempatlah pulak kau skodeng minah tu Fandi”
“Fandi ni kau serah aje kat dia bab skodeng ni, he’s the king of skodeng!”
“Woiii…yang tu cun, body lawa siott…” ucap Farid. Dia merujuk kearah seorang wanita yang baru sahaja mendekati meja tiga orang gadis. Wanita itu berkemeja putih lengan panjang yang dilipat lengannya hingga ke bawah siku dengan berseluar hitam. Dia sedang ketawa apabila tiba dimeja teman-temannya.
“Sarah…kau tererlah… next time kalau kau jumpa BMW tadi kau perambat dia cukup-cukup macam tadi. Aku salute tengok cara kau potong kereta tu tadi, nyaris masuk longkang diorang tadi” ucap salah seorang dari mereka. Berderai ketawa tiga orang gadis itu. Yang seorang itu cuma tersenyum, gadis itu kemudian menanggalkan cermin matanya dan diletakkan diatas kepalanya.
“Ya Allah…Liaaa…” ucap Nizam, dia nyata terperanjat dengan kehadiran Lia disitu.
“Lia mana bro?” tanya Affandi
“Kau kenal awek tu semua ke Zam?” tanya Jui Meng
“Rekomen kat aku yang pakai kemeja putih tu Zam” tambah Farid selamba. Nizam menunjukkan penumbuknya pada Farid dengan spontan.
“Dah makan sate tu cepat. Lepas ni kita race dengan minah empat orang tu” ucap Affandi yang tidak puas hati. Mereka beredar dari tempat itu serentak dengan empat orang wanita itu tadi. Nizam mendekati mereka.
“Liaaa….” Tegurnya dengan lembut.
“Nizam…. Terkejut I… you pun ada sini?” Lia tahu kereta Nizam yang dipotongnya sebentar tadi namun dia tidak menyangka mereka menuju ke tempat yang sama.
“You nak bunuh I ke tadi? Dah tak sayang I ya?” tanya Nizam pula. Riak wajah Lia berubah apabila Nizam menyebut perkataan sayang. Dia tidak berkata apa. Sayangkah dia pada aku bertanyakan aku soalan itu? Tidakkah dia tahu betapa sakitnya aku sewaktu ditinggalkannya dulu, soal Lia dalam hati. Lia menyusun langkah menuruni tangga menuju ke kereta tanpa mempedulikan Nizam dan teman-temannya.
“Kau kenal awek tu Nizam?” tanya Jui Meng pada Nizam yang masih tercegat dipintu utama
“Ex-colleague aku masa kat Johor dulu…”jawab Nizam. Dia hanya memerhati Lia masuk ke dalam kereta bersama tiga orang temannya yang lain.
“Ex-colleague ke ex girlfriend kau buddy?” soal Farid. Nizam tiada jawapan untuk itu kerana dia tidak tahu apakah status Lia Sarah dalam dirinya namun kasihnya untuk wanita itu masih tebal.
“Tapi Lia buat apa kat sini ya? Tadi pagi drive Kancil, sekarang ni dia drive X3 pulak” ucap Nizam kebingungan.
“Intro kat aku Zam Lia tu…ayulah dia. Aku suka perempuan rambut panjang macam tu…”ucap Affandi. Nizam hanya diam, tidak membalas kata-kata temannya itu. Dia memerhati Lia yang sedang memandu keluar dari tempat letak kereta. Nizam terus memerhati sehingga BMW X3 itu hilang dari pandangannya.
“Kenapa kau tak follow awek tadi Nizam? Nak jugak aku tahu dia kerja kat mana” tanya Farid.
“Pagi tadi Lia drive kancil, sekarang drive X3 pulak…pelik aku” ucap Nizam pula.
“Awek loaded ke tu Zam?” tanya Jui Meng
“Takdelah loaded sangat. Family dia biasa aje…”
“Arghh…entah-entah dia ada sugardaddy tak? Kalau tidak pun mesti dia buat kerja part-time, jadi call girl ke? Siapa tahu?” tambah Affandi pula.
“Woitt…cakap baik sikit. Lia aku bukan macam tu. Aku kenal dia…she wont do such things”
“Oppss…Lia aku?” What you mean by Lia aku Nizam?”
“Sahlah perempuan tadi awek kau
“Habislah PA-PA yang syok kat kau tu Zam… frust menonggenglah diorang semua. Balik ni aku nak buat announcement. Haiman Nizam bin Datuk Hakimi sudah ada girlfriend!”
“Diorang tu bukan nak kat aku…they are after my money and my status…not myself…Sorrylah kalau nak duit aku aje, sayonara baby” balas Nizam. Dia teringat pada Lia yang memanggilnya Mr. Cost Saving.
“I know you kinda cost saving person, so I am sending you this sms coz I know you wont call me. Don’t you know that Maxis didn’t give you any discount for the shortest SMS or even a blank one, they still charge you at the same rate, so next time please type something. Don’t send me blank SMS will you?” tersenyum Nizam mengingati baris SMS yang pernah singgah di inbox telefonnya.
“Baru jumpa awek dah sewel, kesian betul kawan aku sorang ni” usik Farid. Mereka berempat ketawa dengan lawak spontan Farid itu.



1 comments:
mesti Lia takkan balik pada mamat jawa jerman tu. atau nnti dia akn jatuh hati kat Fadzlee. dia pun mcm berkenan je ngan Lia tu.
Naz..ni encik Nizam yg patah ati ngan Sofea ke?
awat tergantung? ke ade smbgn nye..
asal aku macam bace kisah idup ko jek..:'(
tang kete kancil..encik jowo jerman..datuk Fadzlee..patah hati..huaaa
Post a Comment