Tuesday, May 19, 2009

another bedtime stories...

entri ini ditulis berikutan berita yang aku terima dari pantai timur seorang temanku menelan 32 biji actifast kerana didustai oleh tunangannya. puas aku consult tapi dia tetap mahu menyakiti diri sendiri. look here darling, men come and go...we cant stop them. look at the positive side...apa yang kamu boleh dapat dari peristiwa itu. Ini cerita kakakmu....

Hmm... sudah tiga empat hari aku rindu pada seseorang. Rindu yang lama terbungkam. Rindu yang selalu aku tahankan. Rindu pada dia tak bererti aku khianati si dia. Aku masih sama, aku tetap sama. Cuma bilamana rindu itu datang aku tidak dapat sorok hatiku daripada berkata-kata dan menyebut namanya. Aku harap si dia mengerti.

Kelmarin aku mimpi dia. Mimpi datang bila hati berkata-kata.

Dia, sahabat yang tidak pernah sekali melukai aku. (Dahulu) Dia sahabat yang sentiasa ada untuk aku. Dia sedia pinjamkan telinga, dia sedia pinjamkan mata sampai aku dapat mendengar dan melihat apa yang aku tidak nampak dengan mata kasar.

Bertahun aku kenal dia tidak pernah sekali keluar ayat yang merobek jiwa dari bibirnya. Malah saat dia ingin pergi, kata-katanya juga tidak sekali melukai aku. Bagi lelaki lain dia mungkin bacul. Bagi perempuan lain dia mungkin tidak jantan. Tetapi bagi aku - dia tetap sahabat yang baik kerana tidak pernah melukai aku. Dia boleh letak telefon jika dia mahu daripada dengar aku menangis dari Cyberjaya sampai ke Cheras. Dia boleh sahaja kata - stop all these nonsense. I hate you bloody jerk. #@%^&* kerana dia bukan tidak pandai mencarut. Bertahun di negara uncle sam mencarut itu sudah sebati dengan telinganya. Tetapi manisnya dia - sanggup dengar lagu airmata dan tahan telinga dengar muzik sendu-sedanku.

Baris-baris ini selalu menjadi inspirasi kepadaku untuk menangis bilamana aku perlu ketika menulis,

"kenapa sms i u tak balas? selalu pagi-pagi mesti ada morning call..."
"i tak mahu ganggu u lagi."
"i tak rasa u ganggu i pun. selama ni u mengganggukah ***. kenapa u cakap macam ni? i ada buat salah ke?"
"no, takde. cuma i tak mahu ganggu u lagi."

kenapakah dia guna perkataan ganggu. macam langau yang menyemak atas lauk ikan kering aje. daripada guna ganggu kan lebih baik dia terus terang aje - Lily, kita putus! Tapi dia pilih untuk guna perkataan ganggu which drag the conversation to,

"u dont want to hear me anymore?"
"no."
"u dont want to see me anymore?"
"no."
"u dont love me anymore?"
"no."
"u dont want to say sorry?"
"sorry."

Kesemua dialog itu berselang-seli dengan tangis dan tangis.
Kenapa mesti semua jawapannya NO? Sampai sekarang aku masih diselubungi dengan misteri NO. Yes or No?

Sudah bertahun kisah ini terjadi tapi bagi aku ia bagai baru. Menyesal? Tidak! Kecewa?Juga tidak! Kisah ini menjadikan aku lebih kuat. Cerita itu memberi aku semangat. Sejarah aku dan dia, aku anyam jadi hikayat - lalu buat semua orang menangis. Terima kasih kerana tinggalkan aku. Jika tidak aku tidak berpeluang berkongsi kisah di sini. Jika tidak aku pasti jadi perempuan kaki sembang di laman gossip atau mungkin jadi online shopper dan menghabiskan kreditmu!

Tuhan utuskan dia padaku untuk buat aku tersenyum bahagia. Buat aku ketawa. Buat aku gembira. Tuhan tidak cipta dia untuk aku tetapi untuk wanita bertuah yang lain. Aku bukan wanita bertuahnya tetapi sepanjang tempoh aku kenal dia, aku merasakan aku lebih bertuah dari perempuan-perempuan lain.

Andai dia berterus terang pada hari terakhir kami bersama - tentu aku tidak naik pesawat MAS itu. Kalaulah aku tahu dakap itu dan rasa hangat di pipi kanan ku - ucapan selamat tinggal darinya, tentu aku tidak akan terbang kembali ke mari.
"Take good care of yourself, sunshine" tulisnya setelah aku tiba di pintu berlepas.
"I hate flying alone. I wanna fly with you..." balasku.
"We will, sunshine."
"Meet you again in December."
"Yah. Holiday in Pangkor as promised. Reading book by beachside, all with you by my side." (sedih gila dah ni...korang sedih tak? sob...sobbb...)

We plan to go to Tiger Rock. He choose the place for us after googling number of resorts. However, Tsunami came before us. Or else... munchen and me will rest in pieces (instead of peace). Syukur pada Tuhan atas airmata itu. Jika tidak lebih ramai lagi yang akan mengalirkan airmata. Syukur kerana hanya aku sahaja yang menangis, bukan mamaku bukan juga ibunya.

Kecewa tidak tertahan lagi. Berhari-hari di pejabat aku hanya menangis sampai bos matsalehku tak berani tanya apa sudah jadi dengan perempuan ini. Thanks for being super understanding boss ,Hickman! Dahulu rambutnya panjang kini sudah pendek biarpun warna nectarinenya semakin berkilat. Dahulu dia menyanyi tetapi kini dia menangis. Teruk gila aku frust, sampai naik kereta Izam pun aku tak mahu - sudahlah sama, warna sama, bau kereta pun sama!

Aku rindu dia. Aku lari ke Holiday Plaza tempat kami shopping raya. Aku cari dua kusyen yang sama agar bisa aku dakap erat-erat (sampai la ni). Hati siapa tidak bahagia bila lihat 'harta' itu masih 'di situ' tanda dia hargai aku. Aku tak tuntut dia kembalikan cintaku... kerana dia sahabat yang membahagiakan dan dia tidak berhutang apa-apa denganku. Aku tidak tuntut ganti rugi - kerana dia tidak mengambil yang bukan hak. Kami tidak berhutang apa-apa kecuali...

Bila aku putuskan untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Aku tidak datang dengan baju kurung yang dia pilih untukku...tetapi dengan blouse corak paisley warna hitam dan putih. Jeans. Terbelalak matanya lihat aku. Pasti dia gelabah dan cari J. Kenapa J kasi tahu Lily!!! (Patutlah J lari siang-siang, entah apa J goreng dia.) Aku senyum pandang dia. Hensemnya dia dengan baju melayu teluk belanga warna coklat emas. Bersongkok macam bendahara. Dia pelawa aku makan tapi aku mahu mati saat itu. Tak tergamak aku nak makan waktu itu. Aku paksa diri jangan pengsan, jangan menangis.

"She has her family. It takes a lot of time and efforts to go thru all this. The most saddest thing in life - make her sad."
"I am not sure whether we can get married or not..." tulisnya pada temanku. SMS itu dipanjangkan kepadaku melalui temanku yang lain. Dia telefon temanku bertanyakan mataharinya yang sudah terbenam. Aku hanya menangis... namun saat aku jumpa dia buat kali yang terakhir aku mampu senyum dan berjabat tangan dengannya. Aku tidak pernah dendam dengan kau ***. Bagi aku, kaulah temanku sampai aku mati. Aku tidak pernah buang kau biarpun bertahun aku menangis selepas kau pergi.

Aku tak pernah marah biarpun kau sering lari. Aku tahu kau sudah punya keluarga dan kau pasti tidak mahu api cinta itu menyala lagi. Dan, aku juga tidak mahu kau kenang aku sebagai kekasihmu. Malah aku sudah berjanji - kesemua cerita harus berhenti saat aku diijabkabulkan nanti. Namun sehingga sampainya detik itu - aku bebas untuk mencoret segala kenangan yang pernah bersemi. Bagiku - ia yang terindah...biarpun banyak airmata yang tergadai kerananya tapi aku bahagia!

Terima kasih kerana tidak buka pintu untukku. Jika tidak, aku tidak menulis di sini, aku tidak sempat lihat mamaku pergi atau mungkin aku akan menyebabkan mama atau abahku mati lebih awal! Terima kasih kerana tidak buka pintu!

p/s: aku sentiasa ingin bertembung dengannya di mana-mana. aku hanya ingin lihat dia dari jauh kerana tulisnya padaku dahulu...."tiada apa yang buat aku bahagia - kecuali melihat orang yang aku sayang bahagia."

andai dia tahu...bahagia datang dan pergi sejak dia tiada...

5 comments:

notie said...

naz... ko buat akak nangis pagi2 ni teringat hikayat cinta lama.. Apa pun yang terjadi hanya DIA yang lebeh mengetahui. *sambung nangis lagi*

Nazurah Aishah said...

Akak, bukan nak buat sesiapa sedih tapi saya tak mahu orang bunuh diri kerana lelaki. Hidup tidak berakhir jika kita tidak kahwin dengan orang yang kita cinta... kita harus bangun dan kuatkan semangat...

Memanglah at one time kita akan rasa down gila tapi kita tak boleh sia-siakan hidup kita kerana lelaki. Life, lotsa ups and downs... namun bahagia ada di mana-mana... andai bukan dengan dia, pasti ada bahagia yang lain buat kita...

kan... kakakku sayang?

liza68 said...

sedih nya baca kesah tu..semoga yang punya certa sabar dgan apa yg terjadi moga kebahagian pasti menungu dimasa depan tapi bila dan dimana allah saja yang tahu..dan jangan bersedih sebab segalanya akan berakhir dan sedih membawa derita..

Hajar said...

huhuh, thanks sbb sudi kongsi kat sini.
bila fikir2 mmg sakit hati, tp cuba ikhlaskan diri, belajar terima hakikat. Insya Allah kita akan ok. =)

imannuha said...

Naz,kisah naz ni sama macam novel yang akak baru selesai baca iaitu"Sonata kasihku"....Baca le..sangat menyentuh jiwa...

 
Designed by suckmylolly.com