Thursday, May 14, 2009

Bayu Tasik 7

Telefon bimbit Ericsson warna hitam dan kuning dibelek berkali-kali. Ditimang, dibuka dan ditutup flipnya. Telefon itu tidak berbunyi langsung petang ini sedangkan Lia Sarah sudah kebosanan di tepi padang Seri Gelam. Ilham seronok di tengah padang mengejar bola bersama dua puluh satu orang pemain yang lain. Ilham memang punya bakat besar dalam sukan bolasepak, walaupun hanya pulang sekali-sekala dia tetap akan dipanggil untuk menyertai kelab tempatan.

Padang bolasepak ini bukan tempat untuk Lia Sarah, dia lebih suka ke perpustakaan dan ditimbuni buku-buku ilmiah dan novel. Dia cepat bosan kalau di bawa ke padang bolasepak. Lia Sarah turun dari staging batu, punggungnya sudah kematu duduk di situ.

“Lia…” panggil Syaza dari dalam keretanya. Ahh…Kak Syaza! Lia Sarah pergi ke arah kereta Syaza.

“Nak pergi mana tu? Tak tengok Hil main ke?” tanya Syaza. Dia membuka boot keretanya lalu mengeluarkan Stroller Graco yang besar.

“Nak ambil anginlah kak…kat padang tu panas…” beritahu Lia.

Dia paling tidak suka bila dibawa Ilham ke padang. Hijau rumput di padang itu tidak membawa erti kepadanya. Dia bukan anak kecil yang boleh berkejaran keliling Padang Seri Gelam yang mahsyur itu. Kalau dengan Ilham semuanya terbatas. Dia tidak boleh sewenangnya melakukan sebarang perkara tanpa merujuk Ilham. Ilham sangat cerewet.

“Marilah kita ke padang semula, nanti kalau Hil tak Nampak Lia kat staging tu dia bising karang…”

“Hil mana nampak orang kak… dalam padang dia cuma nampak bola dengan tiang gol aje.”

“Nampak… Hil ada banyak mata…” sambil menolak stroller Athirah. Lia Sarah masih tercegat di situ. Hatinya seakan tidur sepertimana telefon bimbitnya yang senyap sunyi. Sejak semalam telefon itu diam. Sejak dia diberitakan dengan....


“I rasa macam tak mahu kahwin la Lia…I nak call off this wedding…” ucap Nizam sebaik sahaja memberhentikan kereta dihadapan rumah warna coklat tanah.

“You can’t do this Zam…think about your parent and family. Nanti dia orang semua malu dengan keputusan you ni. Lagipun semuanya dah siapkan? Kenapa nak batalkan pulak?” nasihat Lia. Dadanya sebak sewaktu menuturkan kata-kata itu.

“ I can’t Lia… I have bad feeling bout this….”

“ I just an outsider Zam…I can’t decide for you. I want you to be happy and I’ll pray for your happiness…” Hampir sahaja Lia menitiskan airmatanya sebaik sahaja dia menghabiskan sebaris ayat yang dirasakannya terlalu berat untuk dilafazkan.

“You sayangkan Salizakan? You masih sayang Salizakan? Jangan you bunuh perasaan itu dengan hanya perkara kecil sebagai punca” nasihat Lia ikhlas. Nizam hanya diam mendengar kata-kata Lia itu. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaannya terhadap Saliza kini. Kedua belah tangannya diletakkan distereng. Pandangannya dilontarkan jauh ke Selat Tebrau yang membiru dihadapannya. Kenapa gadis dihadapanku kini terlalu mulia hatinya? Kenapa dia tidak berterus terang sahaja denganku bahawa dia menyayangi aku, getus Nizam dalam hati.

“Malam nanti kita keluar dinner??”

“No thanks… You rest kat rumah ajelah, kita makan kat rumah masing-masing aje ok. Bakal pengantin baru kena banyak berehat.”

“Lia.. you are the best girl friend I ever have…”

“Hmmm… ”

“Zam….gotta go… nanti you lewat pulak sampai ke rumah. Darah manis ni banyak ujiannya. You jangan drive laju-laju, I tak nak dapat call dari hospital pulak. Take care and congratulations, send my warmest regards to Saliza…”

Lama ditenung sepasang mata redup milik Lia. Rambut Lia yang lurus dan halus menutupi sebahagian dahi dan matanya menyembunyikan kolam mata yang mula digenangi air. Ingin sekali dia memeluk gadis itu, ingin juga diluahkan apa yang terpendam dilubuk hatinya. Nizam tahu berat hati Lia melafazkan kata-kata itu. Dia sayang Lia namun berat hatinya untuk melafazkan. Dia sendiri tidak tahu apa yang mengekangnya untuk berkata.

“Lia…”

“Saya…”

“Lia datang tak nanti?”

“Insya-Allah Zam. Sharina ajak I pergi dengan dia. Lagipun Ilham mungkin takde kat sini. Insya-Allah I sampai nanti… I masuk dulu, jumpa lagi nanti…” Lia minta diri. Dia tidak boleh lama disitu, kolam matanya hampir banjir menatap wajah Nizam. Pintu Satria merah itu ditutup kemas buat kali terakhir. Lia melangkah longlai menuju ke pagar rumahnya.


Lia Sarah pejam matanya. Ingin dilupakan keduanya. Bekas tunangannya Ilham dan juga lelaki yang selalu buat dia bahagia. Lia Sarah rasa berdosa pada ibunya kerana memutuskan pertunangan dan tidak pulang-pulang sejurus itu. Lia Sarah rasa berdosa pada keluarganya kerana telah mendustai janji. Biarpun semua itu sudah lama berlalu tetapi rasa bersalah yang terhimpun atas bahunya tidak pernah susut. Oh! Tuhan... kenapa begini jadinya...

0 comments:

 
Designed by suckmylolly.com