Saturday, May 23, 2009

Kalau salah...

Maafkan saya!

Malam tadi saya tengok drama Melayu di TV3, EMBUN MUTIARA tajuknya. Jalan ceritanya bolehlah tapi macam kelakar gitu bila si adik jauh lebih berumur dari si abang yang sudah botak itu. Aku pasti Thira itu jauh lebih tua dari Hadi. Penonton tak buta ya ;)

Keduanya - bila adik beradik yang bukan adik beradik dari hukum syarak tidak sah berkahwin katanya. Penerbit, penulis skrip atau pelakonnya tidak pergi sekolah agama ke? Sehingga ketika episod semalam keudara, Hadi hanya menyebut Embun itu anak luar nikah Laila dengan Rahman (yang sebenarnya Rehman) dan sehingga episod semalam juga tidak dinyatakan bahawa Rehman pernah bernikah dengan Laila. Maknanya Embun itu anak luar nikah!

Setahu aku anak luar nikah, yang perempuan boleh berkahwin dengan lelaki yang membuntingkan ibunya (tidak layak digelar bapa as the parent are not legally married!) akan tetapi anak luar nikah lelaki diharamkan berkahwin dengan ibunya.

Refer pada jawapan yang aku jumpa kat internet

Jawapan:

Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada sesiapa yang mengaku bapanya kecuali Abdullah atau salah satu nama Allah yang berpangkalkan Abdul. Lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu tidak diiktiraf sebagai bapa kerana tiada akad sah yang menghalalkan persetubuhan bagi menghasilkan anak itu.

Perkara ini dititikberatkan kerana membabitkan banyak kesan dari segi keturunan (nasab), mahram, hukum berkaitan aurat, wali dan pembahagian pusaka.

Anak tidak sah taraf tidak menanggung dosa kesalahan orang tuanya. Namun, nasab sebelah ibunya (ibu serta saudara mara ibu) perlu bertanggungjawab terhadap anak itu termasuk memastikan nama yang betul.

Bagaimanapun, jika ibu mengahwini lelaki yang menyebabkan kelahiran anak itu, si anak dikira mempunyai hubungan mahram dengan suami ibu sebagai hubungan bapa tiri dengan bersentuhan tidak membatalkan wuduk tetapi tidak boleh mewalikan pernikahan si anak perempuan itu jika ia ingin berkahwin.

Jangan pandang mudah pada perkara ni, pakai taram aje kalau nak buat sesuatu tu, kalau sorang dua aje yang tengok tak mengapalah, ini beratus ribu manusia tengok. Sejak bila pula anak luar nikah ni jadi adik beradik dengan anak sah taraf lelaki yang mengandungkan ibunya?
Aku bukanlah pandai sangat, sekolah agama pun tak habis (sampai darjah 5 aje) tapi perkara ini adalah basic dan semua orang wajib tahu.

Next time kalau buat apapun walaupun cuma nak tahu perkara kecil pun silalah rujuk pada orang yang ahli. Apatah lagi jika benda yang kita buat tu akan dipertontonkan kepada seluruh negara.

p/s: Berterima kasih kepada setiausaha politik TPM - Ustaz Syahrin Jamaludin yang sudi menjawab persoalan saya semasa menghasilkan Rahsia Hati Sofia.



2 comments:

kiki bangi said...

Patutnya lily hantar terus komen ni ke surat khabar jer....biarkan diaorang rasa...(hehehe jahatnya aku)

nurul ain said...

betui tu..setuju sangat..kami yang tgk tak abis2 komen..tula diaorg ni nk buat cerita pun kaji la dulu kan...

 
Designed by suckmylolly.com