Aku jadi terpanggil untuk menulis entri ini kerana bukuku tersenarai sebagai buku YANG MENYESAL DIBELI di laman forum tempat aku bertenggek selalu. Teruk gila aku sampai buat orang menyesal. Apa yang aku dah tulis sampai orang menyesal? Bodohkah isinya? Basikah isunya?
Aku kalau beli buku aku bukan belek jalan ceritanya atau blurp di belakang. Kalau dah tahu apa isinya, buat apa aku beli! Anda semua bagaimana? Adakah anda beli buku kerana sebab-sebab di bawah ini:
a. Covernya yang cantik
b. Penulisnya
c. Blurb yang menarik
d. Genre buku
Aku memang memberi markah yang lebih pada pilihan a. Sebab aku suka benda yang cantik dan aku amat mengagumi kepandaian dan kreativiti pelukisnya yang mana aku sendiri tak mampu. Lukis orang lidi pun buruk!
Kalau beli kerana penulis - kesianlah kat penulis baru kerana tidak diberi peluang (kesian kat aku). Kenalah ada marketing team yang gagah dan ganas untuk mempromosikan penulis baru barulah dia dapat bernafas dan dikenali. Bagi seorang yang malas membaca (bukan tak suka baca) aku tak kisah beli buku siapapun biarpun akhirnya buku itu cuma diam di rak sahaja.
Bagaimana pula dengan pilihan c? Untuk buku sendiri aku suka letak blurb yang agak-agak mengelirukan gitu. Barulah ada thrill orang nak baca. Dan blurb sangat memainkan peranan untuk memikat hati pembeli. Aku yakin tiada penerbit yang berniat nak tipu pembeli dengan meletakkan blurb super xtra canggih tapi isi dalam hampeh... Takde, takde...
Genre pula bagaimana? Sekarang ada pula label santai dan non-santai. Aku fikir santai tu di tepi pantai aje. Aku tak rasa buku aku santai - sebab kena menangis! tapi tidaklah pula buku ala-ala koleksi teka-teki, dari mula sampai habis dok kena teka aje (letih kepala otak aku). Kalau aku tiada yang spesifik, semua aku bantai.
Berbalik kepada kes menyesal beli, aku rasa (pendapat peribadi aku) orang yang menyesal beli ini bukanlah dari kalangan kelompok pembaca yang jujur. Maksud jujur lebih kurang macam - die hard readers la (yang sampai kertas bungkus tempe pun dia baca). Pada aku orang yang terbit rasa menyesal beli sesuatu ini ialah orang yang rasa takut-takut nak beli, takut tak sedap. Untuk kelompok begini aku cadangkan tak usah beli dahulu, pinjam aje. Kalau rasa buku tu berbaloi dibeli barulah beli. Jadi tiada siapa yang menyesal dan tidak ada orang lain yang kesal juga. Selamat kan?
Aku rasa semua penulis sebolehnya ingin menulis suatu cerita yang menepati selera pembaca. Tapi kalau nak kata semua orang akan suka - susahlah kan. Sedangkan Quran yang indah pun orang malas baca, tak suka baca, tak reti baca... inikan pula cerita yang lahir dari otak manusia yang kurang sempurna.
Aku bukan tak boleh terima kritikan tapi kalau nak beri komen itu biarlah yang logik. Saya tak suka baca cerita anda kerana cerita anda sangat meleweh dan bodoh. Cerita anda bodoh kerana cerita anda biasa. Cerita anda biasa sebab anda tulis cerita kisah suami isteri yang loving dan bahagia - mana ada dalam dunia orang lelaki baik macam Najah! Lelaki dalam dunia ni semuanya tak guna, tak appreciate isteri, pemalas, jahat, kaki pukul, kaki betina, taik judi, jahanam etc- haaaa... ini baru kata komen yang padu!!
Sebenarnya saya tak tahu pembaca mahu yang bagaimana. Sesi borak kosong dengan dua penulis lelaki senior lagi arif lewat Pesta Buku yang lalu mereka mengatakan bahawa pembaca lebih teruja nak baca cerita yang banyak drama. Suka cerita isteri kena dera, pukul-bantai, isteri kena buli, suami jahat gila nak mampus. Heyyy... perempuan tidak sebodoh itu ke?! Aku tak sukalah nak baca cerita perempuan yang rela kena bantai-bantai ni. Kalau kau dah kena bantai dengan laki, tak reti nak lari ke? Tadah aje ya kena bantai? Walahhhh... ini bukan zaman Malaya dikuasai penjajah. Bukan juga zaman gelap komunis. Nak kata takde bas, takde jalanraya, takde LRT... sampai mereka tak boleh lari atau lapor pada pihak berwajib. If you wanna stick with that kinda man, you may do so but please teach him back! Come on la, sekali okey la orang harus diberi peluang. Semua manusia berhak diberi peluang tapi not for second, third or fourth... that is super silly act! Tetapkanlah hatiku agar tak tulis cerita sebegitu kerana aku tidak rela orang perempuan dipukul bantai lelaki sesuka hati. Bapak aku tak pernah letak tangan kat mak aku, tidak juga pada aku dan saudaraku yang lain. Rasa bahagia yang aku lalui itulah inspirasi aku untuk menulis dan aku kongsikan dengan pembaca. For those yang nak muntah hijau baca part loving and caring tu akak tak marah dik... kerana setiap manusia dibesarkan dalam situasi yang berbeza.
Saya hargai nilai RINGGIT yang anda keluarkan, saya tahu anda berhak mendapat bahan bacaan yang terbaik dengan duit anda itu. Saya tidak kecil hati jika orang tidak beli buku saya sebab saya penulis baru, saya tidak marah orang tidak beli buku saya sebab orang kata saya tulis cerita sedih yang membuat mereka menangis saya tetap bangga biarpun anda cuma pinjam buku itu dari perpustakaan awam ataupun kaum keluarga. Setidak-tidaknya anda baca biarpun tidak dibeli dan saya tidak dibayar royalti dari buku pinjam. Oleh itu andai anda ragu-ragu dengan hasil tulisan saya, janganlah beli. Pinjamlah dahulu. Kalau mahu sewa dari saya pun boleh, saya mula terfikir nak sewakan buku bagi mereka yang takut nak beli buku saya pada masa akan datang - dengan syarat anda harus beli sekiranya anda berpuas hati tapi kalau anda tipu sebab anda tak mahu beli, saya tunggu anda di pintu masuk syurga nanti... hahaha... camne, ada berani??
p/s: saya hanya beli buku inggeris dari 2 penulis ini - SS dan JG (malas beli pasal buku depa mahal! takde budget!) dan saya telah membuat perbandingan yang sangat tak adil: bandingkan buku saya dengan buku mereka, hasil perbandingan syok sendiri ni - oittt okey apa buku aku!! Cuba kalau JG tulis dalam bahasa melayu dan pakai nama Jamilah Ghani, sure doploh ratus kali korang fikir nak beli kannn????



8 comments:
menarik topik ni: akak ada satu novel yg baru dibeli & amatttt menyesal sbb beli... karya (email akak klu nk tau - azlinahilmin@yahoo.com) (mcm la oenting kan!!! - huhuhu...) menyesal sbb akak tak sker betul baca novel melayu yg watak perempuannya digambar kan alim tp ngan lelaki yg dia suka, boleh pulak dia allow that guy peluk2 dia!!! apekemenda la tu! yg pasti ianya novel org terkenal. akak suka je novel naz (lbn), (suka suki pggil naz - hahaha!), suka sbb realistik, mn ada benda atas dunia ni manis je kan.. tabik coz naz berani meredah arus - sedangkan org lain asyik dgn ending yg manis2.. sbb tu la akak rasa org yg hanya maukan yg manis tak suka novel lbn. sorry, sekali komen panjang giler!
take care adik..
ps- akak suka buku js coz unsur ilmiah didlm nya - tak kisah sama ada ilmu dunia / akhirat.. janji tak mengarut. tahniah juga utk js!
aaa.. terima kasih kak lina (suka-suka jek panggil kakak)
bg saya penulis ada tanggungjawab terhadap apa yang dia tulis. penulis bukan macam artis sekadar menghiburkan pembaca namun dia juga bertanggungjawab memberi kesedaran dan nilai-nilai baik di dalam tulisannya.
manusia semua buat silap kan...
manusia yang bertudung juga ada nafsu (peringatan untuk diri sendiri)tapi saya sendiri tak berani nak halalkan yang haram dalam cerita-cerita saya...
dosa sendiri tak tertanggung, saya takmo pikul dosa orang lain pulak... huwaaa....
Salam naz, tertarik jemari nak comment post kali ni. Selalunya saya cuma singgah, baca2 pastu kuar. Naz, saya rasa komen yg cakap menyesal beli novel LBN tu xpatut. LBN salah satu novel yg agak menarik, memang menarik! Naz buat citer yg endingnya owang xjangka. Manusia ni pelik,selalu xpuas hati. Kalau la naz wat ending Najah tu sehat n hidup bahagia ngan tasha, konpem orang akan cakap "ala,novel melayu slalu camni. Happy ending" Kalu mati, sad ending.."nyesal pulak beli." Baca novel ni, bukan hanya dengan mata, tapi perlu menilai dengan hati. Betul jugak cam Naz cakap, pinjam dulu. Cara saya beli novel pulak. Saya akan survey kat internet, kalo byk komen yg agak boleh buat saya tertarik, saya beli lah novel tu.(saya jenis xsuka meminjam n memberi pinjam novel..hihih) LBN tu pun saya beli lepas baca resensi dr internet. Tak menyesal langsung! Betul la leh buat orang menangis.. Then RHS terus saya beli sb dah terikat ngan penulis LBN. Sukses selalu Naz!
Alahai...sape yg kata mcm tu?
Kite beli dan hadiah kan kat kawan2(ni kawan yg tak rajin baca novel ye)semua kata BEST GILER!!
Skrg ni ada yg da jd ulat buku cam kite...hehe
Datang minat baca dr LBN ler..:-)
Jgn patah semangat ya Naz....
Peminat dan penyokong awk ada dimana2 jea...Chayok!!!
naz,
biarkan jangan 'menyesal'
ramai yang mengenali u dr LBN,
lahirnya RHS tentulah ramai yang nak membaca novel ke-2 u,kami peminat-peminat u tetap kata best...mana nak dapat memuaskan hati semua orangkan...
jgn putus asa
masih ramai yang meminati tulisan u
termasukla i....
me -tdet2003
pada sy, ada sbb kenapa penulis2 nih tulis apa jua cerita@genre pon. sbb bukan semua cerita tuh kita nak happy ending jek, kan..kan..tiap2 bulan sy beli 2-3(x termsk buku2 english)bukan nak riak ke, apa ke....mmg ske je beli buku2..termasukla LBN & RHS.. dua2 buku nih best! kalu ada pun lain2 buku yg kurang menyengat tp x nyesal sbb dari cerita2 yg dibaca nih.....dapat kte summarykan tiap satu2 kehidupan tuh berlainan. mana ada cthnya: rumahtangga yg sama je...ada gak yg gaduh2..ada gak yg bahagia..bukan kte nak megah ke apa ke...tapi just appreciate authors kte....
dulu2 mmg ske je pilih author yg best2...tp x berbaloi...sbb ada gak penulis yg baru2 nih yg lagi best....
Hai nazurah...anggap itu sebagai cabaran dlm menulis...apapun teruskan berkarya..jgn putus asa...go..go..go..cayuk
setakat nih xpernah menyesal beli apa jua jenis bahan bacaan.....terutama LBN, mungkin mereka yang menyesal itu, tak dapat menilai LBN dari sudut pandangan penulis....
Post a Comment