Friday, May 29, 2009

Sakit lagi...

Isnin lepas, aku kena rashes. Doc kata jangan makan seafood satu minggu. Setahu aku, aku tak alah dengan makanan laut kecuali ikan kerapu. Khamis lepas aku bantai makan gula-gula dari pagi sampai petang untuk menahan ngantuk di bilik seminar (ISO punya pasal - aku jadi sakit!) Tang tu jugak aku kena sore throat. Semalam aku mula selsema. Dan hari ini pakej lengkap penyakit itu sudah melekat disistem badanku.

Aku dan sakit bagai saudara kembar. Namun aku bersyukur kerana sakitku ini tidak perlu belanja besar untuk merawatnya...(yang sebenarnya aku takut sekali makan ubat!) Dimulakan dengan sakit yang membenarkan aku tidak boleh buat kerja berat pasal nanti aku akan penat. Arwah Tok Tina kata aku mengik (bahasa apa ntah aku tak tahu). Mak aku kata mengik tu semput. Memula aku kena time aku mandi kat rumah nenek aku tu la. Masa tu aku kecik lagi. Actually aku ni memang tak pernah mandi pagi (subuh lerrr...) so Tok Tina kejut suh bangun mandi. Gila babas kau, mandi sesubuh hari...sejuk melantun!

Rumah orang dulu-dulu ada pelantar. Tak tahu la apa benda pelantar ni... tapi dalam bilik mandi la. Naik jek atas pelantar tu, ceduk air dalam kolah tu... burrrrrr.... siram atas kepala. Sat tu jugaklah aku menggeletar satu badan dan menjerit...atookkkkkkk...

Terus nenek aku tu amik gebor..selimutkan aku( aku panggil blanket cina mati kaler merah putih amat popular zaman itu). Lepas tu Tok Tina dah tak suruh aku mandi pagi lagi dah. Nak mandi tunggu siang sikit :D

Bila aku sekolah... mak aku lerr kena masak air panas. Rumah aku takde water-heater (sebab yang kambing aku sorang jek) Korang nak tau... aku sampai sekolah menengah mandi air panas. First time aku pi Kelate ikut KS... dia suruh aku mandi. Aku bisik kat dia... solat ajelah ya bang, takyah mandi dulu. Siang sikit nanti Lily mandi. Sekali emak dia dah siapkan kain batik dan towel daaa...(gila kau! rumah dia mandi air telaga sejuk yang amat. jantung aku bleh stop terus kalo mandi sesubuh kat umah dia)

Sejuk dan semput tu satu hal. Pengsan-pengsan lainlah pulak halnya... aku, pengsan dan gelap mata juga bersaudara. Pening dan migraine juga kerabat kami. Aku pernah buat blood screen nyata aku sihat secara klinikal. Last monday jumpa doc...blood pressure aku normal beb. Mujur bila aku dah tua bangka ni aku pandai dah kawal kemampuan diri. Aku tahu aku tak boleh berdiri lama - aku tak berdiri lama-lama dan takde orang boleh paksa aku macam kat sekolah dulu. FYI, most of the time aku hanya duduk di kerusi tiap kali perhimpunan mingguan. Special tak aku? (cikgu dah malas nak angkat!)

Aku dan sakit perut - bagai aur dengan tebing. Saling berjanji sehidup semati. Tidak pernah ada hari dalam satu bulan yang aku tidak sakit perut. Dulu-dulu masa aku kecik aku selalu kena sakit perut tapi takut nak cakap dengan mama (sebab takut kena hantar spital), zaman-zaman aku berdating pun aku akan kena sakit perut lepas makan. Makanya aku terpaksa membongkok dan memegang perut yang ada arus elektrik tu sambil menangis. N, S dan KS sudah masak dengan penyakit ini. S - tak tahu nak buat apa. N - suruh aku standby muesli bar, paket oat (yuckky!!), KS - orang susah buang air besar ni jek selalu ada sakit perut. Digestion system aku memang poor. Sebelum aku besar 'begini' aku dulu sangatlah melidi sampai cikgu fikir mak aku tak beri aku makan di rumah. Tahun-tahun aku kenal KS pun aku kecil lagi, entah kenapa sekarang aku boleh besar macam ni. Adakah sebab aku takde boyfriend so aku tak perlu cantik-cantik jaga body? (KS balik enam bulan sekali so dua bulan sebelum dia balik aku berdiet bagai nak rak la)

Aku juga ada satu penyakit bila mana aku kurang minum air masak, aku kena pegang perut dan pinggang aku ketika berjalan. Sebarang getaran dan gegaran akan menyebabkan aku terasa sakit yang amat. Pernahlah aku buat urine test (3 kali kot) doc suruh aku makan ubat yang sangat yuckkkyyy... last test aku buat nearly 2 years back. Lepas mama aku meninggal akibat komplikasi buah pinggang, aku pulak sakit. Doc scan kidney aku... tengok ada apa dalam kidney yang bleh buat aku sakit. Doc suruh aku minum air, minum air, minum air...flushhh!!!

Masa nak scan kidney tu aku disuruh bukak baju dan pakai robe aje. Yang dia nak scan kan pinggang... apasal dia suruh aku bukak semua arrr?? Dialog sengal dia berbunyi begini;

"Sila bukak semua pakaian dan pakaian dalam kemudian pakai baju yang disediakan (robe)"
"Semua bukak ke? Bra pun?"
"Ya, semua bukak tudung pun sama..."

Aku pelik. Biar betul mamat ni. Dia nak scan kidney jek kan? Apasal tang atas pun nak kena bukak sekali??? Dah la tu robe tu takde tali... aku pegang jek time baring atas 'pelantar' scanner tu. Mujur la sepanjang dia nak xray aku ada sorang petugas perempuan menunggu... kalau tidak... lu fikirlah sendiri!

Actually aku ada satu lagi sesi treatment lepas tu tapi aku takmo datang. Aku tak suka makan ubat lama-lama macam mama. Bila dah 'bergantung' dengan ubat aku tak boleh lari dah. Bagi aku kalau nak mati, mati ajelah...aku takmo biarkan ada mendapan dadah dalam badan aku. As for now...aku cuma ambil ubat bila aku dah tak tahan sakit. Selagi boleh tahan, belum nak mati lagi... aku ketap bibir jek la. Dan cuba untuk tidak menyebabkan penyakit itu datang...

Pernah satu malam aku rasa macam dah nak mati. At 3am aku tak tahu nak call siapa. Orang jauh terlalu jauh untuk aku minta pertolongan. Nak call abang takut mengganggu privasi mereka di malam hari. Aku takde pilihan lain... mujur S sudi memberikan pertolongan cemas. Dia bawak aku ke ER. Masa tu aku nak berdiri pun tak boleh, baring dan bend badan aje. Lepas tu satu hari aku tak sedarkan diri... hehehe... bukak mata, tutup balik...tengok orang satu pun macam ada 3-4. Tak tahu dadah apa doc kasi kat aku sampai nak angkat kelopak mata pun tak larat!!

Nota: Sakit penghapus dosa kecil (banyak sangat dosa aku ni!) Sedeyy... tak dapat jalan-jalan di Air Papan :(

3 comments:

imannuha said...

Salam Naz!Semoga cepat sembuh....

d shepherd said...

assalamualaikum kak naz,,,nasihat hairi pada kak naz dan sesiapa yang baca komen ni ialah,,,sila pastikan kita minum plain water at least 1.5L-2L per day,,,air penting untuk sistem perkumuhan,,,meningkatkan metabolisma badan--->dan paling penting ialah untuk menjaga buah pinggang kita,,,lurve ur kidney,,,lepas dengan lecture pasal renal system n d complications,,,memang cuak sgt,,,fobia pun ada,,,sejak hari tu hairi pastikan hairi minum more 2L PLAIN WATER PER DAY,,,may allah bless~

Nazurah Aishah said...

kak iman, terima kasih!

hairi,

akak ada sediakan satu jug besar air (tak main botol lagi dah) kat tepi work station ni. just for me jek... tp time kene keje luar dan tersangat sibuk tak sempatlah nak minum...dan tentunya kidney sy yang merana... uhukk...

 
Designed by suckmylolly.com