saya terus berada di sini dan menulis? Saya menulis bukan sebab saya mahu jadi penulis, saya tidak pernah terdorong untuk jadi penulis bahkan tidak pernah tercatit di mana-mana rekod pelajar saya ingin jadi penulis. Seingat saya selepas menduduki peperiksaan SRP dan lulus dengan cemerlang saya dipanggil oleh kaunselor sekolah agar tidak bertukar sekolah. Guru itu menasihati saya agar tidak pergi, katanya kenapa pelajar cemerlang harus pergi ke sekolah lain kenapa tidak terus sahaja belajar di sini dan mengharumkan nama sekolah?
"Kamu mahu jadi apa?"
"Arkitek" jawabku. Terdorong dek sang abang yang bersekolah di situ sebenarnya.
"Bukan kamu mahu jadi doktor?" kata cikgu itu ketika menyemak rekod pelajarku. Doktor, peguam dan journalist itulah yang tercatat di kad besar warna biru. (Saya mahu jadi journalist kerana ingin menyampaikan kebenaran dan kesengsaraan!)
Saya terdiam. Sebenarnya saya bukan tipu guru itu tetapi saya sedang menipu diri saya sendiri. Mahu jadi doktor, sudahpun ditempatkan dalam aliran sains. Semua orang kenal saya. Apa lagi yang tidak ada di sekolah itu supaya saya belajar dengan bahagia di situ?
Masuk sekolah aliran teknik. Sahih bukan dunia saya. Mendapat peluang menyambung pengajian di sebuah IPTA di negeri jauh. Juga bukan tempat saya. Kemudian saya terjerumus masuk kolej dan belajar ilmu perniagaan. Juga bukan dunia saya. Saya belajar lagi kali ini ilmu pengurusan dan saya tahu banyak rahsia yang menjadikan saya kuat dan bertahan. Saya tidak jadi doktor sepertimana asalnya. Tidak juga jadi arkitek kerana saya cabut lari dari IPTA itu. Saya tidak juga berniaga seperti apa yang saya tuntut, saya sekadar melayari hidup saya yang sampai sekarang saya tak tahu, SAYA MAHU APA SEBENARNYA?
Begitu juga dengan kisah bagaimana saya terjadi penulis. Saya menulis bukan sebab saya bercita-cita nak jadi penulis. TIDAK SAMA SEKALI. Saya murid kesayangan guru BM saya (sampai teman-teman kata dia mak saya) kerana sering dapat markah yang baik untuk subjek ini akan tetapi saya tidak suka belajar TATABAHASA (pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat). Bagi saya ketika itu Tatabahasa ini leceh, seleceh subjek Lukisan Kejuruteraan. Orang abstrak macam saya pakai campak-campak aje melukis. Sudahnya bumbung ke mana, lantai ke mana. Ya, saya tak suka belajar tatabahasa kerana sebagai orang Melayu saya tahu bagaimana hendak membina ayat dengan betul maka saya tidur aje dalam kelas tatabahasa (sebab itu Chung selalu dapat A untuk tatabahasa tapi sayang tatabahasa tidak dapat menyelamatkan Chung dalam SPM kerana BMnya dapat P8, saya? Mestilah A!)
Saya tidak suka belajar benda leceh. Kalau ikut makna tatabahasa di dalam kamus dewan, mengapa perlu kita belajar sedangkan ia sudah dianugerahkan secara semulajadi kepada kita? Saya tak pernah rasa bahasa Melayu saya tunggang-langgang (harap maklum orang Johor memang cakap terbalik ya) Itu saya ketika remaja - sombong!
Saya TERJADI penulis bila Jemari Seni menerbitkan karya saya (yang entah keberapa itu). Sebenarnya saya menulis kerana KECEWA. Saya ingin mencurahkan seluruh rasa hiba, sedih, pilu yang tidak tersukat itu. Kalau langit Tuhan bisa saya pinjam untuk saya tulis ayat-ayat kecewa saya, pasti mendung akan membawa hujan airmata. Saya menulis kerana saya kecewa dengan orang yang saya kasih - N. Ya, saya menulis kerana N dan sampai waktunya nanti saya akan berhenti apabila kesemua cerita N telah habis saya tulis.
Kenapa saya menulis untuk N? Kenapa saya menulis kerana N?
Bila N tiba-tiba menghilang, bagaimana harus saya luahkan segala rasa rindu yang terpendam, rasa sedih yang sudah membuak. Saya perlu luahkan rasa marah dan kecewa saya pada N tapi DI MANA?
Lalu saya mula menulis. Menulis dengan seluruh rasa duka yang tersimpan. Semua coretan saya luahan perasaan saya. Kesemua cerita yang sudah saya tulis namun tiada penamatnya itu hanyalah cerita sedih saya dengan N. Kalau tiada N dan ruang kosong yang ditinggalkannya buat saya maka tiadalah Nazurah Aishah di sini. Tiada juga Lili Buat Najah, tidak akan ada juga Rahsia Hati Sofia. Mungkin dua karya itu tiada harga pada sesetengah orang, karya bodoh yang tidak sepatutnya wujud. Ya, saya tidak sepatutnya berada di sini, menulis kerana ini bukan dunia saya. Saya patut berhenti menulis kerana saya menulis dengan dada yang kosong, sekadar meluahkan rasa jiwa. PICISAN, ya... picisan... kerana cerita itu priceless bagi saya tetapi bagi orang lain ia tidak ada harga (bukan tidak dapat dinilai). Saya tak marah dah orang nak kata saya penulis picisan. Apa-apa sahajalah.
Saya harus tinggalkan dunia ini kerana di sini bukan tempat saya. Tidak layak untuk saya bergandingan dengan penulis-penulis lain kerana nyatanya mimpi kami berbeza. Kasta dan darjat kami juga berbeza.
Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mintak halal yang terlebih jua yang terkurang.
Assalammualaikum....
/me: Saya telah bunuh N dalam Lili Buat Najah!
Oh! Ya! hampir terlupa... budak 16 tahun yang sombong itu pernah menang pertandingan anjuran DBP dahulu. Dia yang tidak suka tatabahasa tu!

5 comments:
hwaaaa
jangan cakap LBN n RHS karya bodoh
saya suka novel tu;-)
salam
Kita memilih jalan hidup tapi kita tidak boleh memilih apa yang akan kita tempuhi dan temui dalam perjalanan.
Kita boleh membuat segala pilihan tapi segalanya adalah ketetapan dan ketentuan.
Kadangkala yang kita tidak mahu itu adalah sesuatu yang orang lain cemburui.. itulah bakat yang tidak pernah dimiliki oleh orang yang berusaha keras... hargailah ia kerna ia hadiah dari DIA.
Moga ketemu jawaban pada persoalan "SAYA MAHU APA SEBENARNYA?" kerna ia akan menemukan jalan yang lurus :)
Maaf atas keterlanjuran dalam berbicara.
Salam semoga kan terus berbicara lewat pena dan tinta...
well said...
saya rasa lemas dengan manusia-manusia yang sibuk memperlekehkan orang lain sepertinya mereka sempurna. Ya, saya akui kebodohan itu berpunca dari diri sendiri. Dan saya tidak hipokrit... bila saya tak suka saya akan kata saya TIDAK SUKA dan bila saya mula BENCI, saya diam.
Ecah, thanks... i love both LBN and RHS too coz its my heart-throb. People might feel yuckyy but who i am to stop 'em.
Cewah feeling emo tak hengat :D
Perindu, tak perlu mintak maaf coz awak tak buat salah dengan saya pun.
Kaca akan tidak pernah boleh jadi intan biarpun kaca mampu dimiliki semua orang dan memberi khidmat akan tetapi intan jua yang tetap manusia puja... fitrah!
jangan cepat putus asa..teruskan berkarya. Selagi ada yang meminati karya anda, teruskan biarpun apa yang berlaku. Go...go...cayuk...
saya sangat suke lili buat najah tuw..tapi sangat sedey jalan cite tuw..huhu
Post a Comment