Thursday, June 18, 2009

Kenapa Ehh!!

Pagi ini ketika sedang bersarapan nasi lemak dan sambal tumis ikan bilis buatan sendiri, aku melayari blog Tun Mahathir. Sambil makan sambil membaca itu memang dah jadi habit aku sejak kecil.... orang kata tak molek but why should I waste my precious time?

Aku terpanggil untuk mengambil kata-kata ini dari blog Tun,

5. As for the 3 sen per 1000 gallons of raw water supplied to Singapore Lee says it was absurd for the former Prime Minister of hinterland Malaysia to ask to increase it to RM8 per 1000 gallons. I don't know where he got this. Some Malaysian officers did suggest this figure but we were ready to bargain and maybe settle for RM3. And why not? Johore sells raw water to Melaka for 30 sen, 1000% higher than to Singapore. And Melaka is, I believe, a part of Malaysia! Some Malaysians may see the irony of this.

sila layari SINI untuk versi penuh


Aku jadi pelik. Air itu kita punya. Kenapa kita tak boleh naikkan harga? Tun memerintah Malaysia selama 22 tahun juga gagal menaikkan harga air mentah dan Singapura dengan senang lenang membeli air dari Johor dengan harga yang amat tak patut. Bolehkah saya katakan bahawa kerajaan Singapura itu sebenarnya sangat cekik darah?

Orang Singapura maafkan saya. Dulu saya pernah dituduh anti Singapura akibat komen saya di sebuah forum. Nenek saya masih di Singapura, pakcik saya juga masih di Singapura dan saya masih ada ramai kaum keluarga di sana. Saya tidak memusuhi sesiapa - Orang Singapura.

Okey berbalik pada isu air yang murah ini. Sangat tidak patutkan dengan Singapura yang sudah bercerai kasih dan bertalak tiada tu kita jual lagi murah dari Melaka, saudara kandung kita sendiri. Aku bukan nak tuduh kerajaan Singapura ni jahat (dorang memang pandai ambil kesempatan) dan KEBODOHAN pemerintah Malaysia (may I say BEBAL?) telah membuka ruang bagi Singapura memijak-mijak Malaysia sejak sekian lama.

Air kita punya beb. Kalau aku tak nak jual, so what? Nak panggil Israel ajak perang? Tapi kerat jarilah Malaysia tak berani buat macam tu. Kalau kita pergi kedai AH SENG, suka hati tok nenek dia aje naikkan harga. Barang dia beb, suka hati dialah nak naik cecah siling ke, cecah bumbung ke lagipun penguatkuasa bukan ada masa nak telek harga kat kedai AH SENG.

Jiran aku di pejabat adalah Purchasing Department. Seringkali aku dok dengar Buyer-buyer negotiate harga dengan pembekal. Ada waktunya pembekal terpaksa naikkan harga bagi menampung kos operasi mereka. Dalam konteks ini, Johor adalah pembekal air kepada Singapura - so WTFH Johor tak boleh naikkan harga air? Kos operasi tak pernah meningkat ke sejak zaman nenek moyang aku dulu? Bebal ke sengal? GOSHH!!!

Bila orang-orang yang di atas ada kepentingan, mereka terpaksa mendahulukan kepentingan mereka. Hubungan baik mereka sebagai rakan sejawat harus dipelihara bagi memudahkan urusan kerajaan. BS! Air itu hak siapa, tanah itu hak siapa, duit dalam CPF duit siapa?

Fikir-fikirkan....

Nota: MARAH SANGAT dengan KWSP - sukahati tok nenek depa juga labur duit kita TAPI bila kita sakit, ada ketumbuhan dalam perut yang depa claim tak membunuh tu, kita MOHON nak keluarkan duit tapi kena REJECT! Doktor BODOH mana la yang jadi PANEL SENGAL PENILAI KWSP??!!!


2 comments:

nacha said...

Naz.. sy pun pernah mengalami saat2 genting dgn EPF. sy pun ada ketumbuhan juga. tensen giler bila rayuan gombal sy tidak diterima. jenuh sy panjat tangga bangunan EPF merayu utk mengeluarkan duit EPF. mmg la ketumbuhan tu tak membunuh. tapi slowly it can cause cancer yg sgt dangerous & boleh membunuh secara perlahan2. akibat permohonan tidak diluluskan terpaksa buat potongan gaji dgn company. masa tu company cuma cover up to rm5000 je. lg rm5,500 terpaksa la potong gaji selama setahun. jenuh mengikat perut. geram punya pasal lps tu sy lantik agen utk leburkan duit EPF tu ke Unit Trust. nak kata apa? tu Pak Lah juga yg galakkan. hmm.. puas hatiku.

Nazurah Aishah said...

Terukkan sebenarnya...

Duit tu kita perlu sangat, belum tentu umur kita panjang sampai 55 tahun utk merasa duit KWSP tu dan tentunya orang ada simpanan lain dalam bank atau saham.

Kalau tak dibedah, macam Nacha cakap nanti jadi lebih teruk... tapi gomen cuma bagi kat penyakit kritikal aje... sangat tak patut sedangkan sebenarnya sebelum jadi kritikal tu la kena cegah dulu...

BADIGOL SO'OT betul la...

 
Designed by suckmylolly.com