Thursday, June 4, 2009

Kerana Cinta itu Ada...

Aku terpandang posting seorang teman di Facebook sebentar tadi.

mengapa kita harus bertemu dan jatuh cinta hanya untuk mengucapkan salam perpisahan?

Aku takut nak ulas kerana aku sudah merasa sakitnya (mungkin akan berhadapan dengannya sekali lagi ~ tolonglah aku sudah tidak larat lagi!) TADI aku berbual dengan KS... lemah aje suaranya. Sejak kami 'dingin' dek perkara itu kami sudah tidak lagi berapa 'ceria' ketika berbual. Dalam hati masing-masing ada gundah yang tak terluah.

Aku tetap menelefonnya setiap hari biarpun dia sudah sebulan tidak SMS aku lagi. Aku faham, kredit telefonnya hanya untuk keluarga. Aku bukanlah siapa-siapa yang perlu diutamakan. Frankly, aku topup fone hanya untuk KS... aku tak call orang lain. There is no need. Untuk KS... apa sahaja aku lakukan. Bukannya bodoh - sayangkan lelaki terlebih-lebih tapi begitulah aku pada orang yang aku kasih. Andai hampa balasannya, aku pasrah.

Aku yakin KS tidak begitu. Biarpun nanti dia mungkin terpaksa menghampakan aku tapi aku tahu itu bukan kehendak dia. Sehingga tiba detik itu kami berdua tetap begini, aku dan dia masih dengan lafaz setia sehingga Tuhan putuskan ke mana akhirnya hubungan ini.

Sakitkan?.... Tuhan sahaja yang tahu...

Aku tak boleh paksa orang untuk terima aku. Aku tidak mampu untuk merayu dan melobi biar aku terpilih, siapalah aku untuk lakukan semua itu. Aku tetap disini - mengejar tidak, mengintai juga tidak.

"Abang, janganlah tak balik kerana Lily... baliklah, kalaupun nanti abang tak kahwin dengan Lily. Kat sini abang ada family...ada kawan-kawan..."

Aku takkan letak pengawal istana di KLIA untuk culik KS dan bawa dia ke Ujung Madini. Dia milik keluarganya, bukan milik aku. Untuk hidup bahagia perlu restu orang tua. Bahagiaku telah hilang sebahagian setelah mamaku tiada, hanya abahku yang tinggal (dia dalam dimensinya sendiri). Abah sudah tidak kisah dengan siapa Lily akan kahwin... kerana dia sudah lelah untuk menyekat aku. Jadi aku fikir, KS yang masih ada orang tua wajarlah dia akur pada kehendak mereka. Aku?... I wish he send me the invitation... :'( (eh! tapi aku tak nangis masa aku attend wedding N di Cheras dulu.)~ Big girl dun cry!

Bonda Raja M dan keluarga sedia menerima aku bila-bila masa... tapi aku tak mahu jadi hipokrit. Hidupku, biarkan aku sahaja yang tentukan. Sejak dahulu aku berkuasa diatas segala kehendak diri. Untuk apa kahwin kalau hati tak suka... untuk apa kahwin kalau dalam hati ingat orang lain. Bukankah lebih kita sendiri? Aku tak mahu tipu diriku sendiri...untuk apa berkahwin hanya untuk tidak digelar...dot dot dot. Orang tetap akan kata... tapi sampai masa sure depa bosan nak kata lagi dah (veryyy duh' positive thinking!)

Aku tetap dengan KS selagi dia perlukan aku biarpun pada mulanya aku mahu putus sahaja. Untuk apa aku tunggu dia pulang kalau penghujung ceritanya tidak seperti yang kami mahukan...bukankah putus itu jalan terbaik buat kami? KS kata - sabar. Jangan fikir apa-apa. Gosh! Aku disuruh jangan fikir? Karut!

Huhh... apa aku melalut ni! Sat lagi KS baca sure dia kata aku ni mulut longkang! Jangan mintak benda yang tak ada (no, i dont ask...never ask!) Tadi aku cakap nak berhenti kerja, tak larat dah. KS kata otak asyik fikir tak larat aje, memanglah tak larat... tapi aku cakap aku kerja teruk sekarang ni. Breaktime pun dah takde. Breakfast dah jadi brunch... teabreak aku cilok untuk solat! Bumper lebaq dah...dok ataih kerosi ja!

"Abang balik Lily cari kerja yang relax sikit. Jadi receptionist pun tak apa. Jawab call aje."
"Abang balik Lily tak payah kerja dah..." jawab KS. Yahoo! bestnya!
"Thank you abang! Sayang abang. Nak bagi post apa maid ke manager?"
"Nak manage apa?"
"Our life!"

Moga panas sampai ke petang (malam biarlah dingin - rimas nak tidur kalau panas!) I wanna spend the rest of my life with him. Duduk kat kampung tak apa, mandi air telaga pun tak apa asalkan aku sebumbung dengan lelaki yang sudah berjanji akan ajar aku mengaji dan menjadi imam solatku. Tuhan, andai Kau kasihkan aku, sempurnakanlah hajat ini. AMIN.

p/s: Lembu diikat pada tali, manusia berpegang pada janji...

4 comments:

adhan said...

naz..
semoga janji yang diikat antara naz dan sidia akan tertunai...saya dah merasa bila janji yang diikat itu teputus...uhuk uhuk...

Ct said...

salam...
suka baca cerita k.naz...
sekurang2 nyer terubat gak sedih di hati..

cerita k.naz ngan saya, mcm bnyk sgt persamaan.. (cerita psl N dan KS)..
beza nyer sy alami dgn org yg sama..
ntah lah..
rmi ckp sy bodoh...
terlalu setia dan masih menunggu.. wlupn sy xtau mn letaknya sy dihatinya..xpernah ada kepastian wlupn msg2 tahu rs syg itu ada.

tapi, biarlah.. sy tunggu dia...
smpi betol2 dier x perlukan sy lagi..
smpi satu hari nnt, dier betol2 jd milik org lain.. :)

selagi sy mampu... sy cuma nk wat dia bahagia, happy and senyum sll....nk sll ader di sisi dier bila dier perlukn someone..
sebab, sblm ni kami kawan baik dan sy nk terus jd kwn baik dier.. wlupn apa yg terjadi pada kami di masa depan..
i-allah

Nazurah Aishah said...

Adhan,

Amiiinnn...
Doa saya semoga Adhan dikurnikan dengan seseorang yang lebih baik lagi, yang boleh teman Adhan di dunia dan di akhirat, insya Allah.

CT,

Dulu pun saya nak tunggu juga orang itu (sebelum saya kenal KS) malah saya pernah berniat dalam hati saya tak mahu kahwin dengan orang lain kerana nak buktikan pada dia, saya kekasih yg setia.

Tapi semua itu janji manusia dengan manusia [sdangkan janji kita dgn Tuhan - sebelum dilahirkan ke dunia, juga kita ingkar :(]

Sampai waktunya, dengan izin Tuhan kita akan tetap akan terus melangkah dan tinggalkan semuanya di belakang...

Love,
Naz

Ct said...

thx k.naz.. :)
yer..
sy juga tgh menunggu waktu itu dtg..
xputus2 sy berdoa agar kekuatan utk melangkah pergi itu muncul dlm diri satu hari nanti..
utk apa kita tunggu org yg nyata2 mudah sgt buang rs syg dier pada kita kan? ;)

 
Designed by suckmylolly.com