Sunday, June 7, 2009

Pesan Nenek...

Arwah Hajah Fatimah Mokhsin pernah berkata sebaiknya kalau nak berkahwin, cari isteri biarlah pangkatnya rendah dari suami. Manakala yang perempuan pula kalau mencari suami cari lelaki yang tinggi sedikit pangkatnya dari dirinya. Jangan cari yang lebih rendah. Pangkat apa ni?

Bukannya pangkat dalam masyarakat atau pekerjaan tetapi pangkat di dalam keluarga. Perempuan seperti aku harus cari lelaki yang bukan sama-sama bongsu. - nanti dua-dua menjeng! Seeloknya carilah yang 'abang'.

Kenapa nenek aku cakap macam tu? Katanya lagi kalau yang tua biasanya sudah terdidik secara semulajadi untuk melindungi dan menjaga adik-adik. Yang tua juga biasanya lebih dominan dan berkuasa. Sebab itu kalau perempuan sulung, molek cari suami anak sulung jugak. Kalau perempuan sulung kahwin dengan lelaki bongsu, 'katanya' nanti jadi queen control... katanyalah kan, bukan betul pun. Apapun semua itu bergantung kepada didikan orang tua dan sifat individu itu sendiri.

Malam tadi DK SMS aku, dari mula lagi aku dah tahu apa maksud kata-katanya. Sebenarnya kalau ikutkan hati aku malas nak balas tapi tak molekkan, kami kenal sejak kecil dan tak wajar aku ignore dia macam tu aje.

"Jujur cakap dengan aku, kau selesa tak kawan dengan aku?" antara teks yang tertulis darinya. Keluar asap telinga aku. Ya, aku ada cakap kat dia masa kita orang jumpa kat airport dua bulan lalu bila dia tanya kenapa tak kahwin lagi, aku beritahu dia BF aku ada masalah sikit. Tak bermaksud pun aku dengan KS dah putus - aku masih sayangkan KS dan tak pernah ada niat nak buat back-up plan! so aku balas,
"Kita memang dah kawan sejak dulu kan..."
kemudian dia hantar lagi mesej bertanyakan apakah aku nanti akan menerima dia seadanya dia, buruk atau baik, kurang atau lebih... apa ni!!! Aku rasa DK ni tak faham kot?
"Aku tak boleh nak cakap sekarang. manusia berubah..."

Nak paksa aku terima dia ke apa? The very first reason yang aku tak boleh nak terima DK adalah kerana aku DOMINAN. Walaupun dia anak sulung dan aku pangkat 'adik' padanya (kami sebaya) tapi aku tak boleh terima DK kerana sejak kami sekolah lagi, sudah jelas aku lebih dominan dari dia. Nanti siapa nak jadi head of the family? Aku tak boleh terima arahan dari dia kerana selama ini aku yang memberi arahan... kenapa DK tak mahu faham bila aku beritahu padanya bulan sudah,

"Aku nak kahwin dengan orang yang aku hormat. Lelaki yang aku lihat dia besar bukan yang aku pandang, dia mengecil di mata aku. Maksud aku, kalau boleh aku nak kahwin dengan lelaki yang boleh kawal aku, jaga aku... dan bukan yang membiarkan aku 'menguasai' dirinya."

Ciri-ciri itu merujuk kepada KS, buah hatiku. Aku kenal N, dia sama geng dengan aku. N tak pernah kata tak boleh, anywhere you wanna go sunshine, I'll drive you there. Kalau KS ,dia nyatakan hasratnya dengan nyata. Abang tak mahu pergi situ, sesak, ramai orang. Panas. Kalau S pula jawapannya sentiasa mengguris jiwa.

Untuk DK, aku tak fikir kami serasi biarpun aku kenal dia puluhan tahun lamanya. Aku tidak terdesak untuk berumahtangga. Kalau KS perlu ambil masa lagi 2-3 tahun untuk kami selesaikan masalah itu, aku sanggup tunggu (selagi KS teguh dengan pendiriannya)... kerana dia lelaki yang aku perlukan untuk bawa aku ke syurga. Aku perlukan tunjuk ajar darinya.

DK, jangan tanya aku lagi soalan itu. Tolonglah hormat aku. Tolong hormat hubungan dan perasaan aku pada KS. Hanya ada dia sahaja dalam hati aku ini dan sudah tidak ada ruang kosong untuk orang lain. Tolonglah faham! Jangan undang benci itu datang!!

p/s: sejak aku kenal KS, aku 'diajar' jadi perempuan setia, jujur... I love you abang!

2 comments:

nurul ain said...

ya betul..dalam keluarga saya..abang sulung berkahwin dengan kakak ipar yang merupakan anak bongsu dan anak perempuan tunggal..so kakak ipar cakap..kawin dengan anak sulung ni best sebab abang akan ada rasa tanggungjawab yang tinggi...then kalau sama-sama bongsu susah la dia kata...tu pendapat kakak ipar la..dan kami adik beradik bersetuju..then bila dapat kakak ipaq anak bongsu ni..pun best jugak sebab dia tak ada adik jadi kami yang 5 orang ni jadi adik2 dia la semua...

Nazurah Aishah said...

Kan....

saya pun suka dapat 'adik' especially yang perempuan... sy suka nak jadi best friend diorang... suka nak jadi kakak diorang

 
Designed by suckmylolly.com