Monday, June 15, 2009

Uniknya Johor...

Pakai samping berdagang luar dan dalam tu zaman-zaman dulu aje aku dengar. Selalunya di pagi Syawal, mama pasti sibuk kat dapur dan time itu jugaklah abah dan abang-abang aku mintak tolong ikatkan samping nak ke masjid.

Di Johor masih lagi di amalkan cara mengikat samping di dalam baju biarpun Sultan telah bertitah bahawa rakyat jelata juga boleh memakai samping diluar baju. Prihatinkan Sultan Johor ni, baginda tak mahu membezakan rakyat dengan kerabat. Darah sama merah kan, Tuanku!

Orang Johor ikat samping didalam baju ketika nak menikah! Lihatlah pengantin lelaki di Johor, mereka datang ke masjid atau ke rumah pengantin perempuan (di mana majlis akad nikah akan dilangsungkan) dengan memakai baju melayu dan sampingnya di dalam.

Sebut pasal kahwin, pengantin lelaki yang datang bertandang ke rumah pengantin perempuan di Johor pasti tidak boleh lari dari membayar TOL. Kalau korang kemut tak mahu kasi TOL, alamat tak bersandinglah... hihi... Jadi sila ambil perhatian ya bakal-bakal pengantin dari luar Johor, untuk bersanding anda dikehendaki membayar TOL, tiada TOUCH AND GO atau SMART TAG diterima. Kami hanya terima cash RINGGIT MALAYSIA :)

Perempuan-perempuan Johor berbaju kurung Teluk Belanga sejak zaman dahulu kala. Lihat puteri-puteri Sultan jarang sekali kita lihat mereka dirakam mengenakan busana moden gaya barat. Arwah nenek aku, Tok Tina suka sekali pakai baju kurung kain cotton bunga kecil. Tok Tina pakai dengan kain batik. Dia ada banyak koleksi kain batik untuk digayakan dengan baju kurungnya. Cuma aku sahaja yang tak suka serembah serembeh pakai baju kurung. Aku bimbang aku 'selesa' dengan baju yang longgar itu dan makan tak ingat dunia. Sedar-sedar nanti, babat dan lemak yang dah sedia tebal ini jadi makin tebal plak kang!

tbc...

2 comments:

Hajar said...

another one, adat org Johor.
masa bersanding tu mesti ada acara baling syiling + gula-gula. itulah antara kenunikan majlis kenduri kawin kat Johor.. =)

Nazurah Aishah said...

semestinya...

lepas bersanding biasanya orang baling syiling & gula-gula tu, ada orang kata tak baik buang duit tapi benda tu kan just for fun...

sebenarnya saje jek nak buat org lain sibuk supaya tak kacau pengantin... hihi...

ada lg satu... main sorok-sorok duit :D

 
Designed by suckmylolly.com