Datin Nik Ardini masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Asar yang belum dilakukannya. Ketiadaannya memberi sedikit ruang buat aku dan Hajah Jamilah berbual berdua. Tiap kali aku pandang Hajah Jamilah hatiku bagai ingin menangis. Dia ibu yang baik. Aku sentiasa terfikir andai dia tiada nanti siapakah agaknya yang akan jaga Ikhmal dan anakku Sharah. Aku selalu memanjat syukur ke hadrat Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada bekas mertuaku ini. Aku amat terhutang budi dengannya.
“Mal kirim salam, dia kata dia doakan
“Wa’alaikumsalam.”
“Dia ada hadiah untuk Ijam, tapi bila ibu tanya untuk
“
“Nizam jaga saya dengan Hilman dengan baik sekali. Dia tak pernah kata Hilman tu anak tiri, dia yang jaga Hilman… selalu ada dengan Hilman.”
“Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu. Lega ibu dengar. Mal tu entah bila agaknya nak tengok Hilman dari lahir sampai dah sekolah budak tu tak dijengahnya.” Meleleh airmata Hajah Jamilah. Aku sudah tidak memikirkannya lagi malah kami tidak pernah bangkitkan hal itu. Hilman tahu Nizam bukan ayahnya, dia bukan anak kecil yang boleh ditipu. Dia bijak macam ayah kandungnya. Pernah sekali dia bertanya kenapa Ikhmal tidak pernah datang jumpa dia, Nizam beritahu bahawa ayahnya tidak boleh bergerak macam
Baikkan Nizam tu, jaga Izz Hilman macam anaknya sendiri.
“Hilman! Ibu panggil dia, dia buat tak dengar aje ya.” Seruku bila aku tolak daun pintu bilik AV di tingkat dua. Huhh! Patutlah senyap, sedang bertarung dengan Nizam rupanya. Mereka berdua langsung tidak pedulikan aku di belakang, macam aku tak wujud pula dalam bilik kedap bunyi ini.
“Ehem! Ehem! Encik Izz Hilman dan
“Jihan, jangan hadanglah… abang tengah lumba dengan Hilman ni…”
“Ibu… tepilah…” suruh Hilman pula. Amboi dua beranak ini, aku disuruh ke tepi!
“Tengok jam tak dah pukul berapa ni? Ibu dah nak pitam lapar ni tau tak?”
“Hilman lapar tak?” tanya Nizam.
“Tak ayah…
“Kita berdua tak laparlah Jihan, kalau Jihan lapar makan dululah ya.” Suruh Nizam. Melampau!
“Oh! Okey! Tak lapar ya, okeyyy… tak ada masalah…”
Kakiku laju sahaja menuruni anak-anak tangga dan membawa haluan terus ke dapur. Siput sedut masak lemak cili padi dengan daun salam aku senduk ke dalam mangkuk. Aku curah sesenduk kuah lemak yang pekat dan kuning warnanya ke atas siput sedut itu. Sayur betik muda ditumis pedas pula aku letakkan di tepi nasi yang masih panas bersebelahan dengan ikan kerisi yang gemuk yang telah aku goreng dengan kunyit dan sedikit ketumbar jintan. Aku atur di atas dulang kecil lalu aku usung naik ke bilik AV semula.
“Bismillah-hirrahmannirrahim…” sambil disusuli dengan doa makan.
“Masya Allah…nikmat….” Kataku lagi.
“Eiii… Jihan, mana boleh makan dalam bilik ni.
“Oh! Yea?” aku selamba aje makan. Bukan aku tak tahu, terang-terang tertampal di pintu bilik ini notis pemberitahuan yang dicetaknya atas kertas warna oren. Sebatu dah nampak. Hilman masih lagi memegang joystick sambil badannya senget ke kiri dan ke
“Kecuh ya? Nak?” tanyaku. Mengangguk juga dia akhirnya.
“Suap abang ya?” pintanya. Tangannya masih lagi memegang joystick. Malam Jumaat begini ini sahajalah aktiviti mereka berdua sementara menunggu Sharah datang di hantar oleh bekas mertuaku.
“Ingat awak tak lapar,
“Mana boleh tak lapar, kalau Jihan datang dengan nasi sedulang macam ni.
“Ayah, ustazah Hil pesan jangan bercakap bila makan.”
Ops! cukup... aku sudah seksa dengan rindu pada mereka sekeluarga. Otak sudah ada banyak idea namun aku ada tugas lain yang harus dilaksanakan dahulu. Aku juga ada beberapa projek baru yang sedang dibincang-bincang dengan teman penulis. Aku suka brainstorming dengan John dan Lara, juga bersoal jawab dengan Syud. Cakap-cakap boleh buahkan idea, syok kan?!
TANDA ‘CLOSED’ diletakkan di pintu kedai. Ada juga nota yang ditulis atas kertas A4 warna merah jambu dengan tulisan tangan: tempahan masih diterima melalui telefon, faksimili dan juga email.
“Kenapa tutup kedai pulak ni” sebut Jane. Dia gegarkan pintu kedai dua tiga kali. Nama sepupunya juga dijerit sama.
“Tina, kenapa kedai tutup ni?” tanya Jane pada adiknya yang sedang menjimbit beg kerta tertulis Secret Recipe.
“Kereta ada tu, maknanya kakak mesti ada di dalam.”
“Kalau ada kenapa kunci? Orang panggil nama dia pun dia tak dengar. Oii, Stephs aku ni sudah jadi Jane bini Tarzan jerit-jerit panggil kau, bukalah pintu ni.” Teriak Jane lagi.
“You do sounds like Tarzan’s wife, Jane.” Sebut Valentina. Dia menyerahkan beg kertas yang dipegang kepada kakaknya. Valentina mengeluarkan segugus kunci dari sling-bag dari daun jut.
“Tinakan ada kunci, tak perlu jerit-jerit.” Sambung Valentina lagi. Jane membuat mimik muka, geram! Dua beradik itu masuk ke dalam kedai namun tidak kelihatan kelibat sepupu mereka. Telefon bimbit Stephanie Ivy ada di atas kaunter, kunci kereta Valentina juga ada di situ. Tas tangannya juga ada berhampiran.
“Mana kakak kau ni Tina?” tanya Jane.
“Kakak kena culik tak?”
“Apa kau mengarut ni Tina? Kalau kena culik mesti orang itu ambil semua sekali. iPhone ni kalau jual murah-murah, seribu ringgit pun orang sanggup beli tau. Kunci kereta kau ni, kalau tolak cash money, tiga ribu pun orang nak beli. Ni lagi... beg penuh dengan duit dan kad plastik ni... syurga kalau penyangak yang jumpa!” utai Jane sambil memeriksa telefon bimbit sepupunya. Dia sangat hairan. Mana sepupunya menghilang.
“Kakak, mana ni. Janganlah buat Tina takut...” suara Tina. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada Stephanie Ivy apabila dia berjumpa dengan ayahnya.
“Tadi kakak hantar bunga pada uncle Gaby... Tina dah cakap biar Tina aje yang hantar tapi kakak degil, dia nak pergi juga. Kakak kata dia nak tengok Auntie Lara...”
“Gila! Stephs jumpa Uncle Gaby?” tanya Jane. Valentina mengiyakan. Mereka berdua duduk dibangku kayu panjang. Cuba untuk tidak panik. Seingat Valentina pakciknya itu pernah mengupah samseng untuk membunuh Stephanie Ivy. Dia sendiri tidak mengerti kenapa bapa saudaranya itu sanggup membunuh anak sendiri.
“Kau dengan Shahril bila nak nikah Elli? Aku tengok kau dengan dia dah macam laki bini duduk serumah.” Suara Rabiah yang dikenalinya sejak di universiti lagi. Ellina diam. Dia tak mahu bincangkan hal itu dengan sesiapa. Itu perihal dia dan Shahril Aidi, biar mereka sahaja yang menyelesaikannya.
“Aku bukan nak masuk campur urusan kau dengan Shah tapi sebagai kawan aku kena ingatkan kau tentang hal ini Elli. Jangan salah faham, aku cuma melaksanakan tanggungjawab aku untuk mengingatkan kau.” Ulang Rabiah. Ellina ingat, bukannya dia tak ingat. Dia tahu, bukannya dia tidak tahu.
“Dosa besar bersekedudukan ni Elli. Berat hukumnya jika kita mendekati zina apatah lagi jika kita terjerumus ke dalamnya. Zina itu dosa besar Elli.” Sebut Rabiah dengan ikhlas, bukan menyindir. Dia lihat Ellina berkucupan di dalam kereta dengan Shahril sebentar tadi, ketika Shahril menurunkan Ellina untuk minum petang dengan ibu beranak dua ini. Ellina menyedut kopi kisar berais yang dipesannya. Kemudian dia memotong kek lobak dan keju dengan hujung garfu kecil. Disua ke dalam mulutnya. Dikemam perlahan sebelum dikunyah.
“Ajaklah Shahril nikah Elli…”
“Kami belum nak bersanding lagilah Bia. Aku dengan Shah sedang sibuk kumpul duit. Shah kata dia nak buat banglo untuk aku menghadap Laut China Selatan.” Suara Ellina akhirnya.
“Nak buat banglo ke, nak bina istana waima besar Taj Mahal ke, nikah dulu Elli. Tiga tahun kau dengan dia dah duduk serumah, mujur kau tak mengandung. Aku bukan nak tuduh la, tapi nak tanya baik-baik ni… kau pernah buang tak?”
“Ishh! Kau ni Bia! Ingat aku jahat macam tu sekali ke?” bisik Ellina. Pada Rabiah, bersekedudukan tanpa nikah selama tiga tahun itu juga sudah cukup jahat baginya. Kalau sudah mula menggugurkan kandungan itu bukan jahat lagi tetapi jahil dan maha zalim. Tidak berhati perut, tiada perasaan, tidak berperikemanusiaan!
“Aku tanya aje Elli. Aku risau.” Jawab Rabiah, mengalas kata hatinya.
“Aku dengan Shah tahu nak jaga diri. Kau jangan risaukan aku ya.”
Alamak, matahari sudah keluar, puteri lilin kena sidai baju... be right back!



1 comments:
salam ...
kak naz ...
saya dulu bc RHS kat blog pastu dgn semangatnya beli cetak nye ...
tp ble tau jln cte die yg cetak nye ...
x sggp nk bc betol2 ...
sedih sgt ...
nie bc smbgn skit pon dh tersedih blk ...
Post a Comment