Thursday, August 20, 2009

Cerita Pagi

Salam & Selamat Pagi semua...

Jam di komputer saya ini baru pukul 3.56am (saat baris ini ditulis) biarpun Malaysia sekarang sudah jam 10.15am. Macam berada di luar zon waktu pulak. Ini semua gara-gara server di US bengong dan semua komputer kat office ni turut sama bengong.

Semalam saya nyenyak tidur biarpun saya terlepas menonton CSI:Miami, sepatutnya saya call KS semula waktu tu tapi saya sudah ngantuk yang amat! Tapi minit-minit sebelum itu kami sudah pun berbual. Ayat yang buat saya lelap sampai ke pagi,
"Abang dah ada sayang, abang tak perlu orang lain lagi..."
Huhu, KS buat saya jadi butter yang cair! Dia sentiasa ada kata-kata yang menyenangkan telinga saya, sama seperti ketika dia memujuk saya supaya berhenti menangis. Dia sabar dan tenang. Ya, dia sentiasa tenang.

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadan AlMubarak, tahun lepas puasa saya hancur bunyai. Tak ada satu hari pun yang saya mengaji. Mama tentu sedih di sana sebab saya tak mengaji langsung. Bukan saya tak mahu mengaji tetapi lepas maghrib aje saya terus kebabboooommm. Nampak sangat saya lebih pentingkan kerja dan hal ehwal dunia dari akhirat. Saya amat-amat berharap agar tahun ini saya lebih bertenaga, tidak tidur awal, boleh mengaji dan boleh melakukan ibadah dengan lebih baik. Tidaklah saya hanya berlapar sepanjang hari kemudian makan tidur aje. TERUKKAN??

Hari ni kat office saya ada banyak kerja nak buat. Datang pagi-pagi saya dah sediakan refreshment untuk dua orang tetamu dari Nippon. Saya kasi dia karipap aje sebab semalam saya dah bagi depa kuih sugee, almond london dan tat nenas. Lagipun sat lagi boss nak bawak diorang pergi sightseeing. Excuse me, are they come here for leisure or audit? Hmm... tataulah, the sooner they left kitorang boleh joget-jogetanlah!!

Hmm... lagi apa nak tulis, perut dah lapar ni mintak diisi. Hati pulak macam ajak shopping tengahari nanti tapi tak tahu nak shopping apa, saje jek nak habiskan duit... hehehe...

TBC girls...

Love,
Naz

1 comments:

manjlara said...

Selamat berpuasa Naz. Semoga Naz tambah sihat, moga saya juga tak 'sakit' lagi. amiiin.

sayang,
Lara.

 
Designed by suckmylolly.com