Monday, August 31, 2009

Dia...

Saya nampak dia beberapa kali dia messenger saya minggu lalu. Sudah lama saya tidak nampak nick itu online sejak kali terakhir saya meminta dia agar block saya dari melihat dia online. Dia dah lakukannya. Namun kenapa tiba-tiba saya boleh nampak dia lagi? Apakah dia sudah unblock saya?

Seingat saya dia bukanlah orang yang suka bertonyeh di messenger. Sayalah yang ajar dia chat agar memudahkan kami berkomunikasi dengan lebih jimat. Tapi manusia berubah kan... kerana saya terlihat IDnya di Facebook tidak lama dahulu. Dia sudah pandai mesra-IT.

Dia bukan lagi prioriti hidup saya. Dia juga sudah ada hidupnya sendiri dan saya tidak berniat untuk mengganggunya namun saya akui, disuatu sudut dalam sanubari ini, saya ingin lihat dia lagi... saya ingin lihat dia bahagia dengan jalan yang dia pilih. Doa-doa saya sentiasa mengiringi hidupnya. Sukar untuk saya padam nama dia dalam hati saya kerana dia semangat saya. Dia yang dahulu meniup kata-kata perangsang yang menceriakan hidup saya. Bagaimana saya bisa hindari dia biarpun hidup ini sudah lain, sangat lain.

Dia memilih untuk tidak bercakap lagi dengan saya dan membiarkan segala persoalan tidak berjawab sehingga kini. Saya bukan lagi ancaman padanya kerana saya sudah JAUH. Cuma saya masih berharap agar suatu hari nanti dia akan menegur saya semula dan merungkai segala duka-lara yang dia tinggalkan.

Untuk dia yang memberi saya 'nama'
Untuk dia yang memberi saya 'ilham'
Sampai mati pun kau tetap kawan aku, sahabat baik aku... tiada apa yang akan merubah status itu...

0 comments:

 
Designed by suckmylolly.com