Sunday, August 9, 2009

Flat

Minggu yang penat buat saya... seminggu bercuti sakit buat saya ditimbuni kerja-kerja pejabat. Urusan polis, urusan Majlis Bandaraya semuanya tertangguh namun alhamdulillah Tuhan permudahkan jalannya buat saya. Isnin saya faks surat ke PDRM, Selasa saya dapat jawapan bukan satu tapi dua, dari Jabatan Trafik dan juga Ketenteraman Awam. Mujur juga saya ada 'orang dalam' di MBJB yang membolehkan urusan saya disegerakan. Bukannya saya sengaja nak buat sambil lewa tapi saya sakit... mujur mereka boleh bertolak ansur. TERIMA KASIH ABANG POLIS DAN KAKAK MBJB!

MERDEKA TREASURE HUNT buah fikiran saya berlangsung dengan jayanya semalam. Mendapat BLESSING dari GM dan executive team yang lain juga. Saya amat gembira kerana GM sendiri turun padang tolong saya siapkan CLUE dan TASK memandangkan level of secret dia tu gila gaban makanya semuanya harus disiapkan 12jam sebelum kerana ditakuti ada berlakunya kebocoran. Memang top secretlah!

Saya happy sangat walaupun penat. Para peserta semua enjoy walaupun dorang terpaksa buat TASK yang gila tapi dorang tak mengeluh pun. SAYA TABIK MEREKA SEMUA, you're the best babes!

Habis treasure hunting saya ke Danga Bay skodeng orkid. Dapat 2 orkid yang saya idamkan dengan harga patut. Panasnyaaaaa.. Tuhan aje yang tahu. Saya betul-betul tak larat. Mujur ada Bed temankan saya, kalau saya pengsan kat tengah crowd tu Bed boleh call ambulance...hehehe

Tapi saya sedih sebab semalam kenduri arwah mama, saya terpaksa melepaskan tanggungjawab saya pada kakak ipar kerana saya demam sebaik sahaja saya balik rumah abah. Sampai aje saya cari port untuk tidur. Mujur ada Siti yang tolong picit badan saya... penat gila! Biarpun begitu satu kerja yang saya tidak pernah lepaskan ialah mengisi nasi dan lauk dalam dulang ambang. Itu kerja saya sejak dulu lagi. Lepas dipicit-picit hilang sikit lenguh, bolehlah saya tolong kakak-kakak saya buat kerja di dapur tapi habis aje kenduri saya balik PG. Tak stay untuk tolong kemas pun. Saya betul tak LARAT!

Esok, genap 2 tahun mama saya meninggal. Esok hari HOL, hari berkabung buat saya. Semoga mama saya damai di sana, saya di sini tidak pernah lupakan mama, mama sentiasa ada dalam hati saya, darah saya, jiwa saya... sampai bila-bila pun saya tetap sayang dan ingat pada mama yang bawa saya ke dunia ini. Rindu mama sangat-sangat!

Love,
Naz

0 comments:

 
Designed by suckmylolly.com