Sunday, August 2, 2009

I am back...

Salam...

Saya selamat kembali ke bumi Johor tepat jam 620 petang semalam. Amir jemput saya kat airport. Flight pun smooth aje cuma saya tak suka perjalanan pergi dan balik saya dapat seat dekat kipas! Naik twin-otter, duduk dekat kipas!!! Saya takut jek kipas tu tanggal dan membelah badan kapal terbang tu serta memutuskan badan saya...walaaaahhhh! Mama saya pesan kalau nak mati biarlah jasadnya wujud, satu dan tidak berkecai (sebab itu dia larang saya jadi pramugari dan Amir jadi pilot!)

Bestlah pergi Pesta Buku Selangor semalam. Biarpun Kakyah dok ketawakan spek besar saya. Kaksu pun sama (dengkilah tu saya ada spek besar!!!) Syud pula telah menganiaya saya menjadikan spek saya sebagai cermin muka dia... huwaaaa...

Sambung cerita best tadi, bestlah sebab dapat borak-borak dengan Kaksu, Kakyah, Syud, Nazawati dan Abang Rosdi. Borak-borak dapat ilmu, borak-borak ketawa, awet muda! Saya suka!

Semalam Kakyah cerita kat saya ada orang takmo beli RHS sebab takut beremosi macam baca LBN. Kesian RHS kan. Lepas tu ada sorang blogger, Huda namanya dan manis pulak orangnya...dia dah baca kedua-dua buku saya maka dengan selambanya saya tanya dia, ada rasa menyampah tak baca buku saya? Saya tahu ramai yang tak suka dengan ending RHS dan itulah juga yang saya beritahu pada Huda kenapa saya tulis endingnya begitu,

"Hidup ini perlukan jaminan. Cinta aje tidak memberi apa-apa jaminan. Sofia memang cintakan Ikhmal tapi lepas Ikhmal ceraikan dia, Ikhmal langsung tidak pernah jumpa dia apatah lagi jengah Hilman yang masih bayi. Dari situ Sofia harus putuskan bahawa Ikhmal memang tidak memerlukannya lagi dan hidupnya perlu diteruskan. Sebagai perempuan Sofia memerlukan perlindungan... dia masih muda, anak-anak masih terlalu kecil... Apabila ada orang yang sudi memikul tanggungjawab itu, maka dia mula berfikir 2 kali..."

Saya harap pembaca ada yang selari pendapatnya dengan saya. Macam saya katakan dulu tidak semua perkahwinan itu dibina atas dasar cinta. Dan tidak semestinya tanpa rasa cinta manusia tidak boleh bahagia kerana cinta itu boleh dipupuk.

Saya sudah tulis, terpulanglah pada pembaca untuk menilainya. Saya tak marah pun kalau orang tidak suka baca cerita sedih kerana orang mahu senggang-senggang sahaja. Andai saya menjadikan penulisan ini kerja nombor satu saya mungkin saya akan fikirkan untuk mengikut kehendak pembaca tetapi buat masa ini saya hanya menulis apa yang hati saya RASA.

Off topic cerita buku, saya dah 4 hari minum Apple Vinegar dengan madu. Dulu saya kurus pun sebab saya rajin minum benda ni disamping mengayuh basikal untuk mengecilkan peha. Saya mula rasa 'RINGAN' sikit badan saya. Nantikan hasilnya dalam sebulan dua ini ya, kalau hasilnya bagus bolehlah saya cadangkan jenamanya kepada anda semua...

Daaaaaa....

Love,
Naz

p/s: suka sangat bila Adam tak jadi bercerai dengan Nur Aminah. Yeyeyyyy.... tapi kesianlah kat Aidil sebab dia bajet boleh take over tempat Adam...wakakaka


1 comments:

manjlara said...

jeles ni. sbb tak berpeluang cermin muka kat spek besar mu!

:)

 
Designed by suckmylolly.com