saya tak tukar-tukar lagi lagu yang menemani blog ini, yang menjadi halwa telinga kepada semua pengunjung halaman yang kelam ini. Belum ada yang tanya, tapi tak mengapa saya suka nak bercerita :)
Saya amat sukakan melodinya dan bait-bait liriknya yang penuh maksud. Lagu ini sangat indah bagi saya dan KS juga amat meminatinya (saya tak tahu dia suka sehinggalah dia nyanyikan untuk saya semalam!) Saya bukanlah peminat tegar M.Nasir, banyak lagunya yang saya tak suka biarpun ia suatu hasil seni yang kreatif dan tersendiri.
Bagaimanakan ku mula, dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan...
Baris ini sangat humble bagi saya. Si dia sedang cuba untuk menulis kepada orang yang dia kasih. Dia seperti sedang berkira-kira, perlu atau tidak dia meluahkan hasrat hatinya. Kadang dia macam tak yakin dengan apa yang dia buat...dah tulis surat, dia buang pula...
Lalu aku kesal, ku kumpul semula. Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa. Jika engkau tahu di dalam hatiku, mungkinkah kau sahut jeritan batinku?
Dia juga seperti mengharapkan orang jauh itu turut menyimpan hasrat yang sama, kalau tidak masakan dia berharap si dia menyahut hasrat hatinya andai si dia tahu apa yang sedang bermain di jiwanya.
Tapi ku percaya semua telah tertulis dan niat suciku takkan disiakan. Dan disuatu masa, di hari yang indah... ku hulur tanganku, lalu kau terima...
Ini harapan kami berdua. Saya nyanyikan baris ini buat KS semalam. Mungkin kerana itu saya membiarkan lagu ini bermain di sini saban waktu malah terkadang menjadi teman tidur saya. Lagu ini sangat membuai jiwa. Tidak mengkhayalkan tapi ia buat kami berdua berazam untuk tetap bersama (moga Tuhan mempermudahkan jalannya buat kami)
Terima kasih pada Maxis kerana menawarkan diskaun sehingga 50% untuk panggilan IDD. Saya dapat cakap lebih lama dengan KS. Dapatlah kami berdua menyanyi, melalak, merapu, merapek-meraban lama sikit.
Susah berjauhan begini, macam-macam ujian yang telah kami lalui. Amat sukar untuk kami tentukan ke manakah akhirnya hubungan ini, kami berdua tidak punya waktu untuk membincangkannya. Mahal you cakap lama-lama kat telefon, bengkok mak bayar bil!
Bila KS balik kampung, kami juga tak ada masa nak bincangkan perihal masa depan. Kesian dia kena travel dari Pasir Puteh ke Johor Bahru, kena singgah KL lagi. Pernah dia mengeluh pada saya "Abang boleh mati macam ni, semua orang abang kena layan." Justeru saya mengambil langkah untuk tidak membebankan hidupnya. Saya bahagia begini - terus berharap sampai kami jumpa titik di mana kami harus berhenti.
Tuhan sahaja yang tahu betapa sukar untuk kami tempuh semua ini namun saya percaya setiap perkara itu baik buruk mahupun baik pasti ada hikmahnya.
Love,
Naz
Nota: harap Dubai tak banjir semalam lepas KS nyanyi...



3 comments:
jangan tukarrr...saya suka lagu niiii..hari2 bukak sebab nak dengar lagu ni....huhuhuhu
smoga Allah mempermudahkan jalan kamu berdua ke arah bahagia yang hakiki..amin
amiiiinn...
Thanks Kakmid!
Post a Comment