Sudah beberapa hari aku pujuk KS benarkan aku beli sebuah mesin jahit untuk kegunaan di rumah. KS tu semua benda dia matematikkan. Mod, median, min semua keluar! Adehhhh...
Bukan apa, aku suka jahit langsir aku sendiri. Senget pun sengetlah tapi bila dah tergantung kat rumah tu, Ya Tuhan... bangganya aku hasil kerja seni aku jadi penghias rumah. Dari dulu lagi aku memang jahit langsir sendiri tapi bila dah takde emak ni, aku seganlah nak buat sepah kat rumah abah dengan perca kain dan benang. Kakak ipar aku pulak jenis orang tak boleh tengok habuk, sat lagi dia cari penyapu!
Aku nak beli mesin jahit SINGER yang basic tu, harganya dalam RM800 jek. Aku ni jenis loyal to one brand, turun temurun dari moyang, nenek dan emak aku pakai mesin jahit Singer. Mesin jahit yang kena putar guna tangan tu pun masih elok dan boleh digunakan lagi, ada kat rumah makcik aku.
"Lily nak beli mesin jahit nak jahit apa?"
"Langsir... tapi Lily ada projek lain jugak nak buat. Bolehlah abang..."
"Projek apa lagi? Lily ada masa ke nak buat semua tu? Nak menulis, nak berkebun, nak menjahit..."
"Masa tu kita kena adakan, sesibuk abang pun ada masa untuk merokokkan?"
"Lily pandai ke menjahit ni?"
"Eii... langsir kat rumah tu semua orang jahit sendiri tau."
"Berapa kekerapan penggunaan mesin jahit tu nanti? Setahun sekali? dua tahun sekali? Nak jahit apa lagi selain dari langsir?"
"Jahit mulut abang sebab banyak tanya!"
Hehehe... geram aku! Ada ke patut dia suruh aku beli yang murah aje. Bawah RM500. Aku tak mahulah beli mesin jahit yang besar sikit dari tapak kaki aku. Kalah beli, menang pakai gitu. Tapi istilah itu tak laku kat KS. Semalam aku ke Tesco nak beli barang office, kemudian aku terpandangkan satu mesin jahit yang amat murah dan memang ngam dengan budget yang diberikan KS, SUPER MURAH!
"Abang, Lily dah jumpa mesin jahit yang murah."
"Berapa?"
"Less than HUNDRED FIFTY! Esok Lily nak beli, boleh ya?"
"Haaa... ada pun. Beli yang murah aje, jimat sikit. Kalau rosak nanti Lily beli LAGI LIMA ya!"
Aku tahu dah kepala KS ni. Dia beli printer pun macam tu gak. Toner habis dia beli printer baru sebabnya toner lagi mahal dari printer.
"Habis tu kalau Lily rosak abang cari lain tak?"
"Manusia tak sama dengan barang, kalau Lily rosak abang servis la..."
"Tapi Lily kan lagi murah dari mesin jahit, RM22.50 aje."
"Tak, tak sama... Lily orang bukan mesin jahit..."
Tengahari nanti aku nak pergi sambar mesin jahit murah gila babeng tu. Skodeng skali kain langsir, day-curtain, kain jersey... huhu, mak bersemangat nak tukar langsir semua tingkap dan pintu kat rumah mak ni! Hooraayyyy....
p/s: orang perempuan mesti tahu menjahit, tak semestinya jahit baju tapi apa-apa sahaja yang boleh dijahit termasuk mulut mereka yang berkenaan :)



4 comments:
huhu... yg ni kita tak sama. sy takde skill langsung dlm bab jahit-menjahit nih. dulu masa mula2 kawin hubby saya yg jahitkan langsir umah. sampai mak mertua sy perli kat saya. ye la kan. menantu dia jd mandur je dok kat tepi anak dia yg tgh concentrate menjahit. skang ni sy upah je kat kwn. tak pun beli yg ready made je. hahaha...
Salam..
kat TESCO mana u beli mesin jahit murah tu? leh tau tak? dan brand ape ye?
Ye la sy pun nk tau Tesco mana yg ada jual mesin jahit semurah tu??? sbb sy pun teringin nk bli mesin jahit gak ni...
wahhh...ni satu geng ni...sy pn tak reti nak mjahit sgt...tp teringin nk pandai mjahit... asek kena sindir je..huuhu...klu bleh jahit langsir ke..lapik meja ke..bleh gak kembang2 idong sket tunjuk kat mak mentua..wehehe... Tesco mana ek... itu ckup bagus da tu utk budak baru belajar cm sy ni...
Post a Comment