Friday, September 4, 2009

Manis...

Pagi semalam bermula sangat indah dan bahagia buat saya setelah malam kelmarin saya makan hati dengan kata-kata saya sendiri. Saya mahu lupakan kisah malam kelmarin, saya hanya mahu fokus dan berdoa moga-moga khabar yang saya dengar pagi semalam akan menjadi kenyataan. AMIN.

Apapun hujung cerita itu nanti saya amat-amat bersyukur kerana diberi nikmat untuk merasakan keterujaan itu. Indah dan manis, senyum sampai telinga.

Tengahari semalam saya berbual dengan seorang profesor yang ahli dalam neuro-linguistic program. Dia dengan baik hati telah memberi saya beberapa tips percuma namun berharga untuk saya pratikkan bagi mengatasi masalah saya. Ingin saya kongsi ilmu ini di sini bersama teman-teman Tinta Hati. Saya sangat terbuka selagi perkara-perkara itu tidak melanggar batas budaya dan hukum-hakam agama saya. Saya hanya percaya bahawasanya hanya Tuhan saya sahaja yang maha kuasa ke atas segalanya. Jika Dia mahu beri, dia akan beri pada orang yang layak dan jika kita tidak dapat...itu bermaksud belum sampai waktu kita lagi...

Saintis mendukung teori-teori mereka dan mengkaji pelbagai aspek dalam mencari logik sesuatu perkara itu berlaku, maka semalam dengan lapang dada saya mencuba tips yang diberikan profesor itu pada saya.

Subjek kes: Trauma - Sleeping Disorder

1. Langkah pertama niat dengan jelas dan terang saya mahu tidur lena sehingga sampai waktu yang saya patut bangun.
2. Membaca doa dan 3 Qul (4 pun boleh) cuit bahu kanan dan beritahu apa yang saya niatkan tadi
3. Membayangkan ada bubble besar berwarna hijau sedang menutupi rumah saya
4. Memusingkan bubble itu dan menggerakkannya dengan laju supaya apa sahaja benda yang cuba nak masuk akan terpelanting atau melantun - sebab bubble itu bertindak sebagai shield dan ia berputar amat laju. Untuk memusingkan bubble itu, saya petik jari dan buat bunyi bzzzzz...dan membayangkan ia mula berputar laju, laju dan semakin laju
5. Pejamkan mata dan beritahu pada diri saya - I am safe, im gonna sleep peacefully.

Saya dah buat dan saya tidur dengan aman malam tadi. Langsung tidak terjaga di tengah malam. Apapun segala apa yang keluar dari mulut kita adalah doa, apa yang terlintas difikiran kita juga sebahagian darinya dan ia mungkin juga sesuatu yang kita tak mahu, tapi bila kita selalu fikir maka perkara itu akan mula mengganggu dan menghantui kita.

Pagi ini saya beritahu diri saya, saya akan menulis dengan lebih baik lagi. Saya akan jadi penulis yang baik, menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk pembaca. Saya juga beritahu diri saya dengan kelebihan yang Tuhan beri pada saya, saya mampu jadi lebih baik dari orang lain. Saya ada 'anugerah' itu dan akan saya gunakan sebaiknya.

Salam pagi jumaat.

Love,
Naz

0 comments:

 
Designed by suckmylolly.com