Saya takde rasa pun nak raya tapi saya beli banyak kuih raya. Belanja untuk kuih raya aje rasanya lebih RM500. Untuk rumah abah, untuk kakak-kakak, untuk adik, untuk makan sendiri... kenalah ada kuih raya kan, nama jek dah hari raya... walaupun mood raya takde tapi tangan tetap gatal nak beli karpet baru sebab karpet tahun lepas saya dah letgo kerana kakak ipar saya jatuh bedebushhhh... nyaris juga terbeli sofa baru tapi mujur iman masih tebal.
Sejujurnya saya memang takde mood nak raya sampaikan saya tak beli lagi baju raya untuk diri sendiri. Hati saya kosonglah... saya tak excited nak beraya biarpun saya ada cadangan nak 'pinjam' Arifah dan Harliyana untuk temankan saya ke Kota Tinggi raya nanti...
Tambahan pula kakak ipar saya sedang menunggu hari aje dan abang saya sudah telefon dan beritahu sensiang yang dia takde buat apa-apa persiapan. MAKNANYA saya harus segera ke rumah abah untuk siapkan mana yang patut. Untuk makluman abang saya tu agak kaudu sikit, dia peduli apa raya tak raya dan dia tak kisah pun apa perasaan abah... nanti terjadilah lagi peristiwa raya haji tahun sudah. Saya sibuk jumpa buah hati, abah saya di rumah takde lauk raya! Mujur saya balik cepat dan beli beryani bungkus untuk abah....
Alah! Tak guna nak pening kepala fikir fasal lelaki yang kurenggg deria sensitifnya. Saya kenal sangat dah abang-abang saya tu dan saya dah masak dengan perangai orang lelaki - berpuluh tahun saya membesar dikelilingi lelaki.
Saya tak fikir nak berkunjung ke teratak bonda atau tidak tahun ini, rasa macam kurang sopan aje kalau saya tak ke sana kerana tahun lepas keluarga Yang Mulia itu telah mencemar duli ke mari. Bonda juga telah menapau sepaket tumpi kesukaan arwah mama saya - sedap! Ada orang tanya juga tak beraya kat Kelantan ke... WEHHH!! Chek takdak sedara kat sana! Kaum kerabat chek ada kat kola tengganu tapi chek pi jenguk pun tak. Famili arwah mama pun chek tak ziarah. Teruk sungguh sedara hang ni kan??!!!
Bilakah raya terakhir saya pergi rumah Pak Ngah? rumah Maksu? Tambahan lagi bila 2 abang saya semakin sibuk menguruskan bisnes sendirian berhad mereka - alamatnya kurang sesaklah jalanraya tahun ini. Mungkin hanya akan ada satu toyota dan satu perodua kecil di atas jalan. Takde dah kereta warna merah, coklat, hijau dan maroon berkonvoi atas jalanraya tahun ni. Namun saya tetap berharap abang-abang saya akan peruntukkan masa untuk pergi menziarahi keluarga Pak Long di Ulu Tiram, saya nak tengok Wan!
Saya juga masih menaruh harapan agar KS pulang beraya biarpun kebarangkaliannya bagai sudah tidak ada barangkali lagi dah. Saya memang takde hati nak beraya - saya hanya pingin diam di rumah, makan kuih raya, tengok TV dan mengadap cik Toshee - siapkan Loving An Ivy yang sepatutnya dihantar pertengahan bulan depan, kalau tak... tahun 2011 la nanti baru siap!

Memandangkan akan ada yang mula pulang ke kampung hari ini, saya doakan anda semua akan pulang dengan selamat dan meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang. Berhati-hati di jalanraya.
Saya juga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca buku saya yang 2 buah itu, kepada semua pengunjung TINTA HATI dan kepada semua yang mengenali saya dan keluarga - Mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Salam Lebaran!
Love all,
Naz

3 comments:
Askm...Selamat hari Raya...bile novel baru nk kuar lg....hehehehe
selamat hari raya sis naz.....
Post a Comment