Friday, February 27, 2009

Pesan-pesan...

Tadi pagi semasa memandu ke tempat kerja, aku dengar SINAR PAGI dengan topik EMOSI ANDA HARI INI.

Aku tersentuh tentang keprihatinan seorang wanita yang tersentuh melihat sepasang suami isteri menunggang dan membonceng motosikal dengan dua bayi ditangan mereka. Ayah pegang satu baby- satu tangan lagi pegang moto, then emak dibelakang pegang lagi satu baby. Sedihnya!

Seorang sahabat pernah beritahu aku, betapa dia sangat risaukan penunggang motosikal. Dahulu dia selalu berpesan pada aku,

"You kalau drive, kena extra alert kat orang bawak motor. Diorang tu kena 'angin' aje pun boleh jatuh."

Aku kalau drive memang macam angin, laju beri kepuasan. Tapi aku tak pernah lupakan pada pengguna jalanraya yang lain terutamanya penunggang motosikal. Aku selalu ingat abang-abang aku pun mat rempit gak. So everytime aku cuba untuk lindungi penunggang motosikal, aku juga berdoa untuk abang-abang aku, dan juga abah aku. Kesemua lelaki itu peminat motor yang tegar!

Dulu aku selalu pesan pada sahabatku,

"You jangan drive laju-laju. I tak mahu you end-up macam Aryton Senna."

Laju memang best, tapi kalau berdentum... menangis airmata darah pun tak guna. Ingatlah mereka yang mengasihi anda. Aku selalu ingat pesan mama dan arwah nenek, nak keluar rumah baca doa, nak memandu baca doa... dan aku sangat yakin pada percaya pada Kalimah Tuhan yang melindungi perjalanan aku.

Arwah nenek pesan, nak keluar rumah... baca ayat Kursi dan Surah AlMasad (Tabad Yada) untuk kunci dan lindungi rumah kita. Nak drive pun sama, baca Bismillah dan AlFatihah bebanyak. Baca juga doa Nabi Yunus dan doa naik kenderaan. Nyanyi tetap nyanyi tapi doa mesti mau baca!

Jangan lupa doa untuk emak dan ayah juga doa untuk guru-guru yang mencurahkan ilmu. Bagi aku kesemua mereka ini adalah 'orang tua' kita yang memberi tauladan dan tunjuk ajar. Walaupun mama aku dah tak ada, tapi aku tetap rasa hidupku berkat kerana ingatan yang tidak pernah kunjung padam terhadap kasihnya ~ Lily Sayang Mama!

Pesan mamaku, ingat Tuhan sentiasa, insya Allah Dia juga tidak akan lupakan kamu.

Thursday, February 19, 2009

Rahsia Hati Sofia


Korang!!! Aku sudah ketemu penamat cerita cinta ini.

Ada yang mati? ~ Tidak, semua orang hidup dalam cerita ini
Ada yang menangis ~ Semestinya (tapi yang membacanya aku tatau la nangis ke tak)

Komen aku tentang buah hati kedua ini?

Susahnya nak dapat feel tulis apa yang jiwaku mahu. Kerana, apa yang aku mahu bukanlah kegemaran pembaca! Memandangkan aku bukan tulis cerita syok sendiri: sendiri tulis- sendiri cetak-sendiri jual-sendiri beli, maka aku harus patuh pada kehendak sebahagian pembaca dan mengenepikan sedikit kemahuanku.

Drag deadline tak tahu berapa kali dah. Mujur kakak editor dan kakak pembaca pruf baik hati. Akhirnya pada petang Rabu yang hening, dengan semangat ala-ala orang putus cinta aku meletakkan noktah pada cerita ini. Sedihnya macam dipaksa______! - fill in the blank!

Satu pintaku pada pembaca budiman, cerita ini tidak sesedih Lili Buat Najah. Jadi kalau anda semua tak puas menangis, maafkanlah saya :D

Nantikanlah kemunculannya secara rasmi pada bulan Mei nanti. Insya Allah akan menjelma juga di Pesta Buku Kuala Lumpur nanti. Mudah-mudahan!

Tag: REMEMBER THOSE TIME WHEN YOU ALWAYS THERE WHEN I NEED YOU?

Saturday, February 14, 2009

Tagged: Replied

Erksss... someone tagged me long ago. My apology for not replying this tag earlier. Sorry morry yah!

1.What have you been doing recently?
Writing-Singing-Gardening-Grieving
2.what do you think about yourself?
A Gigantea Hybrid!

3.how do you know that something is wrong with u?
Aaaaa... my sixth sense ;)
4.When did you last cry?
Today - Dr. Azhar thanks for being such wonderful listener.
5.how do u relax urself?
Horizontal
6.What do you want in your life now?
I need a weekend helper that can help me with my kain baju!!!
7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Usually, I don't go out on wetty day :D
8.what makes you happy?
Be loved by someone I love, missing him makes life is so worth-waiting! For all my life I will be waiting with all patience I have. Coz i LOVE him!
9.what do people envy about you?
Do they?
10.What's the nicest things in your inbox?
~Reading books by beach side, all with you by your side... :'(
11.Do you tend to make the relationship complicated?
No, it is just happened!
12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Top to toe - borrowed from GOD
13.What was the last movie you caught?
Geng: Pengembaraan Bermula (with all my darlings!)
14.What are you proud of?
Nil.
15.how do u define success?
Get my baby and read it!
16.What was the latest song u listened?
Enjoying Alyah... love Indah Ruhaila too.
17.Do you have any nicknames?
Hugh Grierson called me Flower!
18.Who is your bestfriend?
Toshiba Sattelite and she is white :D
19.Who was the last person to make you laugh?
Not a person but a blog.
20.Are you currently happy?
Pretendinglah...
21.Who gives you the best advise?
Dr. Azhar Hussin of UM, my late mother, my ex best friend, my beau
22.what makes you confident?
fill in the blanks _ _ _ _
23.have you ever make someone sad? if yes, why?
Always. I am the heart breaker :(
24.Is something bugging you now?
Yah!
25.Who are you?
A Gardener, a detective, a... a.... aaaa what else aaa??

Anyone, please tag yourself!

Tengok Wayang!

Semalam aku pegi tengok Geng: Pengembaraan Bermula dengan family aku. Me, my dad, my brother, SIL dan anak-anak. Satu row tu kami ajelah kiranya! Macam tak percaya aje Amir yang alim ulamak tu masuk panggung wayang.
"Cik, bookingkan tiket Upin dan Ipin." kata Arifah empat hari lepas.
"Sape nak tengok?"
"Kita oranglah. Ayah nak belanja. Jumaat ni kan birthday adik Ashraff."

Happy Belated Birthday ASHRAFF AMIR!!

Lama aku tak jejak panggung wayang. Last aku tengok Transformer kot, ke Pirate of The Carribean 3, mana satu yg terbaru? :-p. SUMPAH aku tak ingat. So berbalik tengok cerita Upin dan Ipin ni, aku rasa eloklah mak ayah bawak anak-anak pi tengok. Seronoklah bebudak ketawa. Aku pun ketawa tak hengat, especially ketawakan si Samy!

Tak sangka orang Malaysia boleh buat kartun best gila macam tu. Tahniah!!

Thursday, February 12, 2009

Rooftop Rant

Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade... tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicarabicara bumbung namanya....
ISBN: 978-967-5118-07-4
Harga: RM21.00
Harga pembelian melalui pos: RM19.00

Siapa-siapa yang nak beli Rooftop Rant sebagai hadiah boleh email saya. Harga sama macam kat Jemari Seni, cuma extra charges for packaging (and postage, kalau registered)

Wednesday, February 11, 2009

Merajuk & Berhenti Berlari

~Si Kaki Merajuk
Rhye-Hana the pokok text me last week. I did not reply her back. Then she lodge a complaint to Isya. Isya forward that message to me.
"Why is she so busy? What is she doing?"
Sebelum si wangi ini merajuk, aku terpaksa telefon dia. Dua tahun dia merajuk dengan aku sampaikan aku terpaksa melalui suaminya memujuk perempuan yang 5 tahun lebih tua dari aku ni. Rhye merajuk buruk!!!
"Kau apsal malas reply mesej aku?"
"Aku skang malas reply mesej sape-sape pun."
"Apsal?"
"Aku hanya tunggu SMS dari 'dia' aje and I am not interested to reply anyone else except him."
"Buruklah perangai kau..."

Aku ketawa. That is so true! Believe it! Lepas tu Rhye marah lagi. Katanya,
"Kenapa kau tak tulis nama aku kat buku kau?"
"Eh! Kena tulis nama semua orang ke?"
"Kena! especially aku. Next book please dont forget to write my name on it."

Rhye gila glamer! Nanti aku tulis kat situ, Rhye-Hana of Taman Tun Aminah, Skudai (macam Rob of Bandar Tenggara) Ha ha ha....

"Bila kita boleh keluar lagi, bertiga aje... aku, kau dan Isya?"
"Sekarang tak boleh, aku sibuk."
"Kau ni sibuk aje. Bila yang kau tak sibuk?"
"Bila aku tak sibuklah..."
"Bila kau nak belanja aku makan duit royalti kau?"
"Eh! kau ni... dah la dapat buku free, nak merasa duit royalti aku pulak!"

Rindulah Rhye nak jalan-jalan kat bandar dengan kau lagi. Atau kita lepak-lepak aje kat Kebun Bunga Istana macam dulu. Best! Rindu Istana Bukit Zaharah, rindu pokok ciku di kebun istana tu, ada lagi ke tidak. Rindu XYZ kat stall ABBA kat Kotaraya... rindunyaaaaaaaa

Rindu nak makan kat T-Roo cafe depan Jalan Dhoby tempat kita jumpa Danny Wong dulu. Ah! Memori daun pisang lagi.

p/s: Kalau aku duduk KELATE nanti, semua ni aku tak jumpa laaa :'(

~Berhentilah berlari...
Kerana aku tidak lagi mengejarmu. Petang tadi ada orang sesat call aku. Dia sesat sebab dia nak cakap dengan orang lain tapi call orang lain, tapi dia tak tersalah tuju cuma aku bukanlah prioritinya petang tadi. Dia, kalau telefon aku mesti tak sah kalau tidak ungkit pasal si N. Entahlah semua orang tahu sejarah aku dan N, tentunya aku tidak boleh halang mereka daripada bercerita tentang N: sahabat kami.
"Kau bila nak nikah? Nikahlah jangan tunggu lama sangat"
"Isyy... cakap apa ni?"
"Atau kau nak bermadu?Aku rasa dia sanggup!"
"Eiii... tak seswai!!!"
"Kau tahu dia kat mana sekarang?"
"Tak tahu!"
"Dia kat Muar....on-off rasanya."
"Kau ni pandai-pandai aje."
"Eh! aku tahulah, cerita dia semua aku tahu."

Aku mengeluh. Aku tahu dia memang sudah lama berhenti kerja. Dia berhenti mungkin sebab aku. Dia tak mahu aku tahu ke mana dia, di mana dia. Dulu aku ingin beritahu dia, kemana sekalipun kau bersembunyi, kau tetap dekat dengan aku...kerana kau ada dalam hatiku!
"Sampai bilalah dia nak macam tu..."
"Biarlah, dia bukan bodoh. Dia tahu apa yang dia buat. Aku doakan dia bahagia."
"Kau nak tahu tak, selama ni aku tipu kau..."
"Tipu apa?"
"Aku ada masa kau datang dia kawin dulu, tapi aku cabut cepat-cepat bila aku nampak kau."
"Apsal?"
"Sebab aku takut kau mengamuk kat sana, tak pun dia mengamuk kat aku... sebab bagitau kau"
"Oh! aku tak buat hal kat majlis orang. Aku tak mahu dia malu, lagipun aku datang tanpa undangan"
"Gilalah kau... berani kau datang ya."
"Dia yang buat aku gila."

Buat sahabatku N, berhentilah berlari. Aku sudah berhenti mengejarmu saat kau memilih untuk meletak noktah pada hubungan ini. Ya! Aku memang sayangkan kau, kerana kau sahabat aku yang paling kanan. Aku selalu teringatkan kata-kata ini,

"Remember those time when you always be there when I need you? There is when i sensed your love."

Itu serangkap kata ucapannya dahulu. Jelas, akulah sahabatnya yang paling setia. Aku tidak mengharapkan agar ia dibalas dengan cinta. Tanpa cinta, aku dan dia bahagia.

"Whatever it is, just keep it with you..."
"No! I want you to know how much I want you."
"Keep it with you!"

Aku cuba jadi manusia yang paling rasional dan realistik, lalu aku berkata...
"Do not involve heart-feelings. No heart talk."

Tuhan telah mencipta takdir ini untuk kita, layaknya kita bersahabat sahaja. Cinta mengubah kita jadi manusia berbeza. Kau bukan lagi kau bila sudah jadi kekasih dan aku bukan lagi aku bila kau panggil sayang. Aku rindu kau panggil aku dengan namaku lagi, atau Matahari yang kau sebut selalu dahulu.

Oh! Terlupa, aku bukan lagi mataharimu. Aku cuma Gerhana yang gelap :D

p/s: Abg J, aku tak marah pun kau tipu aku. Tipulah lagi ya...

Nota buat si dia: Ceritera kedua itu hanyalah imbasan kisah kelmarin. Tiada yang tersisa di hati. Cinta saya tika ini hanyalah untuk awak. Saya ingin hidup bahagia dengan awak!

Monday, February 9, 2009

May I....

~Sayang Abah
Hujung minggu yang indah dihabiskan bersama abah dan keluarga. Di atas bukit kecil ditemani bayu dari hutan dan bunyi air berkocakan. Riang dan gembira. Happy dapat jumpa abah lagi. Harap jodoh kami di dunia ini dipanjangkan Tuhan. Kau sudah ambil mamaku, pinjamkanlah abahku untuk suatu tempoh yang lebih lama lagi. Aku mohon padaMu!

~Berhentilah Bodoh!
Sepuluh ratus komen memuji tak membunuh jiwa sampai aku jadi lalai, tapi dua-tiga komen yang tidak memihak kepada aku amat-amat-amat mengesankan sehingga mampu membataskan pergerakan jari jemari di atas lappy kesayangan ini.

Aku hanya mahu menangis. Sedih. Bodoh. Takut.

Daripada menghasilkan sesuatu yang bodoh, adalah lebih baik aku berhenti menulis. Tak gitu?

~ So, what's next
Iman mana?
Iman mana?
Iman.... tolong saya, awak janji nak jaga saya. Iman mana?
Should I call police?
Should I call Karam Singh Walia?

p/s: Iman di atas tidak ada kene mengena dengan IMAN XARA.

~ ALONG HnhAN
Cik Xara, kenapa Along itu macam kawan kita yang misteri nusantara itu? Kenapa Lily baca dia as Along HnhAN? Cik Xara kenalkan siapa dia? Kenapa Lily terasa dekat sangat dengan dia yang penuh misteri itu?

Tadi ketika memandu pulang untuk berjumpa dengan abah, aku terdengar lagu siti nurhaliza, Dialah Di Hati, lagu favret Harriez Naufal. Entah kenapa aku nak nangis pulak dengar lagu tu, teringat aku pada Ain: Kak.... Along dah takde.... (sambil dia teresak-esak menangis)

Bisikan sang bayu
Membawa perkhabaran
Dongengan yang sama
Dicanang berulang
Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan…

Seumpama naskah yang terbuka
Sesungguhnya tiada rahsia
Bacalah kenalilah
Dengan bijaksana
Siapa aku yang sebenar
Kendati selautan segunung
Permata di kanan dan kiri
Selagi jantungku berdegup hingga
Tiba saat terhenti
Dialah di hati

Mengapakah diri dijadikan sasaran
Sekilas pandangan pelbagai andaian
Sungguh terkilan

Tiada pilihan kedua
Pertama hingga akhir usia
Hanya dia…

Tiada rahsia lagi
Usah bertanya berteka-teki
Cinta yang abadi cintaku
yang suci di hati…..

Harriez, terima kasih atas persahabatan yang indah itu. Akan aku kenang sehingga ke akhir nafasku. Alfatihah....

Friday, February 6, 2009

Seorang Budak di tepi Lebuhraya

Aku dah lama ingin tulis di sini mengenai budak lelaki ini. Aku jumpa dia hampir setiap pagi berjalan kaki di antara persimpangan Scientex - Cendana hingga ke lebuhraya Pasir Gudang. Acapkali aku jumpa dia di hadapan Taman Cendana ataupun berhampiran Taman Rinting.
Fizikalnya kecil sahaja dan dia membawa sebuah beg sandang bersamanya. Juga sekaki kayu. Sejak pertama kali nampak dia, hati aku tersentuh dan sayu. Aku seolah-olah tahu apa pekerjaannya. Kenapa dia tidak ke sekolah, menurut fizikalnya yang kecil aku boleh agak umurnya. Sepatutnya dia berada di sekolah sekarang ini, bukan di tepi lebuhraya mencari rezeki.
Mungkin dia orang susah. Siapa tahukan?
Pagi tadi aku nampak lagi dia di tepi lebuhraya, sedang memunggah beg sandangnya yang penuh dengan bekas tin minuman. Aku ingin tahu di mana rumahnya supaya aku boleh serahkan botol-botol kaca, plastik dan bekas-bekas tin yang boleh dijana semula menjadi duit. Aku jadi insaf.
Tuhan, Kau lindungilah dia kerana mungkin dia sedang menyara keluarga. Kau permudahkanlah jalan hidupnya. Kau berikanlah dia kesihatan yang baik. Limpahkanlah rezekiMu, rahmatMu dan kasih sayangMu kepadanya. AMIN....

Wednesday, February 4, 2009

Hadiah lagi....

Memandangkan permintaan dan sambutan yang memberangsangkan terhadap kempen beli buku sebagai hadiah, saya dengan sukacitanya membeli belah bahan-bahan keperluan bagi menjamin kepuasan pelanggan budiman sekelian. Insya Allah dari masa ke semasa, saya akan menambah-nilai/baik mutu pembungkusan dan design hand-made card yang lebih menarik.

Antara pilihan warna yang ada
Corrugated Paper Matte/Shiny

Thanks Tag

Setiap pesanan akan dibungkus dengan bubble-bag bagi menambah ciri-ciri 'keselamatannya'



Close-up handmade card

Sila abaikan background yang berserabut tu. Gambar di atas adalah salah satu contoh LBN yang telah selamat dipakaikan baju dan diikat riben. Penerimanya ialah seorang gadis sunti, hadiah dari ibunya yang tersayang.

Saya mencadangkan agar anda menggunakan pos berdaftar dengan caj tambahahan RM2.50. Ini bagi memastikan 'hadiah' tidak hilang dan sampai ke tangan orang tersayang dengan selamat. Namun begitu anda juga masih boleh menikmati khidmat pos percuma jika anda ingin mengirim hadiah ini melalui kiriman pos biasa.

FYI, caj bagi pos berdaftar ialah RM3.70 ke atas (tertakluk kepada T&C Pos Malaysia)

Kalau anda suka nak hadiahkan buku-buku lain terbitan Jemari Seni pun BOLEH juga. Tapi tak jamin ada TTlah, kecuali TT John Norafizan mungkin boleh diusahakan (sebab dekat). Anda tergoda dan berminat? Sila email saya di nazurah.aishah@gmail.com

Sunday, February 1, 2009

Rock Lapan Puluh!

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal


p/s: semoga Ringgo selamat pulang ke pangkuan keluarganya. Drummer fotograf ini kini di tahan di penjara Venezuela atas tuduhan memiliki ganja. Jika didapati bersalah dia boleh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun




Untukmu Sayang


kelakarnya rupa Bandi Amok time ni... hahhaha!! opss! Nasha Febians la :-p

Nak tahu kat mana aku tika lagu ini sedang popular? Aku sedang berlari-lari mengejar ombak di Tanjung Bangka, Mersing. Aku kecik lagi masa tu, tak kenal pun apa tu cintan-cintun tapi sebab lagu ni best banget dan aku pun memang suka melalak... maka, here we go...layan rock lapan puluh!

Another reason...

to reach home as early as possible on Fridays!!

Kenapa Jumaat? Berada di dalam zon waktu yang berbeza menyukarkan kami untuk berhubung dan berkomunikasi. Si dia bercuti pada hari Jumaat sedangkan aku pada Sabtu dan Ahad.

Ah! Itu bukan cerita yang sebenarnya :P

Tiga tahun berjauhan, apakah formula yang mengekalkan hubungan ini? Berjumpa hanya enam bulan sekali malah kadang lebih dari tempoh itu. Apakah yang membuat kami masih bersama?
Sabar? Hanya sabarkah?

Tentunya tidak. Banyak RM yang terbang juga :D

Mujur ada pc-to-pc call yang sangat baik hati. Dapatlah kami selamatkan beberapa helai RM lagi bulan ini. Rasa dekat yang amat...watching him thru webcam, talk to him... hilang segala rindu. We would like to thank the TECHNOLOGIES!! Yeyyy...

Abang, if you reading this I must say that we should limit our dates to Friday and Saturday only. I cant get up in the next morning :'(

LOVE YOU MUCH... MUAAAH!!!

 
Designed by suckmylolly.com