Aku kembali mencatat di dada blog yang hitam ini. Sudah 2 hari aku menyepi sebab aku dilambakkan dengan kerja opis. Tadi ada monthly meeting, GM pi cakap kat staff lain aku ni Perdana Menteri... huwaaaaa... she's not only controlling data and documents, she also the secretary, the dictionary, the radiation relation officer... just like our PM, holding 2-3 portfolio. Ndas mu!
Penat gila seh. Aku ni pun tengah terlungkup sambil menaip. Mata pun dah ala-ala lalok, kuyu cam mat pit. Aku suka banyak kerja bersesuaianlah dengan gaji tapi badan aku ni betul fragile, tak boleh penat... bila penat aku nak terbaring aje... ahhh... bestnya baring!
Esok cuti, anak buah aku dah mula menyusun agenda. Sorang demi sorang mengirim SMS. Jom ke sana, jom ke sini... macam-macam. Aku cuma ingat nak pergi Jusco Taman U, nak beli kasut. Kelmarin dah belikan Nur Arifah Adilah sepasang kasut baru yang cantik (tentunya pilihan Cik Lily dan sama saiz!) cuma warnanya aje lain. Arifah pilih merah, tapi aku sukakan yang biru. Untunglah ada anak buah dah besar, kasut boleh share!! Siang-siang dah pesan pada Arifah, nanti maksu pinjam ya... :D (patutlah aku tak pernah dewasa!)
Harliyana Hamdan ajak lepak-lepak kat taman. Arifah kata Yana nak skodeng. Best jugak pergi skodeng... jangan lupa pinjam BINO Cik Din! Oh ya... cakap pasal Cik Din ni, korang ada tak kes bapak korang tersalah kasi nama?
Actually Din ni abang atas aku. Namanya Shamsudin, bapak kepada Syafiq Aliff, Dhiya Shafiyaa dan Dhiya Soraiyya (semua anak dia aku yang bubuh nama...hehe). Din ni jugak ada nama lain iaitu Izam. Ceritanya camni... dulu-dulu lepas mama aku lahirkan dia, abah aku nak pi daftar nama la. Mama aku pesan suh letak nama ZAMRI... datang abah aku dia pi letak SHAMSUDIN! Mama aku kalau panggil dia camni...memula dia panggil Zam, Zammmmm... Iiizzzaammmm... last sekali sure dia jerit Zamriiii.... tak pernahnya mak aku panggil dia Din! Family ada yang panggil dia Din, ada yang panggil dia Izam, Zam, Zamri... tapi kengkawan panggil dia MAMAT!!!
Abang aku ni ensem... muka dia cam kacuk. Hidung terletak. Kalau aku berdiri sebelah dia sure orang kata dia bukan abang aku pasal muka dia ada macam BANGLA SIKIT. Dulu-dulu dia cakap aku ni anak kutip. Abah kutip aku kat tepi rel keretapi. JAHAT GILA abang aku ni. Tapi ujian darah sudah membuktikan bahawasanya kami adik beradik. Bukan pergi buat DNA la... gila haperr... masa abah aku operation dulu, kitorang kena ganti darah. Ternyata darah aku dengan darah Izam sama = AB, kombinasi mama B, dan abah aku A.
Korang tau tak yang AB tu special?
Orang AB ni tenang dan bijak mengawal emosi. Dia juga sentiasa menghormati orang lain, sebab tu ramai orang suka nak berkawan. Tok Tina kata, orangnya redup...ramai tumpang berteduh. AB juga dikatakan kelakar semula jadi dan sentiasa menghiburkan...
Lagi info buat AB
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif ~ this is so true. Salah satu sebab aku selalu sakit perut :(
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap ~ sebab tu aku ada gastrik!
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan ~ suka naik tangga!
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
Cukuplah aku merepek malam ni. Since aku dah janji tamau tulis citer sedeyyy...dan hal-hal buruk. Makanya... (cam indon plak dah) korang semua akan jadi bosan sebab tak sedih lagi lepas ni. Huhuuuu...
Nak tido la... esok nak berkebun. Kesian orkid-orkidku kekurangan belaian dan kasih sayang sejak dua minggu sudah.
Daaaaaa....
Love,
Naz





