Thursday, July 30, 2009

Tensi

Mana tak tensinya, expanding sideways mak ni nyah oii!!!

Saya dilahirkan kecil tapi gonjang (tinggi), ikut baka belah abah yang tinggi-tinggi belaka. Dari kecil sehinggalah umur saya belasan tahun, emak saya suruh saya (paksa sebenarnya) makan scott emulsion yang busuk itu supaya saya tidak mudah jatuh sakit selain dengan harapan mendatangkan selera supaya saya makan lebih sikit. Saya amat kurus tika itu sampai jiran sebelah rumah panggil saya NYAI GERING!

Saya amat kurus sampai ada cikgu yang akan memastikan saya makan nasi bila tiba waktu rehat. Dek kerana saya kurus dan berpenyakit cikgu kena pastikan saya tidak lapar sebelum kami ke mana-mana (camping/lawatan sekolah). Saya minum susu sejak kecil sehingga sekarang semata-mata untuk memastikan tubuh saya mendapat zat dan khasiat.

Ketika umur saya 18 tahun, Levi's 501 pertama saya bersaiz 27. Ketika saya berusia 23 tahun saiz jeans saya sudah mula kembang dua inci. Beberapa tahun kemudian jadi 32 inci. Malulah saya nak sebut saiz seluar jeans saya sekarang. Hakikatnya Levi's sudah tidak ada saiz lagi buat saya apatah lagi sejak depa buat seluar cawat pendek ni, tonggeng aje nampak anak sungai Segget.

Adalah disyaki bahawa fenomena expanding sideways ini berlaku apabila saya mula menggantung BASIKAL saya sejak 4 tahun yang lalu. Peha yang dah biasa padat dek kayuhan keras saban petang jadi mula lembik dan longgar dipenuhi lemak. Pinggul ke, peha ke, punggung ke semua dah besauuuu... encik KSMS kata besar macam tempayan :'(

Tadi saya menjengah kedai basikal. Saja-saja mengutip semangat nak berbasikal semula jadi skodenglah basikal baru. Gila mahal Polygon buatan Indonesia tu, second-hand aje RM2K. Yang baru tanpa roda dan aksesori aje RM4K... wehhh basikal tu body aje lebih mahal dari saya!!! Katup teruslah niat nak beli basikal. Lerun Mendova saya masih gagah dan cun melecun untuk saya kayuh. Budak-budak pasti meleleh airliur tengok basikal biru saya tu...sure dia orang meroyan kat mak bapak mintak beli satu...hihihi...

Saya ingin kurus semula setidak-tidaknya turun 8-10kg, saya ingin kembali langsing macam mula-mula KS jumpa saya. KS kata tadi dulu takde daging, sekarang dapat daging, dapat lemak...dapat babat. Aduh... tensinya dialog!

Dulu saya kurus, siap bertaruh dengan N untuk menten kurus malah N jugak rajin ke gym untuk menten mantap tapi bila N kahwin dengan perempuan yang lebih berisi dari saya, saya rasa selama ni N tipu saya. Dia nak saya kurus tapi dia kahwin dengan perempuan gemuk! Nah... saya dah gemuk sekarang.

Banyak kali saya tanya KS apakah dia masih sayangkan saya walaupun saya sudah gemuk. Saya bimbang sebab saya seharusnya cantik dimata dia, bila dah gemuk saya semakin tidak lawa (udahlah memang tak lawa pun) KS kata gemuk tak apa asalkan sihat. My BP so far okay aje... tapi i have ***** in my blood! Takmo cakap pasal tu tapi saya fikir saya akan mati sebagaimana mama saya. Doakanlah umur saya panjang... nanti takde orang nak derma kidney kat saya...(KS kata dia sudi beri jiwa dan raga untuk saya, tapi tentu dia nak pakai kidney dia kan...)

Jujurnya saya tak suka dengan bentuk badan saya sekarang ini tapi saya tidak kelabu mata untuk kurus dengan segera. Saya cuma ada satu nyawa, satu jantung, dua buah pinggang etc yang perlu saya jaga. Oleh yang demikian saya menyeru diri sendiri agar kembali mengayuh basikal untuk kurus...


p/s: bila sudah bertudung saya terus gantung basikal sebab saya takut bila saya kayuh basikal akan buat orang ghairah tengok saya.. HAHAHAHA alasan!!!

Tuesday, July 28, 2009

.....

Pertama-tamanya, aku mengaku KALAH... aku dah telefon orang jauh untuk memberitahu saya yang tidak sihat. Ingatkan nak tunjuk terer takmo mengadu tapi Tuhan dah kata jangan riak, jangan bongkak, sekali ni ambik haa... dapat cuti sakit... :D

"Please sayang, jaga diri baik-baik. Makan ubat, minum air banyak-banyak. Tak minum macamana suhu badan nak turun..." kata si buah hati. Ahh.. tersentuh hati dan sanubari mak, nyah! KS takde dialog lain selain dari suruh akubalik rumah abah. Beritahu abah. Erkss... abah tu 2x8 MERIANGnya sama macam aku gak. Untuk apa balik rumah abah, nanti susahkan abah dan kakak ipar pulak. Mujur dia tak suruh call abang, abang aku nanti datang bawak van angkut aku balik sana.

Sesingkat masa bercerita, aku beritahu dia yang aku fikir aku perlu bekerja bila dah kahwin nanti. Kesian kat KS kalau dia aje yang kerja sorang. Dia masih ada 2 orang adik yang bersekolah. Tentunya menjadi tanggungjawab dia sebagai abang sulung untuk membiayai sebahagian keperluan adik-adik... tapi KS kata...
"Dah jadi hubby awak, awak lanyak ajelah... kenapa pulak nak kerja..."

Eii...zalim gila dialog, ingat aku ni kaki kikis duit orang ke. KS macam tak ikhlas dengan ayat dia tu tapi aku malas nak panjangkan cerita, aku telan ajelah. Gaji besar pun gaji dia, duit banyak pun duit dia... aku tak boleh nak tumpang senang. Kalau dia kirim duit, banyak mana aku perlu, banyak itu ajelah aku guna. Kalau perlu aku mintak izin dia dulu baru aku keluarkan duit dia. Sejauh ini aku takdelah nak beli baju ke, beg tangan ke pakai duit dia. Aku beli guna duit gaji aku sendiri. Kalau KS fikir aku ni kikis duit dia... salah sama sekali.

Aku dah habis letak harga sampai jadi price-less. If you want to marry me, all you need to give...RM22.50. Aku tak mintak pun hantaran ribu-riban. Berbelas-belas dulang perak. Aku dah takde emak, aku rasa takde siapa yang akan berkecil hati kalau aku kahwin tak berhantaran pun. Takde emak yang akan rasa sedih atau terkilan kerana anak perempuannya TAK MAHAL macam anak orang lain...coz aku dah takde mak. Aku tak fikir abah aku berkira sangat soal tu. Abang-abang aku pun tentu tak persoalkan hal tu.

Apalagi nak cakap pasal duit, yang nyata aku bukan MATERIALISTIK. Bukan juga suka menunjuk-nunjuk kaya raya. Aku drive SLK buatan Malaysia aje tatkala teman-teman ada Harrier, ada Persona baru... itu cukup buat aku KERDIL yang amat. Bila orang berebut-rebut beli rumah ratusan ribu ringgit, aku masih setia dengan rumah kecil tiang beberapa batang ini. Itu sahaja yang aku mampu, insya Allah tidak akan sampai menyusahkan orang lain.

Aaahh... bila tak kerja ni cepat betul masa berlalu. Diam-diam dah dekat 530petang. Alhamdulillah bila dah petang sikit ni, aku dah boleh bangun. Dan aku takkan makan ubat kecuali nak tidur aje nanti... kalau tidak aku melepek macam mayat hidup aje. Terkebil-kebil lihat kipas berbilah empat berpusing macam helikopter.

Ada ke patut doc yang periksa aku tu tengok dari jauh aje. Dia nampak aku datang dengan mata sebelah, dia macam ngeri plak takut berjangkit. Terus bagi ubat dan tak periksa BP, suhu badan ke apa... aku cakap kat dia...
"Doc, i feel warm..." masa tu dah start shivering. Ingat dia nak kasi ke ubat demam ke apa. Hampeh takde. Mujur painkiller minggu lepas banyak lagi. Gosh, sebulan ni dah berapa hari aku MC ya?

Bos, janganlah marah saya...
Mom passed away at age 62, and now i am thirty years behind... I have at least another thirty years to be good, be kind, be responsible hamba Tuhan...

KS, baliklah cepat... i have very limited time :( wanna enjoy life to the fullest... please come back ASAP :(

Sunday, July 26, 2009

Alasan...

Geez... seharian saya tidur sahaja hari ini. Sejak pulang dari rumah abah lewat petang semalam saya bagai tidak bermaya untuk berkemas atau menulis. Nak naik ke bilik pun saya tak larat, saya tidur di lantai aje malam tadi.Semalam saya ke Istana Bukit Zaharah. Saya suka sangat ke sana. Bagai ada yang memanggil-manggil agar saya berkunjung lagi. Saya suka ke tempat itu. SANGAT SUKA. Abah dulu pernah sekolah kat situ. Istana ini siap dibina pada tahun 1858 dan digunakan khusus untuk acara keraian diraja seperti perkahwinan dan perlantikan sultan/sultanah.


Pernah saya terbaca somewhere kat alam maya ni, Sultanah Khadijah Hanoum, isteri Sultan Abu Bakar yang seorang Circassian dimahkotakan di istana ini. Sebut pasal Khadijah Hanoum, dia ada saudara perempuan Rugayah Hanoum yang berkahwin dengan adinda Sultan Abu Bakar. Setelah adinda sultan ini mangkat, Rugayah berkahwin dengan Datuk Jaafar, menteri besar Johor ketika itu. Dari isterinya inilah lahirnya keturunan Dato Onn Jaafar yang hidungnya tercatuk itu. Turkiye mari naaaa... (oh ya, Rugayah berkahwin 3 kali dengan 3 lelaki besar - ayahanda Ungku Aziz, professor diraja, Jaafar Muhammad dan seorang peniaga berketurunan Arab Yaman, Abdullah Al-Attas - dari perempuan yang sama ini bertembunglah keturunan mereka termasuklah Zeti Akhtar Aziz yang moyangnya ini melahirkan 2 keturunan yang mengasingkan emak dan ayahnya. Got it?)

Sultan Johor ni dari mula lagi sudah kahwin campur. Dimulakan dari Sultan Abu Bakar yang berkahwin dengan Cecelia Lange aka Zubaidah Abdullah. Berketurunan Danish, ibu kepada Sultan Ibrahim. Cecilia Lange ini merupakan anak kepada 'raja Bali' Mads Johannsen Lange. Siapa pernah pergi Bali pasti familiar dengan nama LANGE ni kan. SAB pun berkahwin dengan wanita China selain isteri pertamanya berketurunan melayu dan Sultanah Khadijah. Semua sekali isteri baginda = 5. Anakanda baginda Sultan Ibrahim pula ada 2 isteri minah saleh. Yang chek pernah tengok potretnya ialah Sultanah Helen. Seorang lagi kalau tak silap aku Marcella Mendel namanya.

Ahh... meleret ke sejarah sultan pulak. Tidak ada kena mengena dengan aku pun... tapi aku suka sebab arwah datuk aku suka bercerita mengenainya dahulu. Dipendekkan cerita semalam aku ambil angin petang di tepi Istana Bukit Zaharah. Sejuk dan wangi. Ya...WANGI! Bau wangi itu datang dari dua batang pokok yang besar, sayang nama botaninya aku tak tahu sebab tag namanya pudar sudah. Mujur aku terjumpa gambarnya di internet ini-->http://planet-360.blogspot.com
Inilah pokoknya, tuan punya blog tu snap depan istana. Serius wangi bila aku berdiri di atas bukit, tepi istana. Sejuk pulak tu... bertambah meremang bulu roma. Eeeee.... hihihi...

Nanti aku nak pergi lagi sebab aku suka ke situ dan pejam mata, MEMBAYANGKAN zaman dahulu kala tatkala bangunan indah itu masih baru, gelagat orang dulu-dulu... macam-macamlah... aku suka sejarah, sangat-sangat suka SEJARAH bila ramai kawan aku tak suka sejarah tapi aku dapat A!

p/s: mogok hari ketiga berlangsung dengan jayanya :)

Saturday, July 25, 2009

Sabtu pagi...

aku di office menanti dua orang lagi teman untuk melakukan aktiviti yang kami rancangkan sejak sebulan lalu i.e TRIAL HUNT... kalau ada nampak anak-anak gajah berkeliaran tu... akulah tu takde siapa lagi... huk huk...


tempatnya terpaksa dirahsiakan kerana silent reader blog ini mungkin salah seorang pesertanya. oleh yang demikian tak dapatlah aku bercerita ke mana aku akan pergi hari ini...

sarapan pun belum ni... manalah si Jammy dengan Nana ni. Aku dengan Sue jek kat opis yang besar terbontang ni hah. Aircond pun tak hidup kononnya takmo bazir elektrik. Sekejap lagi kalau diorang tak datang, aku nak berskipping sat... tali skipping memang dok dalam beg nike biru chek tu, sat lagi bergegar la office chek ni... ada gajah skipping... muahahaha...

Oh ya! Mogok hari pertama berjalan dengan lancar. KS ada menitip SMS pada aku petang semalam... bunyinya begini...

Abang mintak maaf kalau buat Lily susah hati tapi abang sentiasa sayang Lily

I love you too abang, love you very much... Opss! Ikan kurau dah sampai chek kena siap-siap angkut beg, ikat tali kasut dan... CAU CIN CAU...

Friday, July 24, 2009

Entahlah...

Aku bukannya berkira malah tak pernah berkira pun dengan dia atau sesiapa... tapi kata-katanya semalam amat mengguris hati perempuanku. Perempuan yang manja. Perempuan yang lembut hati.

Semalam dia mintak aku track surat dari Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi yang dihantar kepada adiknya di Kajang. Dia tanya aku boleh ke tak tolong dia, aku jawab pernah tak aku tidak tolong dia bila dia perlukan aku? Dia jawab tidak. Untuk dia aku bersedia apa sahaja malah bukan sahaja dia tetapi sesiapa jua yang singgah di hati aku tidak kira teman atau kawan. Sedang rancak berbual talian tiba-tiba terputus. Kredit habis. Aku topup lagi 30 menjadikan jumlah ringgit yang diterbangkan malam semalam RM70 untuk beberapa minit.

"Lily janganlah call abang lama-lama... membazir aje..." katanya. Membazir ke cakap dengan orang yang kita sayang?
"Esok Lily tak call lagi dah..." jawabku.
"Macam tu la bila abang cakap. Merajuk. Abang cakap macam ni, Lily jawab macam ni. Abang dah tak tahu nak cakap macam mana dengan Lily. Semuanya salah."
"Abang tu yang tak tahu motif... tak tahu tujuan..."
"Lily tu yang tak pernah nak faham..." jawabnya pula. Selama beberapa saat, kata-kata itu sahajalah berulang antara kami. Dia tolak dia.
"Abang suka Lily call, abang nak cakap dengan Lily hari-hari tapi tak usahlah lama-lama. Abang nak tahu Lily sihat ke tak, Lily buat apa tiap hari..." katanya lagi. Beri salam, tanya di mana, sedang buat apa, tengok abah ke tidak... soal-jawab itu sahaja akan menelan kredit sebanyak RM10. Tiap hari soalan itu sahaja, robotkah aku ni?

"Lily nak jadi macam abang... tak balas SMS, tak call Lily berbulan-bulan tapi Lily tak boleh jadi macam abang sebab Lily sayang abang. Lily nak cakap tiap hari dengan orang yang Lily sayang, nak cakap lama sikit. Bukan soalan-soalan yang tiap hari abang tanya tu." beritahuku pada KS.
"Lily cuma berhenti call abang bila Lily dah tak sayang abang..." sambungku lagi.
"Macam tu ke?"
"Ya! Buat apa kita nak bazir kredit untuk orang yang kita tak sayang."

Dipendekkan cerita dialog selama beberapa minit itu diakhiri dengan keputusan ini biarpun si dia tak setuju: Mulai dari esok Lily tak akan call abang selama satu minggu. Assalammualaikum!

Abang jaga diri baik-baik bila Lily takde. Lily sayang abang. Untill next Friday, i will not call you...for a week...

tak cukup dengan itu, aku SMS dia juga... terluka sungguh hati ini, emoooo....

Sebenarnya aku dah lama ingin jadi seperti dia. Tidak sibuk untuk call aku, sebab aku call dia tiap hari. Dah lama tak SMS aku sebab dah borak di telefon (dalam dunia ni cuma aku dengan KS aje yang berbual kurang 10 minit sehari). KS cuma SMS aku bila adiknya perlukan pertolongan dari dia. Nanti akulah jadi orang tengah uruskan bagi pihaknya. Terlukakah aku? YA, AMAT TERLUKA. KS hanya top-up credit untuk adik-adik dia, bukan untuk aku. Sedih, memang sedih tapi aku sayang dia... ADA JUGA dia SMS aku bila aku beritahu aku sakit, aku kena pergi klinik. Waktu-waktu kritikal macam tu dia ada untuk aku... tapi aku perlukan dia bukan waktu aku sakit aje... :( perlukah aku sakit untuk dapat perhatian dari dia?

Aku ingin lakukan bukan untuk balas dendam tapi aku ingin jadi seperti dia yang bijak mengawal kehendak diri. Tak pernah kisahkan aku mungkin. Soalnya, mampukah aku jadi seperti dia?

Sebenarnya dia sayang aku ke tidak? Itulah yang selalu aku tanya pada diri aku. Berkali-kali juga aku tanyakan padanya. Banyak kali juga aku ingatkan dia,

Abang kalau dah tak sayang Lily lagi, abang terus teranglah. Tak payah fikir nak jaga hati Lily, kesian kat Lily sebab abang terpaksa tinggalkan Lily. Kalau abang fikir kita tak boleh nak teruskan, abang cakap aje pada Lily... insya Allah Lily akan cuba tabah dan hadapi semuanya...

Dia BENCI dialog kat atas tu... tapi sejak N yang bacul tinggalkan aku tanpa sebab aku sudah jadi berani untuk bersuara dengan lelaki. Sila letak NOKTAH andai kamu rasa hubungan ini tiada penghujungnya.

Gosh! panjang dah aku tulis ni... meluahkan rasa hati yang tak dapat diluahkan pada teman, hanya pada dada blog yang kelam ini...

I will always love you as much as you love me, as long as you want me...

Love,
L.ILY.

Thursday, July 23, 2009

MOGOK!

Entri ini ditulis bagi mengingatkan diri saya supaya TIDAK menelefon orang jauh selama seminggu mulai esok.

Saya telah melancarkan mogok sebentar tadi. Doakan saya berjaya. AMIN!

Tuesday, July 21, 2009

Bila saya penat...

Saya sakit!!

Sebab tu mak dan bapak saya tak pernah suruh saya buat kerja berat kerana bila saya penat saya akan jatuh sakit. Saya benar-benar rasa tidak sedap badan sekarang ini dek tidak cukup tidur. Biarpun saya sudah tidur sepanjang malam Sabtu dan sepagi Ahad namun masih tidak cukup untuk saya usir rasa penat ini.

Bukannya buat kerja apapun, angkat balak atau apa... jalan dan jalan aje sebenarnya tapi saya ambil masa yang agak lama untuk pulih 100%

Kalau esok pagi masih meriang lagi badan ni... haruslah saya mengadap tok dukun berjubah putih itu. Alaaaa...bencinya nak jumpa Smith!

Sunday, July 19, 2009

Mamai

Hari Jumaat yang memenatkan saya pulang ke rumah dan masak. Lapar gila. Pinggan pun tak basuh, dapur pun tak sempat kemas. Saya tidur terus kerana perlu bangun seawal tiga pagi pada keesokkan harinya.


Sabtu, 18 Julai jam 3 pagi penggera saya berbunyi. Tidak boleh malas-malas, saya mesti bangun dan ke bilik mandi. Alamak! dapur tak kemas lagi. Dalam mamai-mamai saya kemas dapur dan cuci pinggan malam tadi. Siap. Masuk bilik mandi pula. Naik semula ke atas dan iron baju. Nak pakai baju apa sudah terencana siap-siap. Anak gajah pakai baju gajah la! Yang penting match dengan beg dan kasut ballet yang comel itu.

Jam 430 pagi saya memandu selaju 110kmj untuk sampai ke rumah abah kurang dari 20 minit. Tiga hentian trafik saya langgar aje. Daripada berhenti di hentian gelap yang merah itu baik saya jalan terus. AMPUN TOK POLIS! Kurang 15 minit saya sampai di rumah abah dan beri salam kuat-kuat supaya abang saya sedar dan buka pintu. Kiri kanan orang keluar dari rumah. Kemudian ada 3 lelaki dan satu perempuan di hadapan rumah. Me, my dad and bros.

Saya menguap beberapa kali dalam perjalanan ke lapangan terbang. Mujur abang yang memandu. Saya mengadu ngantuk. Sampai di airport, salam dan cium tangan abah, saya cepat-cepat ke kaunter daftar masuk. Kemudian saya cari surau. Bukan tidur laaa... sudah azan subuh. Tengok seorang pegawai polis wanita yang sedang baring (bertelekung) saya pun macam nak baring sama. Jangan cari pasal, ada karang terlepas flight.

Sampai di KLIA, saya terus ke level 1 dan tunggu ERL. Dalam tempoh setengah jam berikutnya saya sudah sampai di KL Sentral dan menunggu Syud dan Pingu di aras atas. Sempatlah skodeng 100 hari Najib jadi PM. Bila semuanya sudah sampai kami bertiga ke Petaling Street mencari bunga segar. Dapat apa yang kami mahu, kami isi perut pula. Sedap gak mee mamak kat situ, macam nak return lagi. Kami jalan-jalan macam orang jauh. Ambil masa untuk sampai ke Bangi dalam pukul 12. Nampak gaya kami bertiga pengurus masa yang bijak. Tunggu Nacha yang berada di tren belakang, kemudian kami berempat dijemput Kakyah untuk ke rumah JS di Bangi.

Sampai sahaja kami semua sudah ada tugas khas menanti. Bekerja bagai satu keluarga yang sibuk membuat persiapan kenduri. Happy sangat. Nacha, Kak Uda, Syud di rumah Kakyah buat kerja-kerja dapur. Saya, Pingu, Nawwir, Kaksu dan Abang Rosdi di rumah JS. Ada kerja lebih seronok menanti. Apalagi... Deko bersama bibiklah! Saya cari port depan rumah JS dan bersiap siaga dengan gunting. Siap juga akhirnya bunga penyeri meja kopi. Temanya semak-samun :Dtu dia semak atas meja
source: cilok dari FB Syud


Bila tiba waktu makan, YA TUHAN sedap GILAAAALAH! Saya tak tahulah berapa kali menyudu kuah sup tu masuk mulut. Bermangkuk-mangkuk rasanya. Abang Rosdi memang cheflah! Semuanya sedap. Tapi tak sempatlah nak makan semua, karang pecah perut. Sampai ke malam kenyang. Selalunya bila saya pulang ke JB menaiki keretapi malam, saya mesti tapau nugget McD dan milo ais buat bekal dalam tren... tapi malam tadi saya tak tapau pun, KENYANG! Masuk dalam tren, jumpa katil saya... terus KAAAABOOOOMMM... gelap!

Pukul 3 pagi saya terjaga. Pastinya kurang 2 jam saya akan tiba di Kempas Baru. Saya ke bilik air, cuci muka kendian telefon abang saya. Tepat jam 520 pagi saya sampai ke Kempas Baru. Selalunya saya seorang aje yang turun di situ kerana majoriti penumpang akan ke Singapura atau berhenti di hentian Johor Bahru. Abang saya memang BAGUS, dia sudah sampai bila saya jengah dari atas. Apa lagi... BALIKLAH!

Dia berhentikan kereta di hadapan rumahnya. Saya pula mengambil alih stereng dan memecut balik ke Pasir Gudang. Azan subuh menyambut saya pulang. Alhamdulillah. Siap mandi dan solat konon-konon saya nak menulis, maklumlah membawa segerabak semangat dari Bangi ni. Sekali terlelap daaa... sedar-sedar sudah 11 pagi. Kopi yang saya buat subuh tadi pun dah sejuk.

Sebelum itu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada Ami, yang tumpangkan kami sampai Salak Selatan. Terima kasih pada JS sebagai tuan rumah. Bila boleh return lagi, nak makan sup sedap tu? Terima kasih juga pada para hadirin yang memeriahkan majlis keluarga Jemari Seni semalam.

Sekianlah sahaja catatan perjalanan saya to and fro JHB-Bangi. Untuk orang itu yang risau-risau saya dijemput, dihantar siapa... harap dengan catatan ini segalanya terjawablah ya.

Psssst... KAKSU, mintakkan resepi sup dan roti bawang putih tu boleh tak??


Love,
Naz

Thursday, July 16, 2009

Biar ia bicara sendiri...


Aman dan damai tempat ni kan.... anda semua tahu di mana?

Inilah Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Bharu.... Masya Allah cantiknya tempat, bijaksana sungguh orang yang memilih lokasi ini sebagai tempat untuk belajar kitab suci umat Islam.

Abang, nanti kita hantar anak-anak kita belajar kat sini ya... AMIIINN...

Tuesday, July 14, 2009

Wisel identiti Zainaldin


ZAINALDIN bersama rakan setugas deejay, Nooramin ketika di bilik konti RMIK.


DUA puluh tiga tahun lalu, warga kota yang tertekan dan kebosanan ketika berdepan dengan kesesakan lalu lintas ketika memandu sering terhibur tatkala mendengar siaran RMIK @ Radio Malaysia Ibu Kota (kini dikenali KLfm).

Celoteh deejay yang tidak henti-henti selama tiga jam mulai 6 pagi setiap hari dengan pelbagai informasi membuatkan ramai tersenyum sendirian.

Pendek kata, RMIK ketika itu merupakan teman setia warga kota.

Tetapi dalam senyum dan tawa pendengar RMIK mengikuti celoteh deejay berkenaan sambil menghayati lagu-lagu, mereka akan dikejutkan dengan tiupan wisel.

'Prriiittttt'! Begitulah tiupan wisel yang panjang dan nyaring yang akan ditiup tepat pukul 7 pagi setiap hari yang bermaksud kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sudah bermula!

Walaupun terkejut tetapi tiupan wisel yang kedengaran selama 10 tahun bermula tahun 1986 itu memberi panduan kepada pemandu supaya mengelak daripada melalui jalan-jalan yang sesak agar tidak lewat ke pejabat.

Tiupan itu bukan sahaja bagaikan amaran kepada pemandu, bahkan wisel juga menjadi identiti Zainaldin Zainal , yang membuatkan para pemandu berhati-hati ketika memasuki ibu kota.

Kini setelah 13 tahun berlalu, Zainaldin yang pernah menghiburkan warga kota suatu ketika dulu hilang tanpa khabar berita.

Tiada lagi tiupan wisel, tiada lagi gurauan jauh sekali kuiz dan teka-teki yang menghiburkan.

Cuma sesekali, ada yang terserempak dengan bekas deejay popular ini di masjid di Taman Permata, Kuala Lumpur dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir apabila ada yang menyapa.

Itulah personaliti yang pernah memainkan peranan penting dalam kehidupan warga kota.

Kuasa Tuhan amat hebat. Biar wajah Zainaldin sudah berubah dek dimamah usia, namun suara emasnya masih kekal seperti dahulu.

Dalam meniti usia 64 tahun, Zainaldin lebih selesa menjalani kehidupan seperti pesara kerajaan yang lain tanpa glamor lebih-lebih lagi sekembalinya dari menunaikan fardhu haji ke Mekah pada tahun 1997.

Apa lagi dengan kehidupan bahagia yang dilaluinya di samping isteri tercinta, Nik Mariam Idris, 56 yang juga Pengetua di Sekolah Menengah Hillcrest, Gombak.

Begitu juga dengan tujuh orang anak yang semuanya sudah besar panjang Izza Zarina, 40, Izak Zaidin, 39, Arik Fitri, 35, Ahmad Zam Zam, 30, Dr. Erfa, 28, Mohd. Erfi, 24, dan Mohd. Erfan, 22 tahun serta 18 orang cucu cukup membahagikan veteran dalam industri penyiaran tanah air ini.

Selepas bersara bukan tidak ada yang cuba 'memancingnya' untuk bekerja semula, tetapi baginya, memadailah dengan apa yang sudah dilaluinya semasa berkhidmat dengan kerajaan.

Lebih-lebih lagi selepas kembali daripada menunaikan fardu haji, hatinya sudah semakin tawar untuk bergelar juruhebah.

"Bukanlah kerja ini (juruhebah radio) tidak bagus tapi sudah sampai seru untuk bersara sepenuhnya, agaknya," katanya dalam deraian ketawa yang memecah keheningan coffe house di sebuah hotel di pinggir Kuala Lumpur dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.

Pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1986 hingga 1996, populariti Zainaldin bukan hanya terbatas di kalangan mereka yang sebaya dengannya.

Sebaliknya, remaja berusia belasan tahun juga antara penggemar deejay berkulit hitam manis yang berkumis tebal ini.

Masakan tidak, Zainaldin yang mula berkhidmat di RTM sebagai kerani selama dua tahun mulai 1963 dan kemudian di bahagian penyiaran yang memfokuskan urusan rakaman selama sembilan tahun mempunyai gaya tersendiri ketika di dalam konti.

Apa yang turut membanggakannya, tanpa pendidikan formal dalam bidang penyiaran, Zainaldin yang ditugaskan di RMIK pada tahun 1984 mengendalikan program pagi pada setiap hari bermula pukul 6 hingga 9 pagi berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Sebabnya ketika itu, setiap pagi bukan sahaja mereka yang memandu ke pejabat, remaja yang dalam bas perjalanan ke sekolah malah suri rumah juga tidak akan melepaskan peluang menikmati hiburan dan celotehnya di RMIK.

Celotehnya bukan kosong malah diselitkan pelbagai informasi dan ilmu kerana walaupun tiada saingan radio ketika itu, tetapi matlamat Zainaldin untuk mencuri hati pendengar dari lingkungan umur 15 hingga 55 tahun.

"Universiti saya hanyalah suratkhabar. Setiap hari saya sampai di studio pukul 4 pagi dan terus ke bilik berita untuk membaca semua akhbar. Ketika itu ruangan pojok Awang Selamat di Utusan Malaysia paling saya minat kerana sinikal, padat dan tepat.

"Tulisan Awang Selamat banyak memberi ilham kepada saya untuk bercakap pada hari itu dan pada waktu yang sama saya sentiasa berfikir dan berfikir ketika ke udara," cerita Zainaldin yang turut menjadikan dokumentari Men In Crisis sebagai inspirasinya dalam berkarya.

Bukan itu sahaja, malah pada tahun 1986 ketika zaman kegemilanganya sedang diperkatakan, Zainaldin mencetuskan satu lagi idea untuk mengisi ruang waktu siaran yang dikendalikannya.

Dengan persetujuan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Jaafar Kamin dan Ketua RMIK, Yusof Awang, Zainaldin memperkenalkan slot bual bicara selama sejam mulai 8 pagi.

Dalam program itu, Zainaldin menggandingkan ahli panel yang terdiri daripada ahli politik dengan artis tempatan.

Masih lagi terbayang di ruang fikirannya terhadap sebuah episod program itu yang menemukan Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu dengan Sahara Yaacob.

"Memang mendapat sambutan hangat kerana Sahara bukan sahaja terkenal dengan imej rambut ala-ala singa, tetapi dia adalah seorang artis yang padat dengan pengetahuan am.

"Selama sejam, Sahara bukan bercakap tentang dunia seni dan kariernya, malah dia boleh berbual dan bertanya tentang isu-isu semasa khususnya mengenai Kementerian Kerja Raya kepada Samy Vellu," kata Zainaldin sambil tersenyum tatkala mengimbau saat itu.

Walaupun ketika itu RMIK begitu dekat di hatinya dan pengaruhnya masih hebat, Zainaldin pada tahun 1996 membuat keputusan mengejut untuk bersara pilihan pada usia 51 tahun.

Setelah berehat beberapa bulan, pujukan daripada orang-orang tertentu di RMIK membuatkan Zainaldin berubah fikiran dan kembali sebagai juruhebah sambilan di RMIK.

Bagaimanapun sekembalinya dari Mekah 1997, Zainaldin terus meletak noktah pada kerjayanya sebagai deejay.

Sejak itu, datanglah siapa pun untuk memujuk dan memancingnya untuk bertugas semula di RMIK, ia tidak mampu membuka hati Zainaldin untuk kembali 'bersilat' di RMIK.

Kehilangannya memang dirasakan warga kota ketika itu, apalagi gandingannya dengan Zain Hamzah yang bertugas menyusun semua lagu-lagu berirama sentimental untuk hiburan pendengar.

Tetapi akhirnya mereka harus terima kenyataan kerana Zainaldin memang tidak mahu buka lagi diari hidupnya sebagai deejay.

Sebetulnya, ketika bertugas sebagai deejay, Zainaldin langsung tidak pernah terfikir bahawa impak popularitinya ketika ke udara sangat besar.

Sehinggalah ketika membuat permohonan pasport antarabangsa pada tahun 1993 untuk menunaikan umrah, dia dikejutkan dengan teguran daripada seorang pegawai Pejabat Imigresen.

"Ketika beratur di Pejabat Imigresen, saya terkedu apabila ditegur seorang kakitangan di situ kerana menurutnya ketika ke udara saya seperti seorang yang sudah menjelajah seluruh dunia. Tetapi rupa-rupanya baru kali pertama memohon pasport kerana mahu menunaikan umrah.

"Memang saya tidak pernah dihantar ke luar negara sama ada untuk kursus jangka pendek ataupun lawatan. Mekah bolehlah dianggap negara luar yang pertama saya kunjungi. Rujukan saya hanyalah akhbar," akui Zainaldin sambil tersenyum.

Biarpun begitu Zainaldin tidak pernah menyesal kerana sekembalinya dari Mekah satu tabiat buruk yang diamalkan sejak sekian lama dapat ditinggalkan.

Ketika bergelar juruhebah Zainaldin merupakan seorang perokok tegar dan boleh menghabiskan lima kotak sehari.

Hikmah berkunjung ke rumah Allah, sebaik pulang dari sana pada tahun 2000, Zainaldin berjumpa doktor kerana menyedari usia sudah meningkat dan mahu membuang tabiat buruknya itu.

"Doktor nasihatkan saya makan gula-gula. Tetapi saya beritahu doktor ia akan menyebabkan saya kencing manis.

"Akhirnya saya mengambil keputusan sendiri iaitu setiap kali gian mahu merokok terutama selepas makan, saya kemam kurma.

"Tiga bulan saya amalkan itu, akhirnya hingga sekarang saya sudah lupakan terus rokok. Jadi bagi anda yang mahu melupakan rokok, cubalah kemam kurma. Insya-Allah anda akan berjaya," kata Zainaldin meninggalkan nasihat dan formula terbaik buat perokok tegar.

Menyentuh mengenai KLfm, tanpa teragak-agak Zainaldin berkata;

"Maaf saya tidak boleh komen apa-apa sebab sekarang saya memang tidak mendengar radio kerana lebih selesa menonton televisyen kerana stesen televisyen pun semakin banyak.

"Tapi bagi saya apa yang deejay-deejay lakukan semuanya semata-mata kerana kehendak semasa. Bukan itu sahaja malah sasaran pendengar mereka dari usia 15-25 atau 35 tahun sahaja.

"Dulu RMIK ialah pencetus radio bual bicara kerana ketika itu tidak ada ERA, Suria FM atau Sinar FM," Zainaldin berkongsi pendapat.

Kini hari-hari Zainaldin dipenuhi dengan aktiviti hariannya melayan dua orang cucu yang tinggal bersamanya, menjalani terapi elektrik untuk kesihatan dan ke masjid.

"Kalau sudah pencen tetapi masih tidak ke masjid, itu satu masalah," kata Zainaldin sekali lagi sambil diiringi ketawa besar mengakhiri perbualan kami hampir tiga jam itu.



Aku, Syud dan Lara antara rakan penulis yang berkesempatan berbual di udara bersama lagenda dunia penyiaran (radio) tanahair ini. Peluang yang diberikan kepada aku itu amat-amat besar dan bermakna buat penulis kecil seperti aku. Haji Zainaldin ini bijak mengawal situasi dan berjaya menghilangkan rasa gementar yang aku alami sejak memulakan perjalanan dari JB.

Mahunya tak gementar, otai tu.... Bila dah sampai depan bangunan Wanita FM tu aku rasa macam dah tak boleh nak berbual lagi dah dengan Kakyah, Kaksu, Yong dan Yana... kecut sehh. Dalam hati aku dok terkumat-kamit baca ayat kursi (seram sejuk macam nak jumpa cikgu besor)

Tapi bila dah berada dalam konti, Haji Zainaldin tak adalah segarang rupanya. Cool habis. Yang seronoknya dia pernah bertugas di Johor Bahru (ketika aku belum wujud di dunia ini) menjadikan kami ada 'topik' petang itu (selain dari novel Lili buat Najah yang dibicarakan) maka kami mula mengimbas kenangan bandar Johor Bahru ketika itu. Cerita nasi ayam, cerita bas T-Hakkim, pasar baru dan macam-macam lagi.

Kalau dengar kat radio, pasti ramai yang perasan aku asyik ketawa aje walhal sebelum interview tu rasa macam nak terkucil. Bagi aku kemampuan Haji Zainaldin menghilangkan gementar dan debar aku adalah suatu 'anugerah' istimewa baginya.

Semoga Haji Zainaldin sentiasa berada dalam lindungan Tuhan, sihat dan sejahtera bersama orang-orang yang dikasihi. AMIN...

Monday, July 13, 2009

Mimpi yang indah...

Baru aje tekan butang merah. Hati senang dan lapang. Gembira bersulam bahagia. Kalau dengan N aku selalu berangan bakal jadi Datin bila N dapat gelaran Datuk atau paling tidak pun jadi buah hati Tuan CEO. Besarnya angan.

Tapi dengan KS, aku hanya memikirkan mahu jadi isterinya yang solehah. Jadi ibu yang baik kepada anak-anak kami. Aku sudah tidak lagi mengangankan perkara-perkara duniawi yang hanya terjangkau dalam mimpi.

Dengan KS aku hanya mahu jadi Home Affairs Minister atau Domestic Manager aje tanpa perlu fikir baju-baju liplap bersekuin untuk dipakai pada pertemuan Datin-Datin dan isteri-isteri CEO. Baby T dengan seluar track sudah memadai agaknya (kain batik chek tak gheti pakai, harap maklum ya pak mertua :)). Kalau pakai yang glamor nanti macamana nak berkemas... hehehe... yang penting chek wangi twenty four seven!

"abang tak kisahkan kalau Lily dapat gaji enam bulan sekali, setahun sekali?"
"tak dapat gaji pun abang tak kisah, abang nak Lily duduk rumah."
"ala tak best, Lily nak jugak peygang duit sendiri nanti nak beli kasut, beli beg tangan... beli baju..." taste aku tentunya tak sama dengan taste KS, kalau duit dia, dia belikan aku ABAYA! Tak merasalah aku pakai baju tayang lemak tepu... hahaha

Terus KS tanya duit royalti aku... hahaha

"sibuk aje tanya duit orang..." jawabku.
"Bilalah abang dapat merasa duit orang belanja abang ni..."
"Balik nantilah, Lily bayar sekali hutang abang..."

Cakap pasal hutang tadi aku beritahu dia...

"Duit tak masuk lagi abang..."
"Esok lusa masuklah kot, abang dah transfer duit Lily..."
"Tinggal berapa sen aje ni, nanti tak boleh call abang..."
"Janganlah bazir call abang lama-lama..."
"Kalau habis Lily senyap la. Tak pun mintak kat abang duit. Hehe... kalau adik boleh mintak abang duit, takkan Lily tak boleh?"
"Boleh sayang, mintaklah... ada duit abang kasi..."
"Eiii... tak ikhlas jek bunyi!"
"Betul, abang takmo Lily komplen, kat adik boleh kasi... kat Lily tak boleh..."

Cute. There is nothing to hide. Aku sayang dia seadanya dia. Mungkin agak terlewat untuk aku jadi perempuan matang (kerana aku tidak pernah didewasakan) tapi dengan KS... perlahan-lahan aku cuba sesuaikan diri.

"Bila?"
"Secepat abang balik. Betul tak?"
"Macam orang siam baru belajar cakap melayu!"
"Okay... as soon as I arrived."
"Jaga-jaga..."
"Dengan siapa?"
"Lily... Lily tuntut! Tiap hari Lily buat follow-up."
"Empat jam sekali kan elok..."

Cisss... sempat dia kenakan aku. HAMPEH. KSMS, I love you... always, forever...

Sleep tight and sweet dreams everyone...

Love,
Nazzy

Saturday, July 11, 2009

Mari merapu...

Aku lega sangat sebab DK dah menegurku semula. Aku tak mahu hilang seorang sahabat yang aku kenal sejak kecil hanya kerana hati dan perasaan. Minggu lalu dia ada menghantar SMS bertanyakan khabar, alhamdulillah... aku sudah dapat temanku semula. Kelmarin kami berbual agak lama juga, DK maintain sengal :-p

DK, kalau kau baca blog aku ni... aku nak kau tahu aku appreciate sangat persahabatan kita sejak kecil dan kerana itulah kau dan aku masih berhubung hingga kini.

Kelmari juga aku tersentuh dengan keprihatinan KS terhadap adiknya. Malam-malam dia mintak aku pindahkan beberapa ringgit Malaysia ke akaun adik perempuannya itu. Dia kata adiknya yang baharu sahaja ke Kedah untuk menyambung pengajian itu sudah nangis-nangis. Kesian dia (sebab tu aku lari dulu, tak sanggup jauh dengan mama!) KS selalu macam tu dia memang tak boleh dengar orang nangis. Dia sayang sangat kat adik (which is very good) dan aku harap kalau jodoh kami ada, dia akan jaga aku dan anak-anak kami nanti (insya Allah) sepertimana dia jaga adik-adiknya.

Best kan boleh mintak duit kat abang. I am too shy for that. Percaya tak kalau aku sangat susah nak mintak tolong kat abang aku? Akulah SUPERWOMAN, cuba buat apa sahaja sendiri. Hidup sendiri, makan tidur semua sendiri... huhu....

Ketika aku berumur 23 tahun, aku sudah beli rumah sendiri. Kalau abang aku sibuk mengumpul rumah kuota (ingat depa darah BIRU!) tetapi aku dengan usaha sendiri pergi ke pejabat pemaju, show houses untuk lihat sendiri, kira sendiri... yang mana aku mampu miliki. Telefon bank sendiri, cari peguam sendiri... I do everything on my own.

Gajiku baru RM1600 tika itu, bank kata aku kena cari penama kedua. Aku cakap aku tak ada hutang, saya mampu bayar umah tu. Pegawai bank tu buat kira-kira dibahagia dengan tiga namun dia masih mahu aku mencari penama kedua. Aiseehhhh... leceh betul bank sedunia dengan hasrat setempat itu, your world local bank :p

"Kakak accept cheque tak? Saya takutlah nak bawak cash pergi office kakak." kataku pada peguamku. Gila takut nak bawak duit tunai nak bayar legal fee. Kerani lawyer tu belek-belek cek aku, ingat aku kasi cek tendang agaknya!

"Untungnya boyfriend awak nanti, kahwin dengan awak dah ada rumah...cuci kaki ajelah ya." suara peguam syarikat perumahan pula ketika aku sedang menenyeh tandatangan. Jangan kata rumah, semuanya aku ada. Memang betullah cuci kaki... tapi kalau kahwin kenalah ikut suami sebab aku tahu KS tak nak harta aku. Aku pernah offer dia tapi dia tak mahu, dia kata nak cari sendiri (mungkin juga dia tak sudi kat aku... tapi tak mahu aku sedih kot)

Masa aku beli rumah tak ada siapa tahu. KS tentunya belum wujud waktu itu (dalam hidup aku). S yang aku kenal sejak sekian lama juga tidak tahu, N juga tidak tahu. Maka niat membeli rumah itu bukanlah untuk menyenangkan mana-mana lelaki kerana aku beli rumah itu untuk aku berlindung (see... dah plan nak cari tempat berlindung sendiri). Aku ni buat persediaan macam nak duduk sebatang kara sampai mati aje!

No. Bukan macam tu. Aku tahu kat dunia ni aku cuma ada mama dan abah. Abang-abang aku ada keluarga dan tentunya aku tidak boleh bergantung harap pada mereka. Kalau mama tak ada, abah juga tak ada... rumah abah itu bukan lagi tempat untuk aku (pada dasarnya perempuan harus ikut suami, maka rumah itu tidak diwariskan kepada aku).

Betapa berdikarinya aku!

Kadang aku fikir orang lain semuanya tidak boleh diharapkan sangat. Aku harus sediakan semuanya untuk diri sendiri. (Nenek aku sediakan kain kafannya sendiri, kain tutup keranda, tikar untuk orang duduk di kubur, payung kubur, kapur barus, cendana etc!) Mungkin aku warisi sifat itu dari Hajah Fatimah Mokhsin yang sangat Jepun itu. Tapi nenek tak meninggal ketika semuanya ada, dia beli semua tu sebaik pulang dari Mekah pada tahun 1986 tetapi nenek meninggal pada tahun 2002. Jadi keluarga belilah perkakas yang baru buat nenek bila kami buka peti simpanannya semua itu sudah lusuh kecuali kain penutup keranda yang telah diwakafkan di masjid.

Aku mintak kerja juga atas usaha sendiri, tak pakai kabel abang. Pernah sekali guna kabel abang, tapi kabel Amir tu haprak! Aku tak tahu macamana abang aku yang ala-ala alim itu boleh kenal dengan bos sehari aku tu. Aisehh... aku tengok dia macam apa ntah, she gimme instruction, smoking dah tu sembur asap kat aku! Esoknya dia telefon ke rumah, aku jawab tapi aku beritahu Lily sudah keluar pergi kerja. Aku marah abang aku sebab carikan aku kerja dengan syarikat bumiputera yang ala islamik tetapi pengurusnya tak berapa nak islam, baik aku kerja dengan kafirun.

Eh! nanti ada pulak yang kata aku ni perasan bagus. Jangan salah faham ya. Aku cuma nak kongsi kelemahan aku yang tidak percaya akan 'bantuan' orang. Bukan tak percaya... tapi prinsip hidup aku, YAKIN DAN PERCAYA TIADA ORANG LAIN YANG BOLEH TOLONG KITA kecuali diri kita sendiri.

Aku sebenarnya sedang malas nak menulis (novel). Entahlah feeling nak menulis tu tak ada. Puaslah diseru tapi malas lebih selesa menjadi raja. Musim malas agaknya... idea dah melambak untuk LAI, aku dok bercerita dengan Nurul Aini idea-idea berikutnya tapi Tuhan aje yang tahu bagaimana malasnya aku hendak mencanai idea-idea itu menjadi bab. Kenapa saya malas ya?

Tidak sah juga kalau tidak menempek video dari Nur Kasih episod 7. Semalam punya cerita ada kurenggg sikitlah.
  • Remy patut polish lagi bahasa inggeris dia. Nampak janggal sangat untuk seorang arkitek muda yang berpelajaran. Accent melayu tu tak apa tapi bila berdialog tu macam 'kaku' sikitlah.
  • Lepas tu kenapalah Sharifah Sofia nampak boyak macam preggy woman. Boleh tak dia pakai korset next time?
  • Lagi satu... Nur Amina kan turun keretapi dengan Adam kat KL Sentral, awat dia naik teksi kat Pudu??
  • Timing antara Aussie dengan KL pun macam pelik. Ada satu adegan tu, awat gombak malam tapi Sydney siang lagi?
  • Actually... kampung dorang ni kat mana? As Aidilkan peguam Syarie kat BBG kan, tapi macam dia aje yang handle kes Nur Amina... aku cam ada peliklah sikit kat situ...
Lain-lain tak ada kot... apapun aku tetap tak sabar nak tunggu Jumaat seterusnya, sementara itu layanlah episod 7 ini dahulu ya...

Saturday, July 4, 2009

NUR KASIH epi 6



Episod ini saya tonton malam tadi di TV3 dan ulang dah berkali-kali di youtube. Kalau ada antara anda yang ketinggalan menonton episod sebelumnya sila ke youtube ya.

Minggu ini Adam benar-benar merobek jiwa perempuan saya. Sampai hati Adam tinggalkan Nur tapi saya yakin Adam tidak berniat jahat, dia cuma terlalu ikutkan hatinya yang berlubang-lubang itu.

Dek terlalu kecewa, malam tadi saya conteng dinding FACEBOOK REMY ISHAK! Sampai hati kau Adam!

OKLAH.... layan clip ni ya!

Love Remy,
opss
Love,
Naz

Kenapa jadi macam ni?

JOHOR BARU, Wed:

A WOMAN who was found dead with her baby boy at University Teknologi Malaysia's (UTM) dormitary yesterday was a university drop out.
UTM's corporate affairs department assistant registrar (media and external relations) Sabri Ahmad said the 26-year-old victim had failed her first semester examination in her fourth year last November.
"She had been renting a room at the dormitary since May 11, and was from the Science faculty," he said.
Outsiders were allowed to rent rooms at the university on a case-by-case basis.
Meanwhile, Johor Baru (North) police chief Assistant Commissioner Ruslan Hassan said the police had taken the baby's DNA samples to locate the father.
He said the unmarried woman from Kelantan was believed to have died from excessive blood loss while in labour.
A warden stumbled on the bodies in the dormitary about 5pm. Initial investigations revealed they had been dead for two days.


Apa perasaan kita sebagai perempuan? Apa perasaan anda sebagai ibu? Apa perasaan anda sebagai manusia apabila membaca berita ini?

Salah siapa? Salah perempuan kerana menyerahkan tubuh kepada lelaki? Atau salah lelaki kerana tergoda dengan perempuan? Atau salah ibubapa mereka?

Seorang temanku berkata: if you can't be good, please be careful!

Bukannya aku nak kata temanku itu menghalalkan zina, nafsu manusia lain-lainkan. Malah iman juga tidak diwarisi dari orang tua. Biar rumah sebelah masjid pun kalau mata dan telinga belum mahu menerima hidayah, tidak juga manusia itu menunaikan solat.

Tapi kenapalah seorang pelajar universiti (even she's drop out student) boleh pendek akal cuba melahirkan anak seorang diri. Tidakkah dia pernah terbaca atau terdengar bahawa sakit dan seksa melahirkan itu bagai telur dihujung tanduk. Its not easy and fun like the earlier process of making a junior. Adik-adik, janganlah jadi bodoh ya. If you get preggy out of wedlock tolonglah jumpa kaunselor, ada banyak NGO yang sedia membantu sampai kandungan itu dilahirkan.

Malu memanglah malu kan... tapi masa buat tu tak pulak fikir pasal malu, sekurang-kurangnya kalau tidak MATI, pintu taubat sentiasa terbuka (moga arwah sempat memohon keampunan dari orangtua dan bertaubat) dan peluang untuk jadi manusia yang lebih baik sentiasa ada.

N pernah beritahu aku, selagi kita tidak jatuh...kita tak pernah rasa kesakitan dan kepayahan orang lain tetapi bila kita jatuh kita jangan meratap sebaliknya kita harus bangkit dan ambil iktibar dari kecelakaan itu. Bina tembok, buat sempadan supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

Tom Hickman pernah cakap, kita tak boleh tutup mulut orang tapi bila mereka penat mereka akan diam sendiri.

I adore both gentlemen. They are brilliant and warm-hearted.

Para perempuan sekalian, jagalah dirimu kerana bila aib datang sampai ke mati kita akan bawa ia bersama kita. Lelaki tidak pernah jahat jika kita tahu bagaimana hendak membataskan hubungan kita dengan mereka. Dan, jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi sebaliknya muhasabahlah....

Alfatihah buat bekas pelajar UTM itu serta anaknya. Takziah buat seluruh keluarganya terutama si ibu. Semoga mereka tabah dengan berita sedih ini.Justify Full

Rancangan Medini ke 3, 4, 5

Ada beberapa orang teman sudah membaca baris-baris ini, kata mereka menyentuh hati. Aku juga rindu untuk menyambungnya semula namun aku biarkan jiwa sampai sarat menanggung rindu pada Ikhmal. Aku juga tidak mahu orang menuduh yang tidak-tidak pada Nizam, dia lelaki yang baik. Kesian dia orang tuduh dia macam-macam...

Datin Nik Ardini masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Asar yang belum dilakukannya. Ketiadaannya memberi sedikit ruang buat aku dan Hajah Jamilah berbual berdua. Tiap kali aku pandang Hajah Jamilah hatiku bagai ingin menangis. Dia ibu yang baik. Aku sentiasa terfikir andai dia tiada nanti siapakah agaknya yang akan jaga Ikhmal dan anakku Sharah. Aku selalu memanjat syukur ke hadrat Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepada bekas mertuaku ini. Aku amat terhutang budi dengannya.

“Mal kirim salam, dia kata dia doakan Sofia dan Ijam bahagia dan sihat selalu hendaknya.” Beritahu Hajah Jamilah.

“Wa’alaikumsalam.”

“Dia ada hadiah untuk Ijam, tapi bila ibu tanya untuk Sofia dia kata tak ada.” Sebut Hajah Jamilah. Aku faham. Ikhmal tak mahu ada kenangan baru antara kami. Aku hormati kehendaknya.

Sofia dengan Ijam macam mana?”

“Nizam jaga saya dengan Hilman dengan baik sekali. Dia tak pernah kata Hilman tu anak tiri, dia yang jaga Hilman… selalu ada dengan Hilman.”

“Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu. Lega ibu dengar. Mal tu entah bila agaknya nak tengok Hilman dari lahir sampai dah sekolah budak tu tak dijengahnya.” Meleleh airmata Hajah Jamilah. Aku sudah tidak memikirkannya lagi malah kami tidak pernah bangkitkan hal itu. Hilman tahu Nizam bukan ayahnya, dia bukan anak kecil yang boleh ditipu. Dia bijak macam ayah kandungnya. Pernah sekali dia bertanya kenapa Ikhmal tidak pernah datang jumpa dia, Nizam beritahu bahawa ayahnya tidak boleh bergerak macam orang lain lantas Hilman memahat cita-cita mahu jadi doktor agar dia boleh ubati ayahnya.


Baikkan Nizam tu, jaga Izz Hilman macam anaknya sendiri.

“Hilman! Ibu panggil dia, dia buat tak dengar aje ya.” Seruku bila aku tolak daun pintu bilik AV di tingkat dua. Huhh! Patutlah senyap, sedang bertarung dengan Nizam rupanya. Mereka berdua langsung tidak pedulikan aku di belakang, macam aku tak wujud pula dalam bilik kedap bunyi ini.

“Ehem! Ehem! Encik Izz Hilman dan Encik Mohd. Nizam!” kataku sambil memeluk tubuh di hadapan layar putih.

“Jihan, jangan hadanglah… abang tengah lumba dengan Hilman ni…”

“Ibu… tepilah…” suruh Hilman pula. Amboi dua beranak ini, aku disuruh ke tepi!

“Tengok jam tak dah pukul berapa ni? Ibu dah nak pitam lapar ni tau tak?”

“Hilman lapar tak?” tanya Nizam.

“Tak ayah… kenyang.”

“Kita berdua tak laparlah Jihan, kalau Jihan lapar makan dululah ya.” Suruh Nizam. Melampau!

“Oh! Okey! Tak lapar ya, okeyyy… tak ada masalah…”

Kakiku laju sahaja menuruni anak-anak tangga dan membawa haluan terus ke dapur. Siput sedut masak lemak cili padi dengan daun salam aku senduk ke dalam mangkuk. Aku curah sesenduk kuah lemak yang pekat dan kuning warnanya ke atas siput sedut itu. Sayur betik muda ditumis pedas pula aku letakkan di tepi nasi yang masih panas bersebelahan dengan ikan kerisi yang gemuk yang telah aku goreng dengan kunyit dan sedikit ketumbar jintan. Aku atur di atas dulang kecil lalu aku usung naik ke bilik AV semula.

“Bismillah-hirrahmannirrahim…” sambil disusuli dengan doa makan.

“Masya Allah…nikmat….” Kataku lagi.

“Eiii… Jihan, mana boleh makan dalam bilik ni. Abang dah cakapkan no food allow in this room.” Tegas Nizam.

“Oh! Yea?” aku selamba aje makan. Bukan aku tak tahu, terang-terang tertampal di pintu bilik ini notis pemberitahuan yang dicetaknya atas kertas warna oren. Sebatu dah nampak. Hilman masih lagi memegang joystick sambil badannya senget ke kiri dan ke kanan seperti dia sedang menunggang motorsikal. Dia tak peduli dengan lauk sedap yang sedang aku nikmati. Hilman memang, dia tak suka nasi. Cuba ajak dia makan pizza, dialah yang paling dahulu mintak tambah. Aku lihat Nizam menelan air liur.

“Kecuh ya? Nak?” tanyaku. Mengangguk juga dia akhirnya.

“Suap abang ya?” pintanya. Tangannya masih lagi memegang joystick. Malam Jumaat begini ini sahajalah aktiviti mereka berdua sementara menunggu Sharah datang di hantar oleh bekas mertuaku.

“Ingat awak tak lapar, kenyang lumba motor tu dengan Hilman.”

“Mana boleh tak lapar, kalau Jihan datang dengan nasi sedulang macam ni. Abang kenyang pun jadi lapar balik.”

“Ayah, ustazah Hil pesan jangan bercakap bila makan.”


Ops! cukup... aku sudah seksa dengan rindu pada mereka sekeluarga. Otak sudah ada banyak idea namun aku ada tugas lain yang harus dilaksanakan dahulu. Aku juga ada beberapa projek baru yang sedang dibincang-bincang dengan teman penulis. Aku suka brainstorming dengan John dan Lara, juga bersoal jawab dengan Syud. Cakap-cakap boleh buahkan idea, syok kan?!

TANDA ‘CLOSED’ diletakkan di pintu kedai. Ada juga nota yang ditulis atas kertas A4 warna merah jambu dengan tulisan tangan: tempahan masih diterima melalui telefon, faksimili dan juga email.

“Kenapa tutup kedai pulak ni” sebut Jane. Dia gegarkan pintu kedai dua tiga kali. Nama sepupunya juga dijerit sama.

“Tina, kenapa kedai tutup ni?” tanya Jane pada adiknya yang sedang menjimbit beg kerta tertulis Secret Recipe.

“Kereta ada tu, maknanya kakak mesti ada di dalam.”

“Kalau ada kenapa kunci? Orang panggil nama dia pun dia tak dengar. Oii, Stephs aku ni sudah jadi Jane bini Tarzan jerit-jerit panggil kau, bukalah pintu ni.” Teriak Jane lagi.

“You do sounds like Tarzan’s wife, Jane.” Sebut Valentina. Dia menyerahkan beg kertas yang dipegang kepada kakaknya. Valentina mengeluarkan segugus kunci dari sling-bag dari daun jut.

“Tinakan ada kunci, tak perlu jerit-jerit.” Sambung Valentina lagi. Jane membuat mimik muka, geram! Dua beradik itu masuk ke dalam kedai namun tidak kelihatan kelibat sepupu mereka. Telefon bimbit Stephanie Ivy ada di atas kaunter, kunci kereta Valentina juga ada di situ. Tas tangannya juga ada berhampiran.

“Mana kakak kau ni Tina?” tanya Jane.

“Kakak kena culik tak?”

“Apa kau mengarut ni Tina? Kalau kena culik mesti orang itu ambil semua sekali. iPhone ni kalau jual murah-murah, seribu ringgit pun orang sanggup beli tau. Kunci kereta kau ni, kalau tolak cash money, tiga ribu pun orang nak beli. Ni lagi... beg penuh dengan duit dan kad plastik ni... syurga kalau penyangak yang jumpa!” utai Jane sambil memeriksa telefon bimbit sepupunya. Dia sangat hairan. Mana sepupunya menghilang.

“Kakak, mana ni. Janganlah buat Tina takut...” suara Tina. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku pada Stephanie Ivy apabila dia berjumpa dengan ayahnya.

“Tadi kakak hantar bunga pada uncle Gaby... Tina dah cakap biar Tina aje yang hantar tapi kakak degil, dia nak pergi juga. Kakak kata dia nak tengok Auntie Lara...”

“Gila! Stephs jumpa Uncle Gaby?” tanya Jane. Valentina mengiyakan. Mereka berdua duduk dibangku kayu panjang. Cuba untuk tidak panik. Seingat Valentina pakciknya itu pernah mengupah samseng untuk membunuh Stephanie Ivy. Dia sendiri tidak mengerti kenapa bapa saudaranya itu sanggup membunuh anak sendiri.


Untuk Loving an Ivy aku perlu duduk mengadap orkid-orkid ku lama-lama! Sampai di sini aku berhenti kelmarin, harap dapat kembali mengetuk keyboard selepas siap berkemas nanti.


Kuala Lumpur. Ramai orang tidak peduli akan orang lain. Orang kota yang sibuk sampai tidak sempat untuk kenal jiran sebelah pintu apatah lagi untuk ambil tahu tentang latar belakang mereka. Hidup Ellina bahagia. Ibu dan ayahnya jauh di rantau orang. Dia pula lebih selesa tinggal sendirian di Kuala Lumpur daripada dititip kepada nendanya di selatan.

“Kau dengan Shahril bila nak nikah Elli? Aku tengok kau dengan dia dah macam laki bini duduk serumah.” Suara Rabiah yang dikenalinya sejak di universiti lagi. Ellina diam. Dia tak mahu bincangkan hal itu dengan sesiapa. Itu perihal dia dan Shahril Aidi, biar mereka sahaja yang menyelesaikannya.

“Aku bukan nak masuk campur urusan kau dengan Shah tapi sebagai kawan aku kena ingatkan kau tentang hal ini Elli. Jangan salah faham, aku cuma melaksanakan tanggungjawab aku untuk mengingatkan kau.” Ulang Rabiah. Ellina ingat, bukannya dia tak ingat. Dia tahu, bukannya dia tidak tahu.

“Dosa besar bersekedudukan ni Elli. Berat hukumnya jika kita mendekati zina apatah lagi jika kita terjerumus ke dalamnya. Zina itu dosa besar Elli.” Sebut Rabiah dengan ikhlas, bukan menyindir. Dia lihat Ellina berkucupan di dalam kereta dengan Shahril sebentar tadi, ketika Shahril menurunkan Ellina untuk minum petang dengan ibu beranak dua ini. Ellina menyedut kopi kisar berais yang dipesannya. Kemudian dia memotong kek lobak dan keju dengan hujung garfu kecil. Disua ke dalam mulutnya. Dikemam perlahan sebelum dikunyah.

“Ajaklah Shahril nikah Elli…”

“Kami belum nak bersanding lagilah Bia. Aku dengan Shah sedang sibuk kumpul duit. Shah kata dia nak buat banglo untuk aku menghadap Laut China Selatan.” Suara Ellina akhirnya.

“Nak buat banglo ke, nak bina istana waima besar Taj Mahal ke, nikah dulu Elli. Tiga tahun kau dengan dia dah duduk serumah, mujur kau tak mengandung. Aku bukan nak tuduh la, tapi nak tanya baik-baik ni… kau pernah buang tak?”

“Ishh! Kau ni Bia! Ingat aku jahat macam tu sekali ke?” bisik Ellina. Pada Rabiah, bersekedudukan tanpa nikah selama tiga tahun itu juga sudah cukup jahat baginya. Kalau sudah mula menggugurkan kandungan itu bukan jahat lagi tetapi jahil dan maha zalim. Tidak berhati perut, tiada perasaan, tidak berperikemanusiaan!

“Aku tanya aje Elli. Aku risau.” Jawab Rabiah, mengalas kata hatinya.

“Aku dengan Shah tahu nak jaga diri. Kau jangan risaukan aku ya.”


Projek nan satu ini juga sedang berbuai dalam kepala. Belum ada cadangan untuk diterbitkan, sekadar merembeskan idea di dada cik Toshee yang putih ini...

Alamak, matahari sudah keluar, puteri lilin kena sidai baju... be right back!




Thursday, July 2, 2009

I am not RACIST

Sedih ke, geram...

Pernah tak korang tengok video clip kampung melayu diroboh kerajaan BN Selangor? Surau juga turut diroboh. Korang boleh google atau cari di youtube, tentu korang jumpa. ADA KELUAR TV TAK? Jangan harap!

Semalam DAP isytihar keluar PR di negeri Kedah. Apa dah jadi? Sebab Kerajaan Negeri yang diketuai oleh PAS merobohkan kandang VAVI HARAM. Weh, kandang haram...pusat sembelih haram, jadi kalau sudah haram takkan korang nak biarkan ORANG BUAT KERJA HARAM. For sure mereka yang menjalankan perniagaan secara HARAM ini tidak membayar cukai perniagaan kepada kerajaan negeri. BODOHNYAAAAAA dorang ni...

Otak apa agaknya dorang guna masa berfikir. Rasionallah sikit, kalau PAS robohkan kandang babi berlesen korang nak marah bolehlah. Dungu gila DAP ni.

Kat Penang plak, orang India yang aku pasti duduk tanah rizab kerajaan secara haram pun nak mengamuk jugak. Rasional jugaklah weh, dah ko duduk rumah orang...tanah orang... bila orang suruh keluar tu, keluar ajelah! Lainlah kalau state gomen bagi masa tidak cukup untuk dorang pindah, kalau macam tu aku pun marah. Apapun berbalik pada hakikat, bila kita duduk kat tempat yang bukan milik kita, takkan kita nak buat macam TANAH TUMPAH DARAHlah pulak kan? Dalam kepala sendiri boleh fikir apa, satu masa nanti SURE KENA TENDANG punya!

Apa pasal TV tiga suku siarkan ane tu cakap pasal isu perkauman? Itu lagi satu sengal punya penerbit. Saje aje nak buat orang baran. Kot iyapun nak tunjukkan kelemahan parti lawan tak usahlah sengaja curah minyak lagi atas api.

Dorang ni macam tak pernah ambil iktibar atas apa yang pernah berlaku...

Aku ni kaum minoriti kat opis. Majoriti exec kat sini adalah India dan Cina tapi aku tak pernah rasa terancam dengan kehadiran dorang dan kedudukan aku sebagai minoriti. Kalau nak kata bodoh, ada gak Melayu bodoh, Cina bodoh, India bodoh... sama juga yang pandai. Pemalas pun sama, semua kaum ada penyakit malas ni bukan Melayu aje... tapi aku suka dengan kerja baru aku sekarang, biarpun kerja bertimbun tapi aku happy sebab bos appreciate kerja aku DAN BUAT KALI PERTAMANYA dalam sejarah aku bekerja, aku dapat bos Melayu! Impian jadi kenyataan.

Dibesarkan dalam masyarakat berbilang kaum dan pelbagai fahaman, bekerja dengan mereka yang berlainan kulit dan mazhab yang berlainan... menjadikan aku tidak mudah melatah dengan propa-propa sengal sesetengah pihak ni...

Malaysian, stand united... whoever you are!
Chill and cheers!

 
Designed by suckmylolly.com