Thursday, December 2, 2010

Bila teringatkan seseorang....

apakah dia juga teringat pada kita?

Orang selalu kata bila ingatan kita terlintas ingatkan someone, orang yang kita ingat itu juga sedang mengingati kita sebenarnya. Is that true? Ada beberapa manusia yang aku ingin tahu hatinya apakah benar mereka juga sedang mengingati aku... tidak kiralah pada mereka yang aku masih peduli atau mereka yang cuba menghapuskan aku dari ingatan masing-masing or vice versa. Mungkin juga ini sekadar mitos hati orang yang rawan, no hard feeling yo!

Apa kes bangun dari tidur terus update blog dan tulis pasal ingat-mengingat ni? Jot down sementara ia masih fresh!

Sebenarnya tadi aku mimpikan N, sahabat baik aku dunia akhirat. Dah lama aku tak mimpikan N...tetiba aje tadi aku termimpikan dia. Apa khabar N agaknya. Aku mimpi N bertanyakan tentangku pada sahabat kami. Bukankah itu kebiasaannya yang dulu? Apakah aku masih mengharapkan ia akan berulang lagi? NOPE! N happy dengan hidup dia di Bandar Maharani, aku percaya lelaki yang baik seperti dia mampu melayari hidupnya dengan tenang dan tangani apa jua masalah dengan baik. Aku cuma kisah silam yang tak sepatutnya wujud dalam hidup dia. Entah-entah N pun dah lupa nama aku siapa, mungkin juga N tak pernah ingat dia ada kawan dengan Lily minah senget yang dia goda siang malam sampai mak dia bising! Ops!

Ada seorang manusia ni... bila aku teringatkan dia aku terus baca doa Nabi Yunus. Kadang-kadang aku baca sekali ayat Kursi dan 3 Qul. Ya ampun, manusia atau jin yang sedang aku cuba halau keluar dari ingatan aku ni? Manusialah tentunya... daripada kita ingat orang tu dan kita maki dia siput vavi, *&^$%^&!@# ke apa baik kita sebut benda yang berfaedah, setidak-tidaknya kita dapat pahala.

Sesungguhnya setiap hari kita diduga peristiwa dan kenangan itu kekal. Bila kita dapat menerima yang pahit itu dengan tabah, insya Allah hati akan jadi tenang. Tiada manusia yang tidak buat silap kat dunia ini tapi itu tidak bermaksud kita dibenarkan buat salah selalu. Macam orang kata, biarlah dia nak tunggang terbalik pun why do you care? Come on la... ingat mengingatkan itu kewajipan kita sesama insan, kalau kita dah tahu kawan kita buat salah kita wajar tegur bukan biarkan dia terus-terusan buat salah dan kita berkongsi dosa subahat denganya.

Aku bukanlah baik sangat dan tak pernah terlintas pulak nak bagi ceramah dekat blog ini. Kawan-kawan aku baca sure kata minah ni drama aje lebih. Tapi kalau aku tulis yang jahat-jahat, nanti korang yang baca kot-kot terpengaruh dengan perkara jahat dah DOUBLE TROUBLE dosa aku dapat jadinya bila aku tulis perkara yang sedikit baik, aku kongsi dengan korang... aku dapat yang baik, korang pun kongsi benda yang baik dengan aku. MAK TAK PERNAH BERLAGAK USTAZAH OKAY!

Untuk mereka-mereka yang selalu menjelma di kotak ingatan aku, selagi wayar aku tak putus selagi itulah korang bebas keluar masuk. Untuk korang ingat aku ke tidak, hanya Tuhan sahaja yang tahu dan aku tidak pernah berharap cuma sesekali terdetik dalam hati aje. Sakit atau rindu atau benci atau apapun jua perasaan yang terbit hanyalah godaan hidup yang memaksa kita memilih jalan yang betul. Kita diberi akal yang sempurna untuk berfikir dengan baik. Timbang segala faktor dan langsungkan hidup anda.

Happy December to all :)

Love,
Naz

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Sponsored by Free Web Space