Tuesday, December 13, 2011

Being Me

Hmmm... (kalau orang itu baca entri aku ini mesti dia kira Hmmm... ni) ini adalah entri sendirian berhad. Berkenaan aku dan menjadi aku. Someone beritahu aku, dia kata ada sesuatu yang istimewa tentang aku. Dan aku khabar padanya, aku ini tiada yang istimewa. Dia kata lagi ada... kerana dia yang melihatnya, bukan aku. Dia kata aku punya hati yang baik dan sincere. Baiklah...kalau itu yang dia nampak. Terima kasih :)

Aku seorang yang tidak mahu menjadi apa yang orang lain mahu jadi. Tatkala ramai orang mahu ada sebuah beg Coach, aku lebih senang beli Esprit aje. Murah pun murah. Tatkala orang berbondong-bondong nak pakai beg Bonia, aku beli Renoma. Tatkala orang beli korset Beautiful dengan kad kredit, aku rasa macam bloody fool aje beli benda mahal gaban pakai kad plastik. Dan tatkala orang sibuk pakai emas satu badan, aku senang dengan aksesori yang lebih murah. Silver atau emas putih. Stainless steel pun tak apa asalkan bukan emas. Tak mampu? Mungkin kot...hahaha tapi memang susahlah aku nak pakai emas, aku tak suka warna kuning emas. Aku kan suka warna-warna suci macam putih :p


Masing-masing punya seleralah kan :)

Makcik aku kata aku lain daripada yang lain. Memang aku lain kerana tatkala sepupu-sepupu perempuanku bercerita sesama mereka, aku lebih senang berada di sisi abang-abangku. Aku rasa lebih selamat. Aku bukan jenis orang yang akan datang dan greet semua orang macam YB propa :)


Ntahlah...aku tak suka tiru orang dan aku tak suka juga orang tiru aku. Aku tak suka nak ada apa yang orang lain ada kerana aku tidak suka sama dengan orang lain.


You, being baik hati and sincere is not enuff to win over someone's heart! Aku bukan jenis nak tunjuk baik dan ramah tamah dengan semua umat manusia. Tengok muka ketat aku jek orang terus chop...sombong, kerek, berlagak, jahat.


Malam tadi I post a pic to my FB, gambar dinner I. Kwey Tiaw Goreng orang malas. Malaslah sebab masak kwey tiaw jek, kalau rajin masak Laksa Johor (tapi tak reti plak). Aku suka kwey tiaw sebab ia mengingatkan aku pada hari Ahad ketika aku kecil dahulu. Mama suka masak sarapan special dan kwey tiaw antara menu yang bukan kita boleh dapat hari-hari waktu itu. Sedapnya makan kwey tiaw ada udang besar, tauhu, daun kucai...pergh! rasa sedap tu melekat sampai ke hari ini. Thank you mama, I am cooking with passion and love that you taught me.




Emak saya yang half melayu itu sediakan sarapan-sarapan melayu pada waktu pagi, makanan orang melayu pada waktu tengahari. Emak saya yang half melayu tu tak serve pastri masa lunch, kami makan nasi, ikan goreng, asam pedas, kari ayam, ikan sambal, pucuk ubi, lemak bunga pisang dan lain-lain. Bukan macam orang yang melayu tapi celup matsaleh itu, makan tengahari di Starbucks.



Lupalah, emak saya bukan melayu urban. Emak saya yang dibesarkan di Batu Pahat itu cuma orang kampung. Eh! Abis tu abah saya orang Stulang tu tak urbankah? Saya yang bersekolah di tengah bandaraya ini tidak urbankah? Saya tetap melayu dalam hati, dalam jiwa biarpun saya tidak memakai baju kurung setiap hari, saya lebih selesa cakap melayu dengan orang melayu walaupun dah berbelas tahun saya kerja dengan matsaleh. *saya tak kompelin eh*


Semalam cikgu saya kata dia dah tengok gambor saya kat blog ni. Dia kata saya comel macam dulu! Sayang cikgu!! I wish I can meet her soon. Nanti kalau saya lalu Putrajaya saya singgah ya cikgu!


Tapi my beautiful life tak suka dengar lagu melayu. Dia dengar Class Gym Heroes, Bruno Mars, Adele, Justin Bieber, Selena Gomez entahlah siapa-siapa yang namanya aku sendiri tak reti nak sebut. Eh! awak, saya dengar lagu Rafeah Buang aje dalam kereta, macam mana awak boleh dengar lagu orang putih ni?


Untuk dia yang saya rindu, saya letak video clip Eminem featuring Bruno Mars (his favret) pada entri ini. This is your favorite song and it's gonna be my fave too. I miss you!





This one is for you and me, living out our dreams
We're all right where we should be
Lift my arms out wide... I open my eyes and now all  I wanna see
Is a sky full of lighters... a sky full of lighters


Suka lirik dia eventho part Eminem tu banyak benor yang dia Fkan. Eminem, korang tahu la kan style dia macam mana tapi aku suka bakat dia. He is the legend rapper. Kalah Vanilla Ice!


Okaylah... I dah siap breakfast kwey tiaw malam tadi dengan kopi tanpa gula secawan. I nak pergi kerja...huhu takde parking la by the time I reach office. I tak sukalah nak park kat area Encik Sepan tu, buat kotor cermin kereta I jek. Kereta I Honda tau....hahahaha *riak! tak baekkk Tuhan marah!* tapi kereta I dah macam kerbau di musim hujan, kelabu dan berlebu bak kata Isyaa.

Till next update, be careful if you can't be good.

Love all.


Much Love,
Naz

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Sponsored by Free Web Space