Friday, December 23, 2011

Congrats!

Pertamanya, TAHNIAH buat anak bongsu abang sulung saya yang dapat 8A dalam PMR semalam. Alhamdulillah dia lulus cemerlang. Semoga dapat masuk MRSM yang dia nak sangat tu. Masa UPSR dulu I suruh masuk MRSM, papa dia kata kecil sangat dah tu papa dia kata anak-anak tak boleh jauh daripada dia. Mungkin agaknya dia dah terlepaskan anak bujangnya ke Kota Samarahan maka terbukalah sedikit hatinya untuk lepaskan Halim duduk asrama pula lepas ni. Kalau Hakim boleh takkan Halim tak boleh? (Halim ada sejarah 'gelap' duduk di asrama macam saya dan kami berdua ada sejarah 'lari' dari asrama!)

Sebak suara abang yang menelefon aku pagi semalam turut menyentuh hati ini lalu aku teringatkan mama. Rindunya kat mama. 

Buat anak-anak buah yang tak berapa cemerlang dalam peperiksaan yang lepas, jangan putus asa. Hidup kita tidak berakhir bila kita tidak cemerlang dalam pelajaran, selagi ada usaha selagi itu kita berhak untuk mencari kesenangan dalam hidup. Yang paling penting, jangan putus asa. Usaha dan usaha lagi.

Biar kita iri hati lihat kejayaan orang lain dan cuba untuk mengatasi kelemahan diri dan berjaya seperti orang lain tapi jangan kita biarkan hati kita dipenuhi dengan iri hati melihat kejayaan orang lain dan berusaha untuk menjatuhkannya pula. Itu tidak baik.

Untuk Halim Hamdan dan cikgu-cikgu SM Tasek Utara, tahniah!
Untuk Afiq Amir, lepas SPM nanti boleh datang PG duduk dengan cik, kat sini ada banyak tempat untuk Afiq sambung belajar. I love all of you guys, cik tahu korang baca blog cik ni dan cik nak membebel lagi (tak cukup kat telefon aritu) jadilah anak-anak yang menyenangkan ayah dan umi, papa dan mama. Jadilah anak-anak yang redup dalam hati orang tua, sejuk dalam jiwa mak ayah kita kerana bila hati mak ayah kita bahagia, kita mendapat reda Tuhan dan hidup kita akan dipermudahkan, insya Allah.


Pilihlah kawan-kawan yang baik supaya kita juga dapat jadi baik tapi jangan pandang sepi pada kawan-kawan yang kurang baik, bantulah mereka ke jalan yang betul namun jangan sesekali terpengaruh dengan anasir yang tidak sihat. Hidup kita ini cuma sekali dan tidak akan ada episod ulangan, jadi jalanilah hidup ini setenangnya dan lakukan perkara-perkara yang baik.

Ingat, John Major tak masuk universiti tapi dia boleh jadi Perdana Menteri Britain. Bill Gates tak habis belajar tapi dia boleh jadi kaya raya. Belajar dari ayah dan papa korang macam mana nak kaya dan ada banyak duit (bukan cuma tahu menghabiskan duit!) and I hate to hear the story from Amir pasal cerita kena pelangkung dengan kayu tu.

Setiap manusia diberi peluang dan hak untuk hidup sama rata oleh yang empunya alam semesta ini. Jangan berputus asa!

Selamat pagi Jumaat, sayang awak semua!

Love,
Nazurah Imran

p/s: Untuk awak hidup saya yang indah, saya doakan awak juga cemerlang dalam hidup biarpun kini kita jauh. Sayang awak selama-lamanya!

1 comments:

InaGhafar said...

salam..saya suka entry ini..dan saya mohon mengambil ayat..'walaupun kita berapa cemerlang tapi kita berhak....' untuk anak saya yg begitu kecewa mendapat 4a dalam upsr yg lalu

 

Blog Template by YummyLolly.com - Sponsored by Free Web Space