Thursday, December 15, 2011

Sorry...

for not telling you the truth. Ada rasa yang amat menyesakkan dalam hati apabila kita tidak berterus terang. Aku dah lama belajar untuk tidak menyimpan apa yang aku rasa, sebaliknya...luahkanlah supaya ia tidak terbuku dalam hati.

Semalam saya diam bukan sebab saya tak suka jemput awak balik tapi saya diam sebab saya marah pada diri saya sendiri. Kenapa 'rasa' itu perlu ada dan saya tidak faham. Biarpun sebenarnya awak bukan tak boleh balik sendiri dan macam awak kata awak suka-suka aje suruh saya ambil awak... tapi saya tak kisahpun jadi driver awak. Oh it is not about we gonna spend time together...as you mentioned, saja suka-suka and you hurts me!

Lily, bukankah lebih suka berterus terang, dah tu kenapa kau sembunyikan apa yang kau rasa? Tapi kalau aku cakap dia boleh accept ke atau nanti aku cuma memperbodohkan diri sendiri? AAAAAAAAAAAAAAHH!

Semalam I post status ni kat Facebook, 

sebenarnya sangat ngeri dan penuh simpati membaca status wanita-wanita yang memuji  suaminya loving and caring and very responsible and such and bla bla bla. apakah agaknya rasa dalam hati atau mungkin reaksi wanita-wanita ini jika mengetahui suami mereka yang baik di depan mata aje? Wahai teman-temanku marilah kongsikan pendapat dan pandanganmu. Selamat Pagi Rabu. Love all :)
 ·  · Yesterday at 07:16

Ramai kawan-kawan I yang komen. Bernas, emosi, tulus dan humble. Antara komen yang aku nak kongsi dekat blog ini


Asmah Ashat teringat kata-kata beberapa orang sahabat baik apabila saya memuji mereka beruntung memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab..Saya sangat senang mendengar jawapan sederhana mereka. kira-kira begini bunyi ayatnya: " Syukur Alhamdulillah, moga-moga ianya berkekalan..esok lusa kita tak tahu takdir kita.."

Yesterday at 07:24 · Unlike ·  3

Hamidah Hassan Naz....sahabat akak di pejabat isteri kedua....banyak juga cerita2 yg dikongsi. Suami dia memang lelaki yg baik, berkenalan dgn dia masa mula2 masuk kerja tanpa mengetahui lelaki itu telahpun beristeri di kampung. Bila dah tahu perasaan sayang dah tak boleh dibendung, akhirnya setelah lebih 10 tahun berkawan mereka pun berkahwin. Agak trajik juga sbb kedua2nya satu agensi dan melibatkan pihak atasan bila suami kawin sembunyi2. Tapi alhamdulillah diawal perkahwinan shj bermasalah hingga sekarang setelah hampir 20 tahun semuanya okay. Cuma masalahnya bila si suami berkahwin kali ke 3, dan isteri mudanya ini (yg sebenarnya paling tua umur antara ketiga2 mereka - isteri tua yg paling muda umurnya) telah seakan memberi warning sekiranya sisuami bersama dia jgn sesekali ganggu sisuami dgn panggilan telefon dsbnya..err...semua mereka berumur lebih 55 tahun...-sekarang nielah....
23 hours ago · Like ·  1

Anita Sang terfikir juga kalau suami2 yg dipuji itu sebenarnya tidaklah sesempurna mana..moral of the story...kalau nak puji terutamanya dpn2 public tu biarlah bersederhana...jgn terover :)
23 hours ago · Like ·  2

Klavu Qulit Tikoosy Naz.. Just be good to me lah :p hahaha
23 hours ago · Like

Suraya Zayn tujuh daripada sepuluh lelaki buat baik dengan isteri supaya isteri rasa secure dan dengan itu tidak dapat mengesan 'kerja luar' suami. kerapkali bila saya dengar isteri yang memuji2 suami, saya terpaksa paling ke lain kalau nak tersenyum, because, without meaning to, i always happen to see the other side of the coin.
23 hours ago · Like ·  3

Nama Saya Lia Kdg2 nak tunjuk bangga kat semua org dlm fb.
23 hours ago · Like ·  2

Dawlin Zainudin salah satu sebab kenapa sy tak rasa apa2 bila semua kawan2 sy yang dah berkahwin asyik memuji2 suami dan menunjuk2 kebahagiaan masing2, serius, memang diorang over... perjalanan kehidupan masih panjang, dan manusia boleh berubah bila2 masa... sy bukan doakan yang tak baik untuk mereka, sebaliknya sy harap mereka sentiasa beringat...
23 hours ago · Like ·  4

Amaruszati Noor Rahim Perempuan...walaupun jiwanya menolak poligami tetapi perempuan tidak boleh menolak hukum Tuhan. Bila cinta beralih arah, wajarkah kasih turut berubah?
22 hours ago · Unlike ·  2

Noor Azizah Naz.. Sbg org yg pernah dikecewakan sy rasa x perlu la nak show off sgt ttg suami kita. Takut nanti bila terluka kita akan rasa sgt down sgt2. Apa2 pun biarlah bersederhana aje. Kdg2 org laki2 ni baik dgn kita sbb dia ada hidden agenda. So, kita ni kena la sentiasa alert.
21 hours ago · Unlike ·  2

Amaruszati Noor Rahim Setuju dengan Noor Azizah. Lelaki ni diberi sepenuh kepercayaan salah. Kalau tak percaya padanya pula, dia akan buat betul2 seperti wasangka kita. Apa pun jodoh pertemuan ajal maut semuanya kehendak Allah, tidak boleh ditangkal oleh akal dan tangan manusia
21 hours ago · Unlike ·  1

Ros Hayati Sofiera Never trust MAN...even my en...ehem2...anggap laa beliau sebagai kawan(BFF)...,boleh bwk bincang,boleh bertepuk tampar,boleh diajak berdebat....Hanya perlu berdoa dalam solat supaya Hati,Mata tertutup pada wanita lain selain Isterinya...hanya berserah padanya yg di ATAS sana semua berkekalan hingga ke akhir hayat dimasa susah n senang...Andai kata di takdirkar REDHA laah dr ketentuannya...KUN FAA YAA KUN....Walauallam...
20 hours ago · Unlike ·  1

Atie Azwan Naz...sya ada 2 cite(pengalaman kengkawan)...cite 1-Isteri kedua yg dipilih oleh isteri pertama derang aman bahagia,baik sesgt2 1st wife kat London ngan anak2,2nd wife(my fren) kat kl take care hubby(actually huby selalu compare dia ngan 1st wife,my fren selalu nak buat yg terbaik mcm 1st wife),bila holiday they are being together.Cite -2 hubby khawin kat siam ngan 2nd wife,1st wife tak tau,bila meninggal dunia 2nd wife muncul with 7 month pregnant,harta tak bnyk so my fren(1st wife) ada anak istimewa,ajak 2nd wife tinggal sama2 until now.Both are happy now...:)
15 hours ago · Unlike ·  1



Kalau orang nak tahu macamana I dapat idea menulis, ini adalah salah satu cara brainstorming yang I pakai. Dan saya sayang kawan-kawan saya sebab selalu ada pendapat bernas. Tidak semestinya kita perlu alami sesuatu perkara itu barulah kita dapat feel apa kita nak tulis, kita harus peka dengan keadaan sekeliling dan segera mengeksploitasikan apa yang kita nampak, dengar dan baca!

Penulis seorang yang opportunist dan selalu optimist!

Okaylah waktu untuk memandu Blackie dah serupa kerbau itu ke pejabat. You, I mintak maaf fasal malam tadi, I wish I can tell you the truth...

Stay positive all, jangan dengki mendengki orang...tak baik!

Much Love,
Naz

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Sponsored by Free Web Space